Friday, December 17, 2010

Semua agama berbeza di antara satu sama lain.

Salam semua.

Mereka yang melihat dan berpandangan bahawa semua agama adalah sama atau berfahaman pluralisme, merupakan suatu pandangan yang tidak mantap dan menyeluruh, kiranya pandangan itu datang dari kalangan orang Islam, bermakna mereka telah menafikan bahawa Allah itu Maha Esa dan hanya Allah Tempat Meminta kerana pandangan agama lain tidak mempercayai seumpama itu . Begitu juga sifat kesempurnaan Allah yang menjadi teras kepercayaan Islam tidak menjadi prinsip di dalam agama lain, malah banyak lagi perbezaannya yang membawa hala tuju masing-masing.

Islam mewajibkan umatnya mentauhidkan Allah. Menafikan hal-hal begitu menyebabkan seseorang itu menjadi syirik dan murtad ( merujuk kepada ilmu Tauhid atau Aqidah itulah hakikatnya ).

Berikutan terdapat mereka yang mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa atau sememangnya berfahaman demikian isu tersebut dibincangkan semula kerana bimbang fahaman salah itu menular di kalangan orang Islam yang tidak memahami ilmu Tauhid....wallahu aklam.

Untuk menyambung bacaan anda... Klik di sini dan di sini.


No comments: