Saturday, May 9, 2009

Ulasan terpilih dimanfaatkan - Khutbah Jumaat.

Image Hosting by Picoodle.com
Memacu Kejayaan.
Anonymous_____________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Ulasan pembaca dimanfaatkan bersama.
Arba said...

Assalamalaikum saudara leenoh,
Saudara saya tertarik dengan pesoalan yang saudara kemukakan dalam tazkirah dan intisari khutbah itu,yang pada pandangan saya untuk berkongsi pendapat demi manafaat bersama.


Persoalan pertama,seorang yang istiqamah dengan amalannya dan dimakbulkan Allah doanya mati dalam masjid sedang solat.Begitulah syumulnya Islam,dalam persoalan mati pun kita semestinya kena ada cita-cita,bagaimana cara nak mati,di mana kita nak duduk selepas mati,keistimewaan apa yang kita perolehi di sana nanti,baik atau buruk.Walau apa pun terserahlah kepada Allah tapi kita disuruh berusaha yang terbaik disamping memohon kepadaNya dengan penuh harap dan yakin.Insya Allah.
Persoalan kedua,sifat takabbur,riyak,ujub,sam`ah,syahrah dll.Pokoknya bagaimana cara kita nak jauhkan dan hilangkannya?Iblis menjadi menjadi takabbur bukan kerana tidak banyak ibadatnya bahkan hebat ibadatnya,tidak ada tempat yang tidak disujudnya di bumi ini,kalau tidak salah saya.Tapi kenapa?


Persoalaannya bagaimana cara untuk mengelak daripada sifat-sifat ini?Semua orang pasti ada sifat-sifat ini,tidak kira di mana kedudukannya ulamak,orang kaya,miskin,berpangkat,orang biasa,cantik,hodoh dll.Masing-masing takabbur,riyak,misalnya orang berilmu dengan berbangga dengan ilmunya,berpangkat dengan pangkat kebesaran serta kedudukannya,cantik dengan kecantikkannya,miskin,bodoh dll dengan takabbur yang tersendiri.
Apakah puncanya terjadi sifat-sifat ini?Inilah yang perlu kita cari puncanya,selepas itu barulah dapat kita ubati,selagi kita tidak dapat punca penyakit selama itulah kita tidak dapat ubat dan penawarnya seperti pepatah Find the cause and cure the cause.Carilah dalam kitab-kitab yang menjuruskan tentang penyakit hati dan di sana kita akan jumpa cara mengubatinya,Ulamak2 yang berjaya telah membuat ujikaji dengan kaedah2nya yang tersendiri.


Pada pandangan saya dengan banyaknya ibadat bukanlah dapat jamin menghilangkan sifat takabbur,ujub dll ini tapi adalah satu cara yang paling mudah,cepat dan menghampirkan diri kepada Allah.Sebab contohnya iblis banyak beribadat tetap takabbur,Allah jadikan peristiwa ini untuk direnung dan diambil iktbar oleh kita.Mengapa iblis takabbur?Sebabnya,ulamak2 berpendapat iblis tidak kenal ALLAH walaupun ia menyembah Allah,kalau dia kenal Allah sebagai KHALIQ dan dia sebagai HAMBA sudah tentu dia mudah menerima perintah Allah tanpa persoal siapa DIRINYA dan KEMULIAANYA dengan Nabi Adam!


Kesimpulannya untuk membersihkan diri kita daripada sifat2 mazmumah ini,tidak ada jalan lain dan mudah MELAINKAN kita kena benar2 kembali kepada HAKIKAT DIRI KITA SEBENARNYA HAK KEPUNYAAN ALLAH DAN SEGALA YANG KITA MILIKI ADALAH PEMBERIAN ALLAH SEMATA2 DAN INGATLAH DIA BERHAK MENGAMBIL KEMBALI BILA2 SAJA YANG DIA KEHENDAKI


INGATLAH..! segala yang kita dapat semata2 kerana rahmat dan kurnianNya,orang lain juga akan dapat kalau Allah beri.Cara itulah saja dapat menghilang rasa takabbur.Oleh itu banyak2lah bersyukur kepada ALLAH di atas limpahan rahmatnya yang tidak terhinngga......Aamin Ya Rabbal Aalamin. Wallahu aklam.(arba)

________________________

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam saudaraku.

Terima kasih kerana memberi ulasan yang berfaedah.
Sebenarnya dalam hal penghayatan ini ramai di kalangan kita mengetahui teori untuk melaksanakannya tetapi kita akan berasa kekurangan semula atau lemah dan jahil apabila sukar untuk menanamkan keikhlasan dalam diri,
Kita mengetahui bahawa bersifat ihsan itu sangat penting tetapi untuk mendapatkan ihsan itu pula suatu hal yang rumit.


Ramai di kalangan kita mengetahui bahawa Ihsan itu ialah, apabila seseorang itu beribadat atau membuat kerja kebaikan dan kebajikan semata-mata kerana Allah dan merasai Allah sedang melihatnya atau dia sendiri melihat Allah , kalau dia tidak melihat-Nya pula, dia hendaklah menyedari bahawa Allah sedang melihatnya.

____________________________

“Beribadatlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak upaya melihat-Nya. Maka sedarilah bahawa Allah sedang melihat kamu”
( Ihsan )
______________________________________

Namun demikian ihsan sukar hendak dipasakkan di dalam hati seperti besi cerucuk, sebaliknya ia sentiasa tenggelam dan timbul.

Apapun dalam perkara ini kita perlulah berusaha berterusan untuk mendapatkan keredaan Allah dan selebihnya kita hendaklah berserah kepada-Nya.


Delete

Sekian. Wassalam.

Delete

No comments: