Dari KL ke KL ( Dari Kluang ke Kuala Lumpur ).
Bayangkan sejak akhir tahun 70an, itulah tarikh terakhir penulis menaiki keretapi dalam perjalanannya dari utara ke selatan atau sebaliknya. Insya Allah hujung minggu hadapan akan meras

Di antara tahun 1973 - 1977 keretapi merupakan kenderaan tetap perjalanan penulis dari utara ke selatan dan sebaliknya, masa muda dulu memang menyeronokkan ketika itu belum memiliki kenderaan, hanya sekadar memiliki sebuah motorsikal vespa KC5827 mampu berpusing dan meronda di Daerah Johor Bharu sahaja., terutamanya pergi melepak-lepak di Pantai Lido ( Danga Bay ) bersama kekawan. Sekali sekala kawan dari Bukit Besar datang ke JB lepak-lepak dengan saya di asrama Jalan Kapt.Mohd.Amin bersebelahan Istana Bukit Serin, kemudian barulah balik bersamanya ke utara.
Kali terakhir saya balik menaiki keretapi ialah pada tahun 1977, pasangan abang angkat dan kakak angkat saya ( Abd.Rahman Hj.Daud dan Khatijah Jidon ) menghantar saya ke stesen keretapi Johor Bharu, mereka berdua memang banyak berjasa dengan saya. ( sekarang abang dan kakak berada di mana ).

Banyak juga kisah lucu yang berlaku di atas keretapi ketika itu tetapi tidak perlulah diceritakan di sini nanti menjemukan pula, kalau sekadar menghamparkan surat khabar di atas lantai untuk dijadikan tempat duduk sudah menjadi perkara biasa, maklumlah semua orang menggunakan kenderaan berkaki lipan ini sahaja pada zaman itu, bas ekspres belum wujud.Walaupun melepak di atas lantai , situasi demikian tidak mengurangkan keseronokan orang muda pada zaman itu , itupun sudah cukup seronok dan berpuashati.

Memang rasa sangat teruja dan tidak sabar-sabar hendak balik ke KL macam budak-budak.....hahaha .....yeye nak naik keretapi......tiket dah beli....apapun dalam suka atau sedih, duduk atau berdiri, dalam apa keadaan sekali pun kita seharusnya tidak melupai Allah dan sentiasa memohon pertolongan-Nya, semoga kerja buat dan aktiviti kita berhasil dengan baik dan selamat.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.
2 comments:
teringat haku hampir terlepas stesen kulai, kehh
salamm,
Salam.
Nasib baik yer
Post a Comment