Saturday, March 27, 2010

Ceramah - Di Masjid Kg. Tengah, Kluang.

Salam semua.

Ceramah sempena Maulidur Rasul.
Sabtu 11 Rabiul Akhir 1431, walaupun tarikhnya telah masuk bulan R.Akhir tetapi ceramah Maulidur Rasul masih dijalankan kerana tarikh tersebut bukanlah amat penting untuk direalisasikan tepat masanya tetapi yang lebih penting ialah menyampaikan ilmu kepada seluruh umat manusia tegasnya mengambil peluang ini untuk berdakwah.Dengan berdakwah atau berceramah dapatlah mereka yang berilmu mengeluarkan sebahagian manusia yang masih berada di dalam kegelapan ke alam yang cerah yang sentiasa dipenuhi dengan cahaya Allah.
Sekiranya peluang ini diambil untuk menerangkan sebab-sebab kesyirikan manusia kepada Allah sehingga dapat membetulkan minda iman mereka maka tidak sebab sambutan Maulidur Rasul ini ditegah dan dilarang.
Aktiviti sambutan Maulidur Rasul perlulah diteliti sebelum merealisasikannya bersama masyarakat umum, di mana mereka hanya ingin melibatkan diri tanpa pertikai aktiviti yang dilaksanakan, mereka yang berilmulah yang bertanggungjawab menyediakan program tersebut supaya tidak terlibat dengan bidaah yang keji atau aktiviti lagha.

________________________________________

3:104

你們中當有一部分人,導人於至善,並勸善戒惡;這等人,確是成功的。

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Surah Ali.Imran - 104)

__________________________________________

Juru acara dan pengendali siaraya.


Menunggu ceramah dimulakam.


Kumpulan selawat


Penceramah baru tiba dari UTM. Skudai, Johor.
berdiri kerana selawat sedang diucapkan.


Bacaan ayat-ayat suci al.Quran.


Ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid merangkap Pengerusi Gabungan Jamaah Sambutan Maulidur Rasul.Ceramah sedang disampaikan.



Sekian.Wassalam.


No comments: