Saturday, December 18, 2010

Jalan-jalan baca blog dan terbaca "Akad nikah ikut sunnah".

Salam semua.

Jalan-jalan baca blog.
Dalam masa penulis berjalan-jalan membaca blog , facebook dan lain-lain penulis terjumpa macam-macam cerita dan kisah, di antaranya seperti disebutkan di bawah ini.

Akad nikah.
Wajib bagi orang Melayu Islam berkahwin mengikut hukum Islam atau sunnah dan mereka juga sememangnya patuh seratus peratus kewajipan tersebut, maka berbongkok-bongkoklah anak teruna dan Tok Imam/Juru Nikah melaksanakan kewajipan tersebut, tetapi sebaik sahaja selesai upacara akad nikah, maka mulailah mereka mencari dan melaksanakan amalan dan adat orang lain untuk memeriahkan majlis perkahwinan mereka, semakin lama semakin banyak pula pelanggar sunnah yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dengan direstui oleh orang dewasa, maksudnya tanpa larangan dan pencegahan.Apakah akan terjadi kepada masyarakat kita seratus tahun akan datang ?. Kalau dalam tahun 60an dicemari dengan adat-adat lama dan kuno, kini dalam abad ke-21 adat itu diganti pula dengan adat yang dikatakan moden tetapi statusnya adalah sama juga dengan adat kuno yang telah berlalu iaitu masih haram ...Wallahu aklam.

Adakah meningkatnya jumlah pasangan bercerai ada kaitan dengan amalan tersebut iaitu kurang menghiraukan hukum Islam atau tidak pedulikan ajaran Islam, khususnya ketika melaksanakan majlis perkahwinan mereka dan amnya pada sepanjang masa mereka melayari kehidupan suami isteri, walaupun khutbah nikah dibaca dan diterangkan dengan jelas sebelum upacara akad nikah...mereka tetap tidak menghiraukan haram halal yang sepatutnya dijaga sepanjang upacara majlis tersebut... wallahu aklam.

Bilangan pasangan bercerai meningkat.
Dari maklumat yang diperolehi, kadar perceraian di Malaysia bagi pasangan beragama Islam sahaja disifatkan agak dahsyat. Dalam sehari purata 56 kes perceraian berlaku di Malaysia dan sebanyak 359 berlaku sebulan berdasarkan kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2007. Dari jumlah ini Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu tiga daripada sepuluh pasangan di Kuala Lumpur, bercerai. Jumlah perceraian sepanjang tahun 2007 adalah 20,529. Manakala bagi tahun 2008, data yang diambil dari Januari sehingga Jun 2008 menunjukkan perceraian sebanyak 9,765. Trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia setiap tahun kian meningkat dan keadaan itu amat membimbangkan. Tambahan pula perceraian sudah merangkumi angka melebihi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan setiap tahun.

Solat mayat ikut sunnah.

Terbaca juga tajuk yang menyatakan bahawa ketika solat mayat semua orang ikut sunnah dengan menunaikan solat tersebut sebanyak empat takbir tanpa rukuk tetapi selepas dikebumikan lain pula jadinya, ada pula bermacam-macam adat yang dilakukan mereka pada hal amalan itu tidak disuruh oleh Islam
.Ini menggambarkan bahawa masyarakat kita sanggup bersusah payah melaksanakan perkara yang tidak disuruh dengan mengeluarkan belanja yang besar untuk merealisasikannya, disebaliknya mereka tidak sanggup merealisasikan perkara-perkara yang disuruh dan diperintahkan Allah, terutamanya meninggalkan adat yang membawa maksiat.

Sekian ...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Statistik pasangan bercerai yg agak menggerunkan juga. Longgar keimanan dan tidak tahan godaan....

Sama juga dgn kenduri selepas jenazah dikebumikan. Susah hendak kikis amalan ini. Keluarga kakak pun masih melakukan kenduri selepas saudara-mara meninggal.

Leenoh said...

W.salam.

Kalau buat khenduri dalam keadaan faham tidak merugikan tetapi kalau sebliknya tentulah sia-sia.Susah juga nampaknya utk mengurangkan amalan ini.