Thursday, December 16, 2010

Mencari khusyuk dalam solat.

Salam semua.

Kita sering tertanya-tanya bagaimana cara untuk memberi atau medatangkan khusyuk di dalam solat , sedang bersolat berbagai perkara yang datang menziarahi minda kita yang sukar hendak ditolak, mahu tidak mahu kita terpaksa melayaninya secara diam-diam, kekadang sampai terkeliru bilangan rakaatnya sama ada sedang di dalam rakaat ke-3 atau 4. Banyak petua telah diamalkan tetapi masih pi mai, pi mai tang tu juga keadaannya.

Salah satu petua atau nasihat penting untuk khusyuk ketika bersolat kita hendaklah mengambil wuduk dengan cermat dan membaca segala bacaan di dalam solat juga dengan berhati-hati dan betul. Sebelum memulakan iqamah (qamat ) kita hendaklah betul-betul hadirkan diri di tempat solat, dalam perkataan lain, kita hendaklah lupakan segala urusan sebelumnya, minda mengingatkan hati bahawa kita hendak bersolat, berdiri betul dan fokus kepada solat yang hendak didirikan, kemudian barulah iqamah, selepas iqamah bacalah doa yang biasa kita baca dan terus sahaja takbiratul ihram dan tiada bacaan lain lagi sebelum takbiratul ihram itu.


Baiklah mai kita cuba usaha lagi, kot-kot kali ini ianya menjadi, kata orang salah satu cara untuk mengkhusyukkan hati dan minda ketika solat ialah dengan memahami makna dan maksud bacan-bacaan yang kita sedang membacanya di dalam solat, katanya bagi orang yang tidak faham bahasa Arab pun boleh mengamalkannya iaitu dengan memahami secara am keseluruhan makna atau maksudnya untuk mengetahuinya... klik di sini.

_________________________
________________________________


Menutup aurat itu wajib bukan sahaja ketika bersolat.

_________________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Kakak selalu lupa rakaat terutama bola solat Zuhor di pejabat. Yg hairannya solat sunat qobliah dan ba'diah tak pernah lupa rakaat. Ada kala terpaksa ulang semula walau boleh sujud sahwi biasanya kakak lebih suka solat semula.

Ust. ikut campaign tutup aurat juga ye... Syukur Alhamdulillah.

Leenoh said...

W.salam.

Dalam laman Kehidupan Bersih dah penuh dengan kempen (dakwah)...penyertaan ini sebagai menghargai dan menggalakkan usaha baik mereka.