Wednesday, December 15, 2010

Islam maju. Melayu akan turut maju.

Salam semua.




Pada hematku.

Islam maju, Melayu akan turut maju.
Melayu membangun,
belum pasti Islam akan turut membangun.

Islam maju bermaksud "orang Islam maju", sengaja dihuraikan demikian kerana Islam itu datang dari Allah ianya telah sedia maju.Melayu akan turut maju kerana, apabila Islam dalam diri orang Melayu itu maju, maka ianya akan mendominasikan kehidupan orang Melayu.

Melayu membangun belum pasti Islam dalam diri orang Melayu itu turut membangun kerana kaedah orang Melayu membangun itu perlu dikelas atau dikategorikan sama ada ianya secara diredai Isla
m atau sebaliknya. Sejak zaman merdeka lagi Melayu menguasai pentadbiran negara dan semua sektor awam tetapi Melayu yang berada di atas dan puncak sana kelihatan mengabaikan Islam pada ketika itu dan berlanjutan sehingga tempoh tertentu. Sebahagian daripada mereka minum arak dan mengamalkan riba tanpa segan dan silu.

Situasi sedemikian tentulah wawasan untuk memajukan Islam tidak akan menjurus ke arah yang sewajarnya.Siapakah yang akan membangunkan Islam , kalau bukan pemimpinnya, tetapi pemimpin pula tidak mengamalkan cara hidup lslam atau sekurang-kurangnya berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan cara hidup Islam di kalangan rakyat biasa.Sudah tentulah termasuk keluarga dan diri mereka sendiri
_____________________________________________________


____________________________________________________

Maka dengan cara itu bolehlah rakyat biasa menumpang teduh di bawah naungan payung mereka, tidak dinafikan orang Melayu pada amnya adalah Islam tetapi ianya dikaburkan dengan cara hidup yang dimaksudkan tadi. Inilah yang dimaksudkan Melayu membangun belum pasti Islam turut membangun.

Islam akan turut membangun, jika Melayu yang membangun itu adalah Melayu yang mengahayati cara hidup Islam.Oleh itu Islam hendaklah dijadikan teras dan Melayu sebagai penumpangnya , jika ini situasinya "Islam bangun, Melayu akan turut bangun bersama".Malah negara dan bangsanya akan turut terjana pembangunannya.

Jika terdapat ramai orang Melayu yang kaya-raya dan berpelajaran tinggi, adakah senario itu telah ditakrifkan sebagai Islam sudah membangun, sedangkan mereka tidak mengamalkan atau tidak pun menggunakan cara yang dianjurkan Islam untuk mencapai kemajuan tersebut. Pembangunan insan yang dikehendaki Islam ialah pembangunan yang terjana melalui sistem dan akhlak Islam yang merangkumi konsep Iman, Islam dan Ihsan.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: