Saturday, November 26, 2011

Tingkat Atas Masjidil Haram - video

Salam semua.

Video ini dirakamkan ketika kami menunggu ketibaan waktu Isyak, kini azan sudah berkumandang dan lampu di atas Menara Jam pun telah berkelip-kelip, demikianlah setiap kali azan berbunyi ia akan berkelip-kelip, agaknya sememang diatur dan dijadualkan begitu.




Tingkat atas ini adalah suatu tingkat yang menjadi pilihan mereka yang tidak mahu bersesak-sesak di dataran Kaabah untuk bertawaf tetapi jarak pusingannya agak jauh dan memakan masa yang panjang untuk menamatkan 7 pusingan itu.

Kelihatan ramai yang masih bertawaf walaupun azan sudah berkumandang di udara, sebaik sahaja azan berhenti mereka pun akan berhenti dan bersolat di tempat terakhir tawaf mereka dan menyambungnya selepas solat nanti.


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Nl said...

salam pak Ngah...
lama betul saya tak masuk blog.. tup2 pak ngah dah naik haji...

:)

Leenoh said...

Wsalam Lukhman.
Walaupun Lukhman dah lama tak masuk tapi Pak Ngha tetap ingat pada Lukhman.....hehe...:)