Sunday, December 12, 2010

Anak bertuah.

Salam semua.

Anak Bertuah.
Menjadi anak yang bertuah adalah idaman semua orang terutamanya ibu bapa, ibu bapa menginginkan anak-anaknya menjadi anak yang berjaya dan bertuah tetapi, seperti sedia maklum dan sedia diperhatikan manusia sering melakukan sesuatu yang terbalik atau sebaliknya, mereka ingin sihat tetapi merokok, minum arak atau makan secara yang tidak seimbang dan mereka juga tidak suka makan sekadar hilang lapar, walaupun cara itu diketahuinya akan memberikan kesihatan dan kesejahteraan.Demikianlah kelemahan manusia.

Ibu Mithali.
Berbalik kepada keinginan menjadi anak bertuah atau memiliki anak bertuah, penulis teringat beberapa pengalaman mengenai hal ini.Merujuk kepada cerita seorang ibu penerima Anugerah Ibu Mithali Malaysia beberapa tahun yang silam, beliau menyatakan ibu bapa tidak seharusnya memarahi anak-anak mereka dengan kata-kata kesat atau kata-kata yang menjurus kepada keruntuhan dan kemusnahan kerana ungkapan yang keluar atau terkeluar dari mulut ibu bapa itu adalah suatu doa yang sangat mujarab dan makbul.

Oleh itu, katanya ibu bapa hendaklah sentiasa mengucapkan ungkapan yang baik-baik untuk anak-anak mereka, walaupun ketika mereka marah, sebutan anak bertuah yang ditujukan kepada anak semasa mereka marah kerana anak-anak telah melakukan sesuatu kesalahan adalah sangat sesuai untuk diamalkan, ucapkanlah perkataan itu dengan aksi dan airmuka bengis atau marah. walaupun mereka diterjah dengan perkataan yang baik tetapi mereka faham bahawa bahasa itu membawa mesej yang sebaliknya atau bahasa itu adalah bahasa yang membawa maksud terbalik.Insya Allah katanya perkataan itu masih berfungsi sebagai doa.

Kisah yang mengerikan.
Ketika penulis masih kanak-kanak, semua orang berjalan tanpa kasut atau berkaki ayam kecuali semasa mereka ke bandar, mereka memakai pakaian cantik dan berkasut, semasa naik atau masuk ke rumah mereka terpaksalah membasuh atau menyuci terlebih dahulu kaki mereka supaya kekotoran di kaki itu tidak terbawa ke dalam rumah, setiap hari ahli keluarga perlulah mengangkut air dari perigi dan dimasukkan ke dalam tempayan yang sedia diletakkan di hadapan tangga.

Kawan saya yang agak malas dan nakal enggan meringankan beban ibunya mengangkut air untuk diisikan ke dalam tempayan yang dimaksudkan, agaknya telah banyak kali ditegur dan dimarahi oleh ibunya sehingga pada suatu hari ibunya memberi amaran kepadanya supaya tidak menggunakan air yang diangkut ibu untuk membasuh kakinya, kalau digunakan juga ibunya mengugut dengan katanya
" kalau engkau gunakan juga air itu, nanti putus kaki engkau". Kata-kata itu menakut dan mengerikan penulis serta penulis seperti mensyaki sesuatu yang tidak elok akan berlaku terhadap rakan sebaya penulis itu nanti, kata-kata itu memberi kesan yang mendalam kepada penulis sehingga kini.

Selang beberapa hari apa yang disyakki oleh penulis itu memang berlaku dan menjadi kenyataan, pengucapan ibu itu akhirnya mejadi doa yang dimakbulkan Allah, teorinya telah menjadi kenyataan, setelah anaknya jatuh basikal dan terputus ibu jarinya.maka kudung dan cacatlah ibu jari kaki rakan sebaya penulis sehingga sekarang.

Sayangnya seorang nenek kepada cucu.
Ketika penulis baru memiliki seorang anak kecil dan tinggal berjiran dengan seorang nenek yang mengasuh cucunya yang juga masih kecil, agak-agaknya dalam usia baru empat tahun, kanak-kanak usia ini pergerakan mereka sangat cergas dan lincah serta sukar dikawal, serba serbi boleh menjadi permainan mereka.

Pada suatu hari agaknya pergerakan cucunya agak berlebihan dan berbahaya bagi dirinya, mungkin nenek takut cucunya nanti diundang bahaya atau cedera, nenek pun menghalang dan melarang cucunya dari meneruskan tindakan yang berbahaya itu. apa yang seriau didengar ialah ungkapan yang terkeluar dari mulut neneknya itu sangat mengerikan dan sangat tidak patut diucapkan, sebelumnya penulis belum pernah mendengar ungkapan demikian ditujukan kepada kanak-kanak , katanya,
" turun-turun...nanti aku bunuh kau" dengan suara yang nyaring sehingga kedengaran dengan jelas oleh jiran-jiran yang dekat, setiap hari begitulah nenek ini menjaga cucu kesangannya, perkataan ngeri atau yang tidak patut diucapkan itu diucapkan setiap hari dengan bertukar ganti kalimahnya.kisah ini tidaklah pula penulis mengetahui risiko yang diterima oleh cucu kesangannya itu, kisah ini sekadar menjadi sempadan kepada kita semua.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Kalau arwah emak kakak memang kalau marah anak akan berkata "Anak bertuah!" tapi sebenarnya marah kerana dgn nada suara dan airmuka dia kami adik-beradik dah tahu.

Bila arwah emak besarkan mata pun kita dah takut walau tak ada suara.

Kepimpinan dan mentaliti ibu/bapa dan anak zaman dulu dan kini amat jauh bezanya.

Leenoh said...

Salam.

Bertuah kerana memiliki ibu yang bertuah.