Monday, December 20, 2010

Jom. Ke Karnival Selangor Ria '10.

Salam semua.

Awal pagi hari ini aku ke K
arvival Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor. 2010.( Selangor Ria '10 ). Kehadiran tersangat ramai pengunjung pada Ahad 19 Disimber 2010 menyebabkan parkir tidak mencukupi, sebahagian kenderaan terpaksa menerima surat saman kerana terpaksa meletakkan kereta mereka di tempat yang tidak sesuai .

Aku bernasib baik , tidak kena saman kerana kereta diletakkan di ruang parkir pasaraya yang berdekatan dan berjalan kaki ke kawasan karnival yang terletak di kawasan parkir Stadium Shah Alam. Kehadiran kami kali kedua hari ini tiada apa-apa masalah kerana pengunjung tidak ramai, mungkin hari ini bukan hari kelepasan.

Ahad ( 19.12.2010)
Macam-macam ada .
Hanya gambar-gambar ini sahaja yang sempat diabadikan di sini.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Ramainya manusia.... kesihan yg kena saman. Nampak tak cukup tempat parkir.

Kakak suka lihat kambing yg besar-besar tu. Kalau buat bbq seekor tu boleh makan satu taman agaknya ye...

Leenoh said...

Wsalam.
Sebahagian kereta yang diletakkan di tepi jalan terpaksa menerima kerugian membayar saman.
Sebenarnya mereka tiada pilihan, kalau tidak sanggup melanggar peraturan ketika genting begitu, jawabnya mereka terpaksa balik dengan tangan kosong.