Monday, December 13, 2010

Aku temuramah facebook.

Salam semua.

Setelah aku tetapkan tajuk seperti yang tertera di atas, tiba-tiba ilham pun hilang sedikit demi sedikit, kemudian tangan pun tersekat-sekat untuk menaip ceritanya, tak tahu macam mana nak mula, sebenarnya aku baru saja kenal dengan facebook ini, kurang lebih setahun saja baru.Namun demikian aku dah tahu banyak juga mengenainya.tapi masih banyak yang aku musykilkan.Beberapa soalan aku kemukakan kepadanya ( bukan kepada pencipta facebook - jangan salah faham pula ), aku akan perturunkan soalannya di bawah ini.Soalan-soalan ini semata-mata untuk meleraikan apa yang terbuku di dalam mindaku, kalau-kalau facebook boleh menyelesaikannya.

1. Apakah tujuan awak memberi peluang orang ramai menggunakan awak?.
Sebelum aku menjawab, aku ingin perkenalkan diriku dulu, seperti awak ketahui aku adalah Facebook dan bukan seorang Facebook, penjelasan tersebut dapatlah difahamkan bahawa aku bukan manusia seperti awak, aku tiada akal dan tiada perasaan, maka kewujudan aku ini tiada sebarang tujuan dan matlamat melainkan penciptaku yang ada tujuan dan matlamatnya. Terpulanglah kepada manusia yang menggunakan aku untuk meletakkan tujuan mereka menggunakan aku. Aku sangat berkecuali dalam hal ini.

2. Ada orang menggunakan awak untuk melakukan kebaikan dan ada yang sebaliknya?.
Aku dah katakan tadi aku berkecuali - aku seumpama bangunan wakaf ( pondok wakuf ) yang didirikan di tengah jalan, siapa saja boleh singgah di situ untuk berehat atau buat macam-macam atau sama juga seperti kenderaan di mana boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang, manusia dan lain-lain dan juga boleh digunakan untuk menyeludup manusia ,dadah dan lain-lain.terpulang kepada penggunanya.

3.Apakah nasihat awak dalam hal ini?
Aku telah katakan tadi bahawa aku bukan manusia, aku tidak pandai menasihat dan melarangnya, aku hanya tahu apa yang terkandung dalam diriku.

4.Apakah yang terkandung dalam diri awak?.
Macam-macam....aku tidak kuasa menceritakan semuanya...yang aku pasti terdapat banyak kebaikan dan banyak juga kejahatan di dalamnya. orang yang baik akan memuatkan perkara baik dan orang yang jahat akan memuatkan perkara jahat , kekadang aku keliru pula sama ada manusia atau jin dan syaitan juga.sebab yang mendorong aku keliru itu kerana apa yang mereka buat itu semuanya tidak memberi manfaat, jangan kata untuk orang lain dengan diri sendiri pun tiada manfaatnya.


5. Antara baik dengan jahat yang mana satu lebih banyak?
Aku pun tak tahu..buatlah kajian sendiri..barulah dapat jawapan yang tepat.kekadang aku pun hairan dengan situasi dan senarionya.

6. Apakah perkara yang dihairankan itu?,
Ramai yang mengambil peluang membuat perkara yang tidak berfaedah, banyak perkara baik dan berfaedah boleh dimuatkan di dalam facebook tetapi masih gemar memilih yang tidak berfaedah...hairan ya.


7.Apakah perkara yang baik boleh dimuatkan di dalam facebook?.
Macam-macam...boleh guna sebagai laman perniagaan, laman dakwah, menyebarkan ilmu, pengalaman yang baik untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Ramai orang tahu hal ini...cuma mereka masih gemar membuat pekerjaan yang sia-sia. Awak juga buka facebook ke?, apa benda yang awak isi dan dimuatkan di dalamnya ?.

8. Kita tanya dia, dia tanya kita balik, oklah ...soalan awak tu aku akan jawab kemudian nanti, aku ada hal sikit, nanti kita sambung perbincangan ini pada pertemuan yang lain..

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Cantik sungguh N3 ini.

Suatu yang membuka minda kita. Kalau teknologi digunakan utk kebaikan maka baiklah ganjarannya. Tapi bila teknologi digunakan utk kejahatan maka jahatlah dapatnya. Sama dgn FB yang banyak digunakan masakini.