Monday, August 3, 2009

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - 3

Salam semua.
Selepas selesai mengambil gambar di sekitar Masjid Zahir kamipun meneruskan perjlanan ke Taman Malaysia jam 6. 40 petang selamat tiba. setelah berbual-bual dan minum apa yang dihidangkan, bertolak pula ke Jalan Sultanah dan singgah di rumah kakak yang jaraknya lebih kurang 100m sahaja dari Masjid Sultanah Bahiyah, di sini berhenti dan berbual-bual selama 10 minit sahaja kemudian meneruskan perjalanan ke kampung bonda tersayang, kami singgah makan malam di warung yang terletak di km3 Jalan Langgar.

Selepas makan kamipun meneruskan perjalanan lagi ketika ini telah melepasi waktu Magrib, kami hanya niat solat Magrib di dalam waktu Isyak , masih boleh berbuat demikian , hampir jam 9.00 malam barulah kami sampai di rumah adik kami yang jaraknya tidak jauh dari rumah bonda, di sinilah kami menunaikan solat dan juga bermalam. Kesokan paginya ( Ahad 03.08.2009 ) barulah pergi ke rumah bonda.

Di sini kami diberikan bermacam - macam hasil tanaman kampung seperti buah sete, rambutan, cempedak, rebung, mempelam, kelapa muda, petai dan kerisik. Nasib baik barangan tersebut bukan jenis yang berat timbangan kecuali cempedak.




Sawah menghijau.

Pokok Sete dan Kelapa


Jangan makan kawan.

Pokok kelapa inilah pokok kelapa yang terakhir
menjadi bekas tangan aruah ayahandaku.



Buah Sete.


Jentera bajak


Kambing Boer.


Angsa


Rumpun Buluh.


Rebung Buluh.

Suasana kemeriahan kampung yang di kelilingi sawah bendang. Kemeriahan dan suasananya berubah mengikut musim.

Setelah semua buah-buahan dan barangan lain dimasukkan ke dalam kereta oleh adik lelaki , maka kamipun bertolak ke rumah adik perempuan yang tinggal lebih kurang 1 km dari rumah bonda tersayang ketika itu rasanya jam 9.00 pagi setelah beberapa minit memandu kereta maka sampailah kami di sana. Inilah destinasi ziarah terakhir kami seperti di dalam perancangan perjalanan tersebut.


JOM PI ALOK SETAK
Lebih kurang !0 minit sahaja kami di rumah adik yang ini, kemudian bertolak balik ke Shah Alam. dari sini kami terus ke Alor Setar, jarak ke Alor Setar hanya 12 km sahaja dari kampung, sesampai sahaja di Bandaraya Alor Setar kami terus ke Pekan Rabu membeli berbagai barangan yang susah hendak diperolehi di Shah Alam terutamanya bahan masakan Acar Limau kalau adapun harganya sangat mahal. Sambil itu saya tidak lupa juga mengambil gambar untuk tatapan mata anda semua, di antara gambar-gambarnya seperti yang dipaparkan di bawah ini.

SELAMAT DATANG KE ALOR SETAR.


Balai Besar.


Wisma Negeri Kedah



Muzium Di Raja.


Menara Alor Setar & Balai Nobat.

Sungai ini
melalui bahagian belakang Pekan Rabu.


SELAMAT DATANG KE PEKAN RABU.


Setelah selesai membeli-belah di Pekan Rabu kami pun sambung perjalanan, dari Pekan Rabu bertolak ke Mergong dan singgah di sekolah yang masih dalam ingatan dan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.Makmal Pendidikan Islam / Surau Sekolah.

Sekolah ini terletak 3 km dari Bandaraya Alor Setar akan dipaparkan gambar tambahannya kemudian nanti.
Jam 1.00 petang saya sampai di sini dan berjumpa beberapa orang guru yang sedang berada di sini dan ada juga yang sedang mengajar. Mereka memperkenalkan saya dengan para pelajar yang sedang menjalankan proses pembelajaran.

Insya Allah akan bersambung pada entri yang seterusnya.


Sekian. Wassalam.

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - 2


Pokok Kurma

Salam Semua.

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - Meneruskan Perjalanan.

Setelah berbual panjang kamipun minta diri untuk meneruskan perjalanan ke Alor setar, agak lama juga kami melayan nostalgia semasa berada di masjid tadi kerana sebelum tinggal di Shah Alam kami bercadang menetap di sini tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Banyak juga aktiviti yang saya terlibat dalam tempoh masa tinggal di sini dahulu.


Masjid Al.Majidi.

Deretan Pokok Kurma

Dapur & Tempat Jamuan

Bangunan biru itu adalah setor.
terletak berhampiran Tanah Perkuburan
dan bangunan di bekangnya - Kuarters Askar.


Jam 3.20 petang barulah kami bertolak ke Alor Setar dalam perjalanan hujan turun lebat, terpaksalah memandu dengan berhati-hati, sampai sahaja di Alor Setar iaitu di Jalan Pegawai ( nama dahulu) kedengaran azan Asar berkumandang di udara dari masjid yang terletak berhampiran restoran yang kami berhenti makan nasi Lemak Ali. Di lokasi ini terletak Sek.Keb.Sg.Korok Lama dan Baru, masjid dan Maktab Mahmud dan Rumah Bersejarah Dr.Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada masa dahulu di sepanjang jalan ini adalah Rumah Kuarters Kerajaan oleh itu ramailah Pegawai Kerajaan tinggal di sini, kawasan ini juga terletak bangunan Dewan Guru. Saya hanya sempat ambil gambar masjid di bawah ini sahaja.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Taman Malaysia iaitu di antara taman yang wujud terawal berbanding dengan taman-taman lain, taman ini di bina dalam tahun 60an kami ke sana untuk menziarahi ahli keluarga . Sebelun ke sana kami singgah terlebih dahulu di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar dan mengambil gambar-gambar di bawah ini.

SELAMAT DATANG KE MASJID ZAHIR



Menara jam ini berhampiran masjid. Suatu ketika dahulu dikatakan menara itu digunakan Untuk melaungkan azan.

Perjalanan Balik Kampung belum sampai ke destinasinya lagi, perjalanan akan diteruskan dan ceritanya juga akan diteruskan di dalam entri berikutnya nanti.


Sekian. Wassalam.


Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - 1.

Salam Semua.

Dah lama sangat tidak balik ke kampung, Rancangan telah dibuat beberapa kali tetapi gagal, pada 1hb. Ogos 2009 barulah Allah izin. Jam 7.00 pagi dah mula bertolak dari rumah, singgah isi minyak di setesen minyak yang terletak tidak berapa jauh dengan Pasar Raya Giants Shah Alam, jam 7.30 kami telah melintasi tol, selepas Plaza Tol jalan semakin menirus menjadi satu laluan kerana pihak polis m
embuat sekatan, agaknya ada kaitan dengan demonstrasi membantah pelaksanaan ISA yang akan diadakan pada hari tersebut di KL. Setelah bertentangan empat mata dengan polis akhirnya perjalanan diteruskan.

Setelah melalui beberapa Plaza Tol barulah kami sampai ke Lebuh Raya Utara Selatan, apabila sampai Plaza Tol Ipoh Selatan bagi mereka yang tidak masuk Badar Raya Ipoh mereka kena memilih laluan tengah, kalau dahulu setiap kenderaan kena berhenti bayar tol dan akan mengambil tiket semula apabila tiba di Plaza Tol Jelapang tetapi sekarang itu semua telah menjadi sejarah . Kini menggunakan
Plaza Tol baru . Palza Tol dibina di kiri dan di kanan laluan ke utara, jadi mereka yang ke utara tiada gangguan tol di sini, sebaliknya mereka kena bayar apabila sampai di Plaza Tol Juru nanti. Dari Rawang ke Sg.juru RM40.60.




Suasana R&R. Tapah


Sebelum Ipoh ( Dari selatan )


Mulai Plaza Tol Ipoh Selatan ke Plaza Tol Ipoh Utara laluan tengah untuk mereka yang tidak masuk Bandar Raya Ipoh dibina pembahagian jalan dengan binaan konkrit di kiri dan kanan.Selepas Plaza Tol Jelapang terpaksalah mendaki bukit, pada masa dahulu di sinilah tempat ambil tiket untuk mereka yang hendak pergi ke utara , tidak berapa jauh dari situ sampailah terowong dan masuklah terowong, kemudian bertemu pula R&R Sungai Perak..

R&R Sungai Perak.


Laluan atas untuk mengurangkan kesesakan belum siap.
Buterworth.

Kesesakan Jalanraya di Buterworth.
Persimpangan ke Jabatan Pulau Pinang.

###################################

SELAMAT DATANG KE SUNGAI PETANI.


Persatuan Peladang Kawasan.
Sg.Petani.

Berhenti makan di sini.

_______________

SELAMAT DATANG KE MASJID AL.MAJIDI.
SUNGAI LAYAR HUJUNG.


Pokok Kurma di dalam kawasan masjid.
Bersolat di sini ( Zohor & Asar Jamak Takdim )

Selepas menunaikan solat , sebelum meneruskan perjalanan ke Alor Setar kami singgah sebentar di rumah kawan lama yang tinggal berhampiran dengan masjid. Pak Lang dan Mak Lang sangat gembira menerima kehadiran kami walaupun kami hanya sempat singgah hanya lebih kurang 20 minit sahaja. Terima kasih kerana pemberian buah rambutan kepada kami. Kata Pak Lang mereka berdua malam tadi menyebut-nyebut nama kami. Tiba-tiba petang ini sampai ke rumah mereka, sebab itulah agaknya melonjakkan kegembiraan mereka. Berlebih-lebih lagi Pak Lang dalam keadaan kurang sihat tetapi Mak Lang sihat walafiat. demikian habuan masing-masing. Apapun terimalah seadanya dan bersyukur kepada Allah.

Jom balik kampung akan bersambung perjalanannya mulai Masjid Al.Majidi yang terletak berhampiran rumah Pak Lang dan Mak Lang pada entri seterusnya.

Sekian.Wassalam.