Thursday, July 24, 2014

Lintasan hati di dalam penerbangan.

Degup  jantung dan lintasan hati   di dalam penerbangan.
  

( gambar hiasan )

Ketika berada di dalam penerbangan kebanyakan orang Islam akan teringat Allah kerana situasinya mengingatkan mereka kepada risiko yang mungkin dihadapi, lantas kita akan berdoa berkali-kali memohon supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

Semasa berada di atas bersama dengan awan biru keadaannya tidak ubah seperti burung yang sedang terbang keluar dari sarang mencari rezeki tetapi kapalterbang bukanlah burung, burung ciptaan Allah yang istimewa, sebaliknya kapalterbang hanya hasil gubahan manusia yang tidak sempurna, boleh berlaku kerosakan ketika sedang dalam penerbangan dan seumpamanya. Hati akan terbayang bermacam-macam maka berulanglah doa yang dibaca @ didoakan tadi.

Kadang-kadang terfikir makbulkah doa ini dalam keadaan manusia di sekeliling dan berhampiran berpakaian seumpama berbogel dan ditambah pula - jika - dihidangkan dengan minuman yang nyata dilarang Allah.

Bagaimana hendak hadapi kecemasan dalam keadaan demikian. Seolah-olah persediaan untuk penyudah yang baik ( حسن الخاتمة ) tidak disediakan. Orang yang beriman akan kecewa dan bimbang situasi begini. Mereka sebolehnya mengharapkan suasana dan persekitaran yang baik semasa berada pada situasi berisiko tinggi kerana keburukan dan kemaksiatan yang ada boleh disingkirkan, eloklah disingkirkan.


Kecemasan tidak dapat diduga dan dijangka serta kematian pula boleh berlaku di mana-mana  dan bila-bila.

No comments: