Sunday, September 22, 2013

Jerat tersentak tetapi tidak mengena- Kisah benar.


Photo: Ada cerita di sebalik foto motorsikal tu.ok sekarang baru  ada masa utk  cerita...Pagi tadi sebuah motorsikal tiba-tiba sahaja terhenti di hadapan kami.Belum kami bertanya apa-apa, penonggangnya terus menceritakan bahawa motorsikalnya kehabisan minyak DAN dia pula terlupa membawa duit. Lantas terlintas di hati saya " orang ini mungkin hendak menipu kami ", dia terus bercakap, katanya lagi " nampaknya terpaksa tolak sampai Seksyen 7 ", saya menjampok waah jauhnya sambil meneruskan perjalanan dan terus naik tangga PKNS, dia pula menolak motorsikalnya ke hadapan sambil beberapa kali melihat kami, kami pura-pura tidak melihatnya, kemudian diparkirnya motorsikal itu di bawah pokok.Kami melihat melalui lubang dinding PKNS, setelah dia yakin kami tidak lagi mengetahui telatahnya dia pun menghidupkan motorsikalnya dan terus berlalu dari situ menuju ke arah dia datang tadi.
Mana tak ada minyaknya...tipu aja.sempat juga saya snap fotonya dari jauh.السلام عليكم
Semalam Sabtu 21.09.2013 saya bersama dengan isteri pergi ke bangunan PKNS kerana ada urusan peribadi, setelah selesai sarapan pagi kami pun pergilah melangsaikan urusan itu di bangunan Plaza Alam Central, siap sahaja urusan kami pun berjalan kaki balik ke kereta yang parkir di di bawah PKNS, dalam perjalanan balik itu ketika bertentangan dengan bangunan PKNS dan SACC tiba-tiba sebuah motorsikal berhenti di hadapan kami, lantas memandang kami, saya pun bertanya kenapa ?, dia menjawab, "minyak habis, duit lupa bawa, nampaknya terpaksalah  tolak sampai Seksyen 7 ", lantas saya  meragui kejadian ini, tidak tahu pula apa yang difikirkan oleh isteri, kami hanya melayannya sambil meneruskan perjalanan menuju ke PKNS manakala penunggang motorsikal itu menolak motorsikalnya perlahan-lahan menuju ke bawah pokok dan berhenti di situ, sedang dia menolak motorsikalnya itu dia beberapa kali beralih ke belakang melihat kami, saya pura-pura tidak melihat telatahnya itu.Akhirnya kami pun naik tangga PKNS dan terus masuk ke bahagian dalam dan menyusuri tepi dinding mencari lubang yang boleh melihat kelibat tersebut.
______________________________
 Ruang untuk iklan

 _____________________________________

Agaknya setelah dia yakin kami tidak melihat dirinya lagi, dia pun memakai topi keledar semula dan terus menghidupkan motorsikal yang dikatakan kehabisan minyak itu dan terus meninggalkan tempat itu, kelakuannya itu membuktikan minyak yang dikatakan habis itu masih ada dan tidak terjejas pun, 

Demikianlah  berbagai cara dan kaedah penipuan yang digunakan manusia jahil zaman moden ini untuk memancing wang di dalam poket orang lain. Saya cepat terlintas mengenai tipu daya ini kerana sebelumnya pernah seorang sahabat yang tertipu dengan cara yang hampir sama iaitu penjahat berpura-pura motorsikalnya pancit dan tidak cukup wang untuk menukar atau menampung tayar yang baru, atas peri kemanusiaan sabahabat saya pun memberinya wang, dalam tempoh tertentu sahabat saya ini terjumpa pula penipu yang sama buat kali kedua dan mengadu perkara yang sama di tempat yang sama, kali ini penipu itu tidak bernasib baik kerana sahabat saya itu telah kenal wajah dan susuk badannya dan dia pula telah melupainya, mangsa sukar melupai jerat, jerat sukar mengena mangsa yang sama dua kali.

Dalam jarak yang agak jauh saya sempat mengambil gambarnya, demikianlah kisah jerat tersentak tetapi tidak mengena.

Sekian...والله أعلم.

Catatan.
Sebarkan kisah ini secara lisan atau "copy" masuk FB atau seumpamanya  supaya rakan-rakan kita tidak menjadi mangsa penipuan seperti ini.

No comments: