Kalau Allah sayangkan seseorang, Allah akan berinya hidayah, berikut adalah video menunjukkan seorang wanita baru sahaja mendapat hidayah yang mendorongnya memeluk Islam dan merealisasikan pengucapan dua kalimah syadah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam.
Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3, Shah Alam. Selangor menganjurkan Forum Keselamatan Rumah sebagai persediaan sebelum meninggalkan rumah kerana pulang beraya di kampung.Para penduduk diberi taklimat dan pencerahan oleh pihak polis, berikut adalah pencerahan yang diberikan oleh Sub.Inspektor Abas bin Abdul Jalil. Ketua Polis Balai. Balai Polis Seksyen 6. Shah Alam, Selangor.
Sebelum itu Pn.Sarimah bt Lisut selaku Ahli Majlis merangkap Pengerusi MPP ZON 3 menyampaikan ucapan aluan dan nasihat kepada hadirin.
Selepas solat Jumaat ( 02082013) hari ini sekali lagi saya berkesempatan menyaksikan dua muallaf ( saudara baru ), seorang lelaki dan seorang wanita mengucapkan syahadah yang disaksikan begitu ramai sekali ahli jamaah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam