Thursday, January 7, 2010

Tanggungjawab memelihara kalimah Allah.

Salam semua.

Pada pagi ini penulis mempunyai kelapangan masa dan terfikir pula hendak menulis tajuk yang tersebut
di atas. Pada mulanya ingin membiarkan sahaja orang lain yang lebih arif memberi pandangan dan menulis tajuk di atas, di mana mauduk tersebut telah menjadi bahan perbualan di mana-mana sahaja sekarang ini termasuk mereka yang tidak bersolat, bersolat sekali sekala, bersolat Jumaat sahaja atau bersolat hari raya sahaja, pendeknya mereka yang berjenama Islam semuanya tiba-tiba prihatin dengan kalimah tersebut kerana berkemungkinan kalimah ini akan dibenarkan penggunaannya di dalam tulisan orang bukan Islam oleh mahkamah bukan syariah, berikutan perbicaraan yang telah selesai pada peringkat pertama dan akan disambung hujah masing-masing pada masa akan datang di mahkamah rayuan. Penulis menganggap kisah ini telah pun diketahui oleh pembaca kerana ianya telah lama dan berlarutan sehingga kini .

Pada hemat penulis penggunaan kalimah mulia itu di dalam perbualan harian sukar hendak dihalang atau diharamkan kerana banyak tempat persendirian dan berbagai kerumitan, lagi pun bagi orang bukan Islam yang fasih berbahasa Melayu dan mereka yang secara langsung mempelajari subjek Islam di sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi tentulah akan menyebutnya, dari segi hukum Islam pun tiada apa-apa hukum atau larangan terhadap orang bukan Islam yang menggunakan kalimah ini melainkan kembali kepada hukum asal yang sedia berjalan ke atas mereka iaitu berdosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah atas kesyirikan dan kekufuran mereka. Kesyirikan dan kekufuran itu merekalah yang akan tanggung bukan tanggungjawab dan dosa orang Islam.Orang Islam tidak menanggung dosa orang lain.

Kalaulah dilarang sama sekali menyebutnya tentulah mematikan aktiviti dakwah orang Islam pula, masakan boleh berdakwah kalau semasa berintraksi dengan mereka tidak boleh menyebutnya, larangan hanyalah pada penggunaan tertentu sahaja iaitu pada perkara yang menyebabkan kekeliruan atau mengelirukan aqidah orang Islam sahaja kerana di dalam perlembagaan negara menyebut agama rasmi Malaysia ialah Islam dan agama lain bebas diamalkan , dalam pada itu masing-masing hendaklah peka dengan sentuhan perasaan orang yang beragama lain.

Tanggunjawab memelihara kalimah Allah.
Dalam konteks masyarakat Islam Malaysia berkaitan penggunaan kalimah Allah di dalam tulisan oleh bukan Islam, adalah wajar dihalang kerana penggunaan itu khusus untuk menggantikan kalimah "god" yang digunakan oleh orang Kristian dan mempercayai 'god' itu seperti yang difahami mereka, ( iaitu bertentangan dengan aqidah orang Islam). Penggunaan di dalam media cetak akan terdedah kepada penyelewengan dan kekeliruan makna dan maksud Allah itu yang sebenar atau hakiki seperti yang diimani oleh orang Islam.

Di Malaysia penggunaan kalimah Allah telah menjadi warisan Orang Melayu Islam sejak berzaman atas amalan dan penghayatan sekian lama, sebab itulah maka ianya termaktub di dalam perlembagaan negara iaitu Islam itu sebagai agama rasmi dan diletakkan di bawah kuasa raja-raja Melayu, inilah di antara sejarahnya yang dipersetujui oleh semua pihak semasa menuntut kemerdekaan, jika ini tidak dipersetujui oleh orang Melayu Islam sudah tentu tidak akan berlaku kemerdekaan seperti yang kita sama-sama nikmati sekarang ini. Perkara ini hendaklah dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak supaya kehidupan kita akan terus dikecapi secara aman dan harmoni.

Bagi orang Kristian, jika tidak disebut atau digunakan kalimah mulia itu, rasanya tidaklah menimbulkan apa-apa masalah yang besar kepada mereka kerana sejak dari dahulu pun tidak disebut di dalam kitab-kitab mereka. Kalau pun terdapat orang Kristian di setengah tempat menggunakan kalimah tersebut tetapi ianya tidak secara global, sebaliknya secara adat sahaja di mana penggunaan mengikut tempat. Berbanding dengan penggunaan orang Islam terhadap kalimah ini adalah secara global dan tiada seorang pun di kalangan orang Islam di dunia ini yang tidak menggunakannya.

Mereka seharusnya berusaha sebaik mungkin supaya penganut agama mereka mengikut kitab-kitab kepercayaan mereka, kalau ingin mengikut sebutan dan penggunaan yang digunakan oleh orang Islam. Gunalah seperti digunakan oleh orang Islam selama ini iaitu beserta dengan takrif yang digunapakai oleh orang Islam seperti di dalam Surah Al.Ikhlas.

Jika digunakan secara mensyirikkan takrif-Nya sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak senang oleh orang Islam di Malaysia. Keadaan ini telah melanggar budaya
khasnya budaya orang Melayu Islam yang telah lama menghayatinya tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. Sebelum ini mereka sedikit pun tidak menyangka bahawa agama lain di dalam negara ini berhajat menggunakan kalimah ini.

Allah adalah nama khas yang diterangkan takrif-Nya di dalam surah al.Ikhlas, Surah al.Baqarah ( ayat 255), Ali.Imran (ayat 64) dan banyak lagi ayat al.Quran yang menjelaskan tentang ketauhidan dan keesaan -Nya.

Menentang dan menghalang penggunaannya itu hanyalah salah satu kaedah sahaja, kaedah dan cara yang amat penting bagi memelihara kalimah Allah atau dalam perkataan lain memelihara "kalimah syahadah" . Caranya adalah berdakwah ( menyampaikan pelajaran dan Pendidikan Islam ).

Dakwah - Menyampaikan Pelajaran dan Pendidikan Islam.
Sekiranya dalam hal ini orang kita bersemangat seperti yang ditunjukkan di dalam laman sesawang dan juga facebook tentu sekali aqidah Melayu Islam telah menjadi kebal dan tidak perlu lagi bimbang terhadap apa yang diceritakan di atas tadi. Kita mempunyai Pejabat Agama Islam di setiap daerah dan kita juga mempunyai kumpulan-kumpulan sukarela.( Pendakwah Bebas ) malah kita mempunyi masjid yang tidak kurang banyak bilangannya.

Jika semuanya dimakmurkan, digerakkan dan dimanfaatkan sebaik mungkin, insya Allah akan berkuranglah Islam pak turut di dalam masyarakat kita dan semua parti politik orang Islam hendaklah menjadikan Islam itu sebagai dasar perjuangan mereka supaya kegiatan dakwah dapat berjalan lancar tanpa gangguan mana-mana parti politik yang beralasankan mempolitikan agama dan seumpamanya.

Sistem tauliah yang sedang dijalankan patut dikekalkan tetapi pihak berwajib hendaklah perbanyakkan pemilik tauliah, mereka tidak boleh lagi bersikap seperti menahan lukah, sebaliknya hendaklah bergerak dan keluar mencari pendakwah-pendakwah yang layak dan berikan tauliah kepada mereka serta berikan ruang dan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk berdakwah atau mengadakan majlis- majlis ilmu di tengah-tengah gelanggang masyarakat sama ada untuk orang Islam atau bukan Islam.

Bagi penulis inilah ubat yang paling mujarab untuk memelihara kalimah Allah.Apabila orang Islam telah memahami Islam secara menyeluruh, kukuh dan kejap aqidahnya, insya Alah akan selamat di dwi dunia ciptaan Allah ini, mereka itu bak ikan di dalam lautan, walau pun airnya masin, ikan tetap tidak masin, tetapi, apabila ikan itu mati dan dimasukkan sedikit garam
sahaja seluruh badannya akan menjadi masin.

@@@@@

" Selesaikanlah masalah Islam secara Islam - bukan cara Melayu atau Arab"

@@@@@
______________________

Isnin, 2010 Januari 04

__________________________


Sekian. Wallahu aklam.


7 comments:

Mak Su said...

ada pro dan kontra.... tapi yang benarnya, Allah adalah penguasa ke atas sekelian makhluk

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Kiranya mereka juga percaya demikian..alhamdulillah.

Dee said...

isu yg tgh panas ni ye..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.

Kebimbangan terhadap anak cucu akan datang...dunia ini sentiasa berubah...apakah mereka faham... apakah yang boleh berubah dan patut berubah...dan apakah pula perkara yg tidak boleh diubah sama sekali.

Nl said...

salam pak ngah ....
sekarang ini menjadi perdebatan... ahli politik dan yang arif dalam bidang agama........

Hunny said...

salam Pak Ngah,

Terima kasih linkkan dalam blog Pak Ngah ni.. :)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih