Monday, November 21, 2011

Nokia C3 - diseluk Si gadis berbaju hitam.


Salam semua.

Dalam jutaan manusia sedang beribadat kepada Allah terselit juga syaitan berakal di tengah-tengah ahli ibadat yang begitu ramai itu, mereka mencari peluang untuk menipu, mencuri dan merampas harta orang lain. Di tanah suci kita sentiasa bersangka baik dan melakukan perkara yang baik-baik tetapi syaitan berakal tidak demikian hasrat hatinya. mereka sentiasa mencari keuntungan dunia semata-mata.

Setiap hari ketika di Makkah aku bersama kekawan berjalan kaki ke Masjidil Haram untuk beribadat , di antaranya beriktikaf, melakukan solat sunat dan membaca al.Quran,walaupun jaraknya agak jauh kurang lebih 3km pergi dan balik kerana inilah satu-satunya peluang bersolat di masjid yang amat berkat dan berganda pahalanya itu maka kami gagahkan diri juga untuk ke sana.

Dalam kesesakan kami berjalan kaki itu, tiba-tiba seorang wanita muda menghampiriku dan disaksikan dua lagi kawan di sebelah kananku. wanita itu merapatiku disebelah kanan, kononnya memohon sedekah, dalam rayuannya meminta sedekah itu aku mensyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana wanita itu merapatkan badannya dengan diriku, aku mengherdiknya dengan mengeluarkan perkataan haram-haram dengan suara yang agak nyaring, Aku menyedari niatnya tidak baik tetapi langsung tidak terlintas apakah niatnya, kawanku Mustafa Kamal dan Lukman hanya mampu memerhatikan sahaja kerana aksi itu hanya sebentar sahaja, setelah aku herdik dia pun terus pergi dengan pantas, rupanya dalam keadaan kalut itu telefon Nokia C3 aku telah diseluk dan diambil keluar dari poket jubahku serta dibawa lari tanpa rasa bersalah sedikit pun, segala photo dan video yang dirakam di Madinah semuanya turut pergi bersama wanita muda berkulit hitam dan berbaju hitam tadi.

Aku reda dengan ujian itu dan aku doakan semoga Allah sayang pada wanita itu dan memberi hidayah dan taufiq kepadanya selepas peristiwa itu, doa ini aku luahkan di Masjidil Haram.

Sekian. Wallahu aklam.

5 comments:

YB said...

Salam Ustaz,

Peristiwa sama pernah dihadapi oleh emak saya (2005)semasa kami umrah. Rasanya geng yg sama, 3 org. Nasib baik barang tiada pd emak saya dan dia tolak org tu.

Saya rasa saya cam geng tuh. Masa saya pergi tahun 2007 pula jumpa lagi geng macam tuh, 3 org juga (mungkin org lain). Waktu tuh asar org ke masjid. Saya nampak dari jauh geng tu memeluk keliling seorang lelaki spt org m'sia. Dlm beberapa saat mereka melarikan diri dan lelaki itu saya lihat melopong sambil menyeluk poketnya. Pasti kehilangan sesuatu.

Modus operandi mereka memeluk lelaki sebab bila kita dihampiri kita akan mengagkat tangan sebab takut batal wuduk. Masa itu digunakan utk menyeluk poket kita. Moga mereka mendapat petunjuk sebelum menerima ajal dan mangsa pula mendapat gantian drpd Allah yg lebih berharga. Wallahuaklam.

Leenoh said...

Wsalam YB.

Saya juga yakin mereka itu adalah kegiatan dari satu geng haram.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Haji Leenoh,

Biar mereka curi nokia , tapi jangan biar mereka curi iman.

Selamat pulang membawa haji mabrur

Leenoh said...

Salam Nginap Srengenge.

Terima kasih cikgu.Betul kata cikgu itu.

alhikmah said...

Manusia dikala mutakhir ini amat cenderung kepada kegiatan yang negatif. Mengapa? Kerana soal iman dan yakin kepada agama sudah longgar atau hampir tiada.