Sunday, May 31, 2009

Semua orang bencikannya.


ا
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Kali ini marilah sama-sama kita renungi telatah manusia di dalam kehidupan yang kita juga sama-sama turut serta sebagai penghuninya dan bertanggungjawab kepadanya.

Suka, duka, adil, zalim, tipu, pura-pura, jujur, bersih, kotor., harum, busuk, jijik dan seumpamanya sudah menjadi lumrah di dunia ini. Di antara perkara tersebut ada yang disukai dan ada juga yang tidak disukai manusia, terdapat juga yang disukai oleh seseorang, sebaliknya orang lain pula tidak menyukainya.

Di dalam topik ini kita hanya fokuskan kepada perkara-perkara yang semua orang benci atau tidak suka berlaku pada dirinya. Namun begitu, mungkin mereka pula suka perkara itu berlaku pada orang lain walaupun mereka benci jika berlaku pada diri sendiri. Mari kita fikirkan perkara tersebut dan senaraikan di bawah ini, apa-apa yang tertinggal anda bolehlah menambahnya di ruangan yang disediakan.

(1) Zalim, sebelum itu marilah kita teliti maknya, zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, Zalim yang ketara ialah penipuan yang besar yang memberi kesan buruk yang juga besar atau suatu perbuatan siksa terhadap orang lain atau diri sendiri.

Siapakah di antara kita yang suka dirinya dizalimi, ditipu, dimarahi tanpa sebab atau lain-lain perbuatan yang dikategorikan sebagai perbuatan zalim. Sudah tentu tiada siapapun yang menyukainya.

Terdapat manusia yang tidak suka perkara ini berlaku pada dirinya dan keluarganya tetapi dia melakukannya kepada orang lain.

(2) Dia benci kalah, di dalam sesuatu perlawanan atau pertarungan seseorang itu tidak suka kalah, berlebih-lebih lagi kalau kalahnya itu hasil penipuan pihak lawan. Semua orang tidak suka perkara ini menimpa dirinya.
Ada orang menipu orang lain untuk kemenangan dirinya walaupun dia sendiri tidak suka dikalahkan secara penipuan.

(3) Semua orang benci kalau orang yang diberikan hutang tetapi tidak membayarnya.
Sebaliknya tidak pula dia benci kepada dirinya yang tidak membayar hutang yang diberikan kepadanya.


(4) Perkara yang paling ketara sekali ialah manusia tidak suka difitnah kerana fitnah itu akan membawa akibat buruk kepada dirinya.
Ada juga manusia yang suka membuat fitnah terhadap orang lain tetapi dalam masa yang sama dirinya tidak suka difitnah.

(5) Manusia benci dan marah kalau anak pinak atau ahli keluarganya diganggu atau dirosakkan oleh orang lain, dianiaya atau seumpamanya.
Dalam waktu yang sama terdapat pula mereka yang benci perbuatan tersebut tetapi melakukan kerosakkan terhadap anak pinak atau ahli keluarga orang lain.

(6) Semua orang tidak suka dirompak dan benci peragut.
Tetapi terdapat di kalangan yang benci perompak atau peragut itu bekerja sebagai perompak atau peragut.

Pada pendapat saya inilah di antara sifat pentingkan diri sendiri tanpa had dan sempadan. Sengaja dijadikan topik untuk direnungi bagi mencari sebab-sebab mengapakah perkara yang sepatutnya tidak berlaku tetapi ianya terus berlaku juga sehingga sukar dihapuskan.

Malah melibatkan semua lapisan masyarakat, sama ada berpelajaran atau tiada pelajaran, berpangkat tinggi atau rendah, orang bandar atau orang kampung, bangsawan atau rakyat biasa. Enam perkara yang disenaraikan di atas adalah sebagai contoh sahaja, banyak lagi perbuatan buruk seperti itu berlaku di dalam masyarakat.

_________________________

Firman Allah bermaksud;

"Dan sungguh Allah telah menurunkan
kepada kamu di dalam Al Qur'an bahawa
apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah
diingkari dan diperolok-olokkan
(oleh orang-orang kafir), maka janganlah
kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka
memasuki pembicaraan yang lain.
Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian),
tentulah kamu serupa dengan mereka.
Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan
semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir
di dalam Jahannam",
Surah An.Nisaak (140)
Sekian. Wallahu aklam. wassalam.

11 comments:

KUNTONG said...

memang betul, ada pula manusia yang suka mengumpat orang lain, tetapi tidak suka kalau dirinya diumpat.

Leenoh said...

Salam.
Agaknya itulah yang dikatakan dunia, kalau bukan macam itu bukan pula dikatakan dunia.
Walaupun dunia itu begitu sifatnya, diharap kita tidak bersifat demikian.

Rasul memang ada berpesan supaya kita sayangkan saudara kita seperti kita sayangkan diri sendiri tetapi masalahnya syaitan pula datang menghasut dan manusia pun leka dan lupa pesanan.
Semoga Allah pelihara kita semua.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Sikap-sikap buruk yang saudara jelaskan bukan saja dibenci semua manusia malah dibenci Tuhan. Sifat-sifat kesyaitanan ini sekiranya ditenung dalam cermin sememangnya gagal dikesan. Perlukan 'wuduk batin', muhasabah dan muraqabah diri yang mendalam barulah nampak siapa sebenarnya empunya diri.

Firman Tuhan bermaksud,
"Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan". (Q.S. Thaha 20:124-126)

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Ya . sikap dan sifat buruk itu dibenci Allah dan manusia.
Setengah manusia benci kepada sifat itu hanya jika merugikan diri sendiri tetapi bila menguntungkan dia terima bersahaja.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Hari ini nak balik Bujang dan kemudian Balik Pulau. Cuti seminggu. Cadang nak belanja bro Hero pekena Ayam Kapitan Hameediyah dan Durian Udang Merah Balik Pulau. Kalau Leenoh balik Sungai Layar boleh le join sekali!

HeroHuruHara said...

hmmmm sungai layar di SP yer..
kat SP depa kata kedai makan Sayang (thai food) di area Taman Ria sedap...
Ayam Janggus, Ayam Pandan, Tomyam Potek...

Gulai Semilang pun ada di SP tapi tak besa pula jumpa dan merasa...di mana ?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

SDR.LEENOH,

Dok singgah selalu blog ni tapi tak buat komen......

Sungai Layar tu kat mana ? Aku pun ada adik beradik kat situ.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.
Selamat berjamu selera, Saya dah tak balik Sg.Layar,Sg.Layar dah jadi sejarah tempat pernah saya tinggal, kalau balik kena balik Alor Setak.

Leenoh said...

Salam Hero Huru Hara.

Di Taman Ria Restoran Pak Sadar, ikan bakar memang nombor wahid.
Sekarang dah tak tinggal SP lagi, dah selamat tinggal.

Kawan memang ramai, satu kampung Sg.Layar yang selalu dok pergi Masjid Al.Majidi atau masjid kuning tu semuanya kawan.

Leenoh said...

Salam .
Nginap Srengenge, dulu saya duduk Sg.Layar. Taman Orkid, sekarang dah pindah ke Shah Alam.
Kalau balik kampung, kena balik Alor Setar, sebab kampung asal di sana.

refah00 said...

Orang Kedah la jugak no Tuan ni.