Friday, September 6, 2013

Perancangan dan sikap penting diri sendiri.

Beri laluan iklan sebentar.

 ____________________________________________

Perancangan dan sikap penting diri sendiri.
Perancangan sesuatu kawasan atau bandar tidak akan berjaya dengan baik, kalau masyarakatnya dan pelaksananya mementingkan diri sendiri tanpa mementingkan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya, maka sebab itulah  Islam sejak dahulu melarang mendirikan tembok rumah yang tinggi sehingga menjejaskan keselesaan jiran, sebelum melaksanakannya suatu keizinan daripada jiran diperlukan, melaksanakannya tanpa persetujuan jiran adalah suatu dosa atau kesalahan.

Kini manusia semakin ramai dan bangunan juga semakin banyak, sekiranya sikap buruk ini diteruskan ketika melaksanakan sesuatu projek pembangunan akibatnya masyarakat dan diri sendiri akan menerima  bencana dan kesusahan di kemudian hari.Jika orang kaya atau syarikat besar melaksanakan projeknya tanpa ambil kira perkara ini sudah tentulah akan senang berlaku banjir kilat dan keburukan seumpamanya yang menyusahkan masyarakat setempat, menyusahkan orang lain adalah suatu dosa, menyusahkan orang lain dalam situasi seperti ini tentulah dosanya berpanjangan, akan lebih panjang lagi dosa itu sekiranya tidak ditangani dengan segara, pihak yang memberi atau menyebabkan kesusahan itu sepatutnya membayar ganti rugi kepada mangsanya, mungkin  tiada undang-undang atau peraturan yang seperti itu. 
Berlakunya bencana alam seperti ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa ianya berlaku disebabkan tindakan dan kerja tangan manusia itu sendiri.
Photo: Banjirlah pulak...

 Photo: Info dari Tahir Saleng...Seksyen 7.Shah Alam.

Allah telah pun memberi peringatan kepada manusia tentang keburukan sikap ini.

Photo: Maksud ayat,

Malay,
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 

Chinese
災害因眾人所犯的罪惡而顯現於大陸和海洋,以至真主使他們嘗試自己的行為的一點報酬,以便他們悔悟。 

English.
Corruption has appeared throughout the land and sea by [reason of] what the hands of people have earned so He may let them taste part of [the consequence of] what they have done that perhaps they will return [to righteousness]. 
Maksud ayat,

Sekian...wallahu aklam.
والله أعلم

No comments: