Salam semua.
Pada pemerhatianku.

Kalau dulu golongan yang cintakan Islam akan dijauhi oleh bukan Islam,setelah Islam semakin difahami, kini golongan itu dijadikan kawan dan rakan seperjuangan di dalam memakmurkan Malaysia secara berkongsi dan sama-sama berusaha mewujudkan landasan yang adil dan kena pada tempatnya.
Abad yang ke 21 adalah abad di mana manusia telah maju dan berpelajaran termasuklah rakyat Malaysia, sebahagian besar daripada mereka menguasai dan berkebolehan menggunakan internet dan teknologi moden (ICT) untuk menambahkan ilmu dan mendapatkan maklumat.Ilmu dan maklumat yang bertambah itu telah membentuk sikap dan pendirian di dalam sesuatu isu terutamanya terhadap suasana politik di persekitaran mereka dan juga perkembangan politik seluruh dunia.
Masyarakat yang cerdik dan bermaklumat kebiasaannya mempunyai sikap dan pendiriannya yang tersendiri, termasuk mengenai parti politik, ianya terbentuk melalui pengetahuan dan maklumat yang sentiasa mereka perolehi dari semasa ke semasa. Maklumat inilah mendorong mereka menyertai parti politik, mereka yang tidak menyertai parti dianggap sebagai orang di atas pagar tetapi sebenarnya mereka menyokong parti tertentu secara diam-diam dan rahsia, perkara ini berlaku kerana sesuatu sebab yang tertentu yang berkait dengan suasana dan biah masyarakat.
Marah dan kekerasan bukanlah cara terbaik untuk mengubah sikap masyarakat yang bermaklumat, masyarakat kini menilai sesuatu dengan maklumat yang bermaruah dan contoh yang baik, sesuatu isu yang timbul perlu diulas dengan hujah yang benar dan boleh dipercayai.Sebahagian propaganda tidak lagi dapat memerangkap mereka, sebaliknya mungkin propaganda akan menjadi senjata makan tuan.
Dalam bidang politik, kempen-kempen yang menjurus kepada penambahan ahli atau sokongan akan berjaya kalau dasar parti tertentu dapat menarik dan menambat hati mereka serta pemimpin yang menerajuinya pula dari kalangan mereka yang boleh dicontohi, gaya hidupnya sederhana dan memiliki keluarga yang baik dalam aspek amalan dan penghayatan Islam.(merujuk kepada masyarakat Islam), masyarakat bukan Islam pun tertarik dalam hal-hal seperti ini.
Islam sendiri menyebarkan ajarannya dengan memberi kefahaman mengenai aqidah dan syariatnya, terpulanglah kepada manusia untuk mempercayainya, Islam melarang penganutnya menyebarkan ajarannya secara paksaan, kalau terdapat di kalangan mereka yang ingin masuk Islam, mereka melakukannya secara sukarela dan reda di hati, jika kemasukan seseorang ke dalam Islam secara paksa ianya dikira tidak sah/ tidak diakui islamnya.
Firman Allah bermaksud.
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah al.Baqarah : 256).

Sekian...wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment