Monday, November 21, 2011

Pengalaman naik bas tanpa bumbung.


Salam semua.

Dalam perjalanan dari
Mina ke Makkah selepas selesai mabit dan melontar di jumrah pada 13hb.Zulhijjah 1432 kami menaiki bas tanpa bumbung, pada mulanya rasa seronok kerana tidak panas tetapi sebenarnya banyak keburukannya habuk dan asap memenuhi ruang bas,berlaku kesesakan sepanjang jalan, lebih teruk lagi apabila berlaku kesesakan di dalam terowong, kekadang bas langsung tidak boleh bergerak, di sini barulah mengetahui keburukan menaiki bas tanpa bumbung suasana dalam bas menjadi panas dan menggelisahkan penumpangnya. nasib baik aku sediakan air di dalam alat sembur wuduk, aku semburkan air ke kepala beberapa kali sementara sampai ke destinasi.
Demikianlah berbagai ujian perlu dihadapi oleh mereka yag sedang mengerjakan haji, terkadang ujian itu tercipta oleh kejahilan dan kelemahan manusia itu sendiri.

Sekiranya pengurusan dalam bidang ini ditingkatkan kecekapan dan keprihatinnya dengan mengambil kira situasi para bakal haji yang terdiri dari berbagai usia dan kondisi kesihatan mereka, mungkin perkhidmatannya akan menjadi lebih baik lagi.

Peruntukan tandas dan bilik mandi yang tidak mencukupi di Mina menjadikan mereka yang tiada ketahanan mulai jatuh sakit atau sekurang-kurangnya tidak bermaya kerana keadaan cuaca panas yang tidak dapat dikendurkan kerana tidak cukup mandi dan jadual ke tandas tidak akur dengan hajat semasa. Kondisi ini akan terbawa keburukannya ke Makkah dan melambatkan beberapa tugas yang perlu diselesaikan untuk menjadikan kerja haji itu lengkap dan tamam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sewaktu di Mina kakak kalau nak masuk bilik air memang tunggu tengah malam org agak kurang. Kalau setakat dah nak subuh baru bangun memang kea Q panjang gila. Ada makcik dah tua siap buang air kat longkang, istinjak dgn air mineral - mentang-mentang air mineral banyak disediakan.

Nostalgia naik bas tak berbumbung mesti tak boleh lupa kan ustaz...

Leenoh said...

Salam Kakzakie.

Kali ini pun terdapat beberapa peristiwa yang seperti itu. Telah sampai masanya bagi mereka yang berkuasa membuat anjakan untuk menambahkan bilagan tandas sesuai dengan jumlah penggunanya.
Tandas sangat penting bagi menangani kestabilan kesihatan dan kesinambungannya dengan itu barulah bakal haji dapat mengerjakan haji dengan sempurna.