Monday, May 7, 2012

Keliru di antara taat dan ikut.

Salam semua.

Artikel kali ini dinukilkan secara ringkas bertujuan supaya pembacanya senang faham dan tidak merasai jemu membacanya.Penulis juga dapat mengelak dari  tersasul dan tersimpang jauh dari objektif penulisannya.


TAAT.
Nabi Muhammad.s.a.w. pernah menjelaskan perkara ini di dalam Hadisnya yang mafhumnya seperti berikut;
Mendengar dan taat perintah bagi seseorang Islam sama ada pada perkara yang disukai atau dibenci. Apabila disuruh pada perkara yang maksiat (dosa), maka tidak wajib dengar dan tidak wajib taat.

TAAT dan IKUT.
TAAt.
Taat dan ikut sebenarnya dua perkataan yang berbeza.
Taat membawa maksud hanya patuh pada perkara yang baik sahaja, sama ada perkara yang baik itu kita suka atau tidak, hukumnya kita wajib taat dan patuh sama ada perintah itu datang dari pemerintah atau ibu bapa sendiri , tetapi, sekiranya perintah atau suruhan itu berupa maksiat atau perkara dosa maka tidaklah wajib mentaatinya.

IKUT.
Ikut membawa makna dan maksud yang sangat umum tanpa had, di dalam ajaran Islam tiada arahan atau perintah supaya ikut sesuatu pihak sama ada  ikut ibu bapa atau pemerintah atau sesiapa sahaja, umat Islam tidak sepatutnya keliru dalam hal ini.Perkara yang jelas di dalam soal ini ialah Allah memerintahkan hamba-Nya supaya taat iaitu taat dan patuh pada perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Adalah salah dan berdosa sekiranya mendengar dan ikut perintah pada perkara maksiat (dosa), tidak kiralah perintah itu datang daripada mana atau siapa kerana perintah manusia tidak boleh mengatasi perintah Allah.


Sekian...wallahu aklam..

No comments: