Saturday, November 16, 2013

Memasang Tong Kitar Semula - video.


                Setelah melihat Tong Kitar Semula atau tong untuk mengisi barangan yang boleh dikitar semula yang begitu kuat dan kukuh terasa bahawa kempen kitar semula perlu diteruskan, kempen pusingan ini in sya Allah akan lebih berjaya kerana tong yang digunakan lebih sesuai dan munasabah.Rakyat juga semakin memahaminya. 
________________________
 
 Beri laluan iklan kerja kebajikan.
 ________________________
Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia secara berterusan mengenai perkara ini,hasilnya  akan memberi faedah kepada semua pihak, Tanpa ilmu dan kesedaran kita akan terus menghirup udara yang tidak bersih atau tercemar.               

  Bayangkan kalau sampah sarap dengan tidak dipisahkan di antara barang terbuang  yang boleh dikitar dan tidak boleh dikitar semula dilonggokkan di dalam tong sampah dan dibawa ke lokasi pelupusan dan dibakar atau terbakar tentunya asap akan memenuhi udara, kalau kejadian demikian berlaku di merata tempat, bandar dan kampung, semakin hari langit di atas kepala kita akan penuh dengan jerebu dan udara yang tercemar yang boleh menyebabkan berbagai penyakit kepada manusia terutamanya kanak-kanak dan orang yang lanjut usia.

Barangan yang boleh dikitar semula dibuang ditempat pelupusan bersama-sama dengan barang terbuang yang lain, tindakan itu tentu suatu langkah membazir dan tidak bijak. Kalau barangan tersebut tidak mahu dijual eloklah dimasukkan ke dalam tong kitar semula di mana tong ini diuruskan oleh badan amal,
 mereka mengumpulkan barangan ini melalui tong kitar semula tersebut dan dijual , hasilnya akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, OKU, rumah orang lanjut usia dan seumpamanya. Langkah ini merupakan serampang dua mata iaitu mengurangkan risiko menyebabkan udara kotor atau tercemar dan dapat membantu mereka yang memerlukannya.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: