
Sempena Maal Hijrah kali ini seperti biasa Pak Ngah mengucapkan "Selamat Tahun Baru 1435".
Berikutan perubahan ini marilah kita sama-sama berdua' agar perpindahan atau penghijrahan kita pada kali ini lebih baik daripada perubahan yang telah berlaku berkali-kali pada masa yang telah lalu.Dengan penghijrahan ini sedar atau tidak usia kita telah semakin pendek dan sememang pun semakin pendek dan pendek setiap saat, mereka yang kini berusia 50 tahun, bakinya rasanya tidak sampai 50 tahun, mereka yang berusia 35 tahun, mungkin baki usianya tidak sampai 35 tahun, ajal kita menjadi rahsia Allah sehinggalah kita menemui ajal. Perkara yang penting bagi kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa bermuhasabah diri kerana syaitan sentiasa menunggu kealpaan dan kelekaan manusia untuk mempengaruhi supaya penuhi kehidupan ini dengan kejahatan yang akan mengakibatkan kemusnahab dan kebinasaan sepertinya di akhirat kelak.Syaitan adalah musuh dan seteru manusia yang nyata.
Sekian...والله أعلم.
No comments:
Post a Comment