Thursday, December 23, 2010

Muhasabah : Aku bercakap tidak serupa bikin.

Salam semua.

Bisikan mindaku pada hati.

Mindaku mengutarakan berbagai pandangan dan pendapat yang bernas, hatiku juga menyetujuinya kerana semuanya yang baik-baik dan bermanfaat belaka.Aku sepatutnya bersenam setiap pagi sekurang-kurangnya 20 minit atau setengah jam, hatiku bersetuju dengan cadangan itu, memandangkan aktiviti dan pergerakanku kini tidak banyak yang melibatkan fizikal, hatiku bersetuju dengan teori dan cadangan itu tetapi aku hanya kadang-kadang sahaja melaksanakannya, mulutku sering menceritakan dan juga menasihatkan orang lain supaya berbuat demikian, ramai yang melakukannya tetapi aku sendiri tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh , memang tepat kalau hendak dikatakan" Aku bercakap tidak serupa bikin ". Nasib baik perkara yang bercakap itu perkara yang baik-baik belaka, sekurang-kurangnya mencadangkan sesuatu yang baik adalah dikira baik juga tetapi kalau merealisasikannya akan menjadi lebih baik lagi, ternyata itu adalah kelemahanku.

Mengumpat.
Mengumpat adalah suatu perbuatan yang amat dikeji Allah S.W.T, untuk senang faham mengumpat adalah menyata atau mengatakan sesuatu yang buruk terhadap orang lain, semata-mata mengucapkan sahaja bukan bertujuan memperbaiki atau menasihati individu berkenaan, sebaliknya menyatakan keburukan itu dibelakangnya dan tanpa diketahuinya, bukan pula individu yang diumpat itu seorang pemimpin yang zalim, malah individu tersebut serupa sahaja seperti orang yang mengumpat itu. Dalam hal ini aku juga kekadang terperangkap di dalam perbualan seumpama itu, kekadang aku menyedarinya tetapi tidak melarang atau menghentikannya, cuma aku tidaklah menjadi ibu keladi mempengerusikan majlis mengumpat itu.hehe.

Ramai yang tidak menyedari dan mengenali sifat mengumpat ini pada hal kalau kita kata " hai dia tu gemuk la" itu pun sudah dikira mengumpat, kekadang aku senaraikan umpatan yang telah dilontarkan setelah selesai majlis sembang-sembang, rupanya hampir sama banyak di antara mengumpat dengan tidaknya. hehe.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Bila perbualan yg bukan berdasarkan majlis ilmu seperti kuliah, belajar, tusyen, kursus dsb kekadang tanpa sedar memang ada terselit mengumpat.

Sebaiknya bila sedar cepat-cepat kita saling mengingati.

Leenoh said...

W.salam.

Kenyataan itu sangat tepat, kita sepatutnya cuba mengalihkan perbualan itu ke arah tajuk lain yang lebih bermanfaat.