Thursday, September 12, 2013

Awal Zulqaedah Bakal Haji mudah masuk Raudah


Penerbangan ke Madinah atau Makkah telah pun bermula , penerbangan  dimulai dengan para petugas Tabung Haji, Bakal Haji yang berangkat menaiki penerbangan awal untuk mengerjakan Fardu Haji  mempunyai kelebihan yang berbeza dengan mereka yang berangkat menggunakan penerbangan lewat, bagi mereka yang pergi awal senang masuk ke Raudah di Masjid Nabawi dan bersolat serta beribadat di sana, manakala yang lewat senang untuk mengerjakan Haji secara Ifrad. Kedua-duanya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Berdasarkan pengalaman yang lalu penerbangan awal akan ke Madinah terlebih dahulu, ketika ini bakal Haji yang berada di Madinah belum ramai oleh itu senanglah bakal Haji masuk ke Raudah dan bersolat di sana berulang kali dan juga boleh masuk berulang kali.Dalam tempoh dua minggu pertama dalam bulan Zulqaedah masih selesa masuk ke tempat yang amat berkat itu.

Raudah bermakna taman @kebun, Raudah pada masa ini terletak di dalam Masjid Nabawi mengambil ruang di antara Mimbar dan Makam Rasulullah.s.a.w. Kalau kita bersolat di beberapa saf hadapan kedudukannya para jamaah di saf-saf tersebut memberi belakang Makam Nabi dan Raudah.Jamaah yang berada di sebelah kiri imam dan sedikit di sebelah kanannya mereka ini betul-betul memberi belakang Makam dan Raudah.Sebahagian lagi di sebelah kanan sehingga ke pintu keluar itu di belakang kedudukan mereka ialah makmum bersambung makmum tanpa pagar atau tembok Makam atau Raudah. Di bahagian yang dijelaskan di atas tadi di belakang mereka di selangi dengan pagar atau tembok Raudah.Biasanya Raudah dibuka dua pintu, satu untuk masuk dan satu lagi untuk keluar, pintu-pintu ini sentiasa ada pengawalnya.semasa solat fardu pastinya sentiasa dipenuhi.

Merujuk kepada mudah senangnya masuk ke kawasan Raudah, bagi mereka yang sampai lewat sudah tentulah terpaksa menghadapi kesesakan dan tolak menolak untuk masuk ke situ kerana bakal Haji dari setiap pelusuk dunia telah tiba baik yang dekat atau jauh, setiap orang daripada mereka itu tidak akan mahu terlepas peluang masuk ke tempat yang amat berkat itu, terdapat juga di kalangan Bakal Haji kita yang tidak berpeluang masuk walaupun telah berada berhampiran atau di sebelah dindingnya sahaja kerana orang terlalu ramai ditambah pula kawasan tersebut suatu kawasan yang sempit sahaja, ada kalanya pula kawasan ini ditutup.

Ketika mengisi borang pendaftaran dahulu ( puluhan tahun dahulu ) penulis mengisi bahagian pilihan dengan memilih untuk pergi ke Madinah terlebih dahulu, ingatan di hati sangan berhajat hendak  berjumpa Rasulullah.s.a.w. terlebih dahulu sebelum mengerjakan Haji. Niat tersebut terhasil dan pengalaman itu dinukilkan di sini untuk manfaat sesiapa yang memerlukan informasi tersebut.

Sekian...Wallahu aklam...والله أعلم
1434H. ذواالقعدة. 06

No comments: