Sunday, November 17, 2013

Fahami apa itu ikhlas.





IKHLAS.
 

Ramai yang tidak memahami maksud ikhlas secara pasti dan yakin. Pak Ngah ingin memberi sedikit pencerahan sekadar yang mampu mengenai maksud ikhlas yang selalu kita ucapkan di dalam perbualan harian.

Ikhlas membawa maksud, " Membuat sesuatu ibadat atau kerja baik semata-mata kerana Allah". Sebagai contoh, seorang bapa kepada anak-anak dan suami kepada isteri keluar rumah setiap hari untuk bekerja mencari rezeki yang halal dengan hatinya menyedari bahawa kerja buatnya itu adalah suruhan Allah iaitu Allah memerintahkan bapa memberi nafkah kepada anak-isteri atau keluarga, maka pemergiannya utk bekerja itu adalah kerana Allah (ikhlas).

IHSAN.
Manakala ihsan pula berkait dengan minda sedar, bukan terlena atau terleka tetapi sepanjang masa menyedari bahawa Allah itu Maha Melihat dan sedang melihat kerja buatnya.

Ketika ditanya mengenai maksud ihsan Nabi Muhammad.s.a.w.menyatakan " Melakukan ibadat seolah-olah engkau melihat- Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat engkau"

Teras di dalam ihsan ialah ikhlas, di dalam hati kita perlu disepadukan tiga perkara ini iaitu Islam,Iman dan Ihsan.

No comments: