Friday, December 27, 2013
Dua Lelaki dan seorang wanita memeluk Islam (Video)

Label:
Masuk Islam - 1496.
Friday, December 20, 2013
Wednesday, December 18, 2013
Berdakwah melalui contoh dan teladan yang baik.
Mengumpul barangan yang boleh dikitar semula untuk mengelak pembaziran
dan mengurangkan pencemaran alam sekitar
Anjuran Muslim Care bersama MPP ZON 3.
____________________________________________
Program bergotong-royong MPP ZON 3.

Mengumpul barang-barang terpakai secara beramai-ramai atau berpasukan ini memberi kesan positif kepada penduduk di persekitaran kawasan operasi , mereka yang terlibat adalah terdiri daripada para pelajar universiti, tentunya mereka itu orang - orang yang terpelajar. maknanya kerja ini suatu kerja atau tugas yang tidak boleh diperlekehkan.
Kesedaran ini sebenarnya sangat akur dengan ajaran Islam, Islam melarang pembaziran dan sentiasa menyuruh penganutnya menjaga kebersihan alam sekitar tetapi masih ramai di antara kita yang masih bercakap tidak serupa bikin, walau pun ceramah demi ceramah dicurahkan di masjid,surau dan lain melalui program berbentuk teori. Ceramah-ceramah kesedaran dan kefahaman Islam yang diberikan mampu memberi kefahaman mengenai ajaran Islam dengan itu orang Islam akan mendapat tasauwur yang tepat mengenai Islam.Ceramah itu akan lebih bermanfaat dan kukuh lagi jika diikuti dengan psikomotor (amalan) dan penghayatan seperti yang dilakukan di dalam aktiviti yang ditunjukkan di dalam imej di atas. Inilah yang dimaksudkan berdakwah melalui contoh dan teladan yang baik. ( Dakwah bil hal )
Mengumpul minyak masak terpakai untuk dikitar semula menjadi bahan lain yang boleh diguna dan dimanfaatkan semula, mungkin suatu perkara baru bagi masyarakat kita, aktiviti ini juga dilakukan oleh kumpulan ini.
Selain menerima pakaian terpakai Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 juga menerima minyak masak terpakai dengan ganjaran 2kg minyak terpakai akan diberikan minyak baru 1kg sebagai galakan kepada orang awam. Penyerahan minyak terpakai tersebut boleh dilakukan di Pejabat MPP Zon 3 , Jalan Jasper bersebelahan Surau At.Taqwa, Seksyen 7 PKNS.Demikian dinyatakan oleh pengerusinya Puan Sarimah bt Lisut dalam ucapan aluannya di Karnival We care baru-baru ini.Hasil daripada pengumpulan barangan tersebut akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya.
Sekian - والله أعلم.
Monday, December 2, 2013
Pendakwah Bebas, hakikatnya tidak bebas.

Pada saya nama-nama itu tidak berpijak pada hakikat atau realiti kerana seseorang pendakwah tentunya mempunyai ilmu yang tinggi, tidak mungkin orang berilmu tidak mengikuti perkembangan politik, semestinya mereka mengikuti dengan penuh penilaian dan penuh kesedaran serta menyematkannya di dalam hati suatu pegangan, pegangan dan kecendurungan itu tersirat di hati tanpa disuratkan kepada umum, sambil itu mereka berfikir dan berfikir tentang politik dan kehidupan, akhirnya ada yang membuat keputusan apabila berkenan di hati atau berpeluang, sama ada untuk perjuangan Islam yang hakiki melalui parti atau tanpa parti politik atau kebendaan disamping memperjuangkan Islam, kini yang tersirat telah menjadi tersurat, dalam situasi itulah agaknya (tafsiran penulis), maka ada di antara mereka yang berlaku seperti diumpamakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
____________________________
Kata Nik Abdul Aziz;
Saya tidak pelik jika mana-mana 'pendakwah bebas' tiba-tiba dimakan oleh 'serigala'.
____________________________
Serigala sifatnya suka makan kambing yang bersendirian kerana kedudukan itu senang membuat tangkapan, manakala kambing yang berada di dalam kumpulan kedudukannya lebih selamat, ketika serigala lapar, kambing di dalam kumpulan pun akan dikejarkannya tetapi yang menjadi mangsa ialah kambing yang lari keluar dari kumpulan.Itulah yang saya faham iaitu sebagai suatu perbandingan, ibarat atau tasybih sahaja.
Pendakwah yang mempunyai objektif tersendiri di dalam kerjayanya seolah-olah sedang mencari sesuatu untuk dibuat tempat berteduh, jika terjumpa pokok yang rimbun daunnya , maka di situlah tempat berteduh walau pun pokok itu tertanam di atas tanah yang tidak jelas tuan punyanya dan sedang dipertikaikan kedudukannya. Tidak kurang juga pendakwah yang tidak mahu berteduh di bawah pokok sebarangan.banyak orang banyaklah ragamnya.
Pendakwah terkenal yang tidak menyatakan pendiriannya dalam politik biasanya mereka inilah dilabelkan sebagai Pendakwah Bebas, kekadang label itu dibiarkan buat sementara sehinggalah menjadi matang, apabila matang ketika itulah apa yang tersirat akan berubah menjadi tersurat.
Demikianlah label atau gelaran yang diwujudkan oleh masyarakat kita terhadap pendakwah dengan tujuan tertentu selain daripada maksud untuk menyenangkan berkomunikasi. Pada hal "Pendakwah itu adalah Pendakwah".
Sekian...wallahu aklam.
Label:
Pendakwah - 1493
Bila manusia sesat dan sesatnya pula melebihi binatang ternakan.
Setelah berulangkaji terjumpa dan membacanya secara sepintas lalu kisah kanak-kanak dijumpai di Kampung Alor Senibung di syaki di bunuh, penulis terpanggil untuk menulis mengenai manusia yang telah pun Allah ceritakan di dalam al.Quran sejak lama dahulu, di mana manusia yang sesat ini sampai suatu tahap mereka akan lebih kejam dan lebih jahat daripada kejahatan binatang. Kampung Alor Senibung lokasinya tidak jauh dengan kampung penulis ianya salah satu kampung kawasan mainan penulis pada masa kanak-kanak dahulu, apabila terbaca berita betajuk " Remaja di bunuh, dua adik dijumpai mati". Kisah tersebut dilaporkan di beberapa facebook dan
berbagai media menyatakan seorang remaja perempuan mati dipercayai
dirogol, beliau keluar dari rumahnya di Alor Semala bersama dua adiknya untuk ke rumah kawannya di
Kampung Gelam, manakala dua adiknya juga dijumpai mati............" penulis terasa terharu, risau dan terkejut dan juga merasakan tiada lagi tempat yang selamat di Malaysia ini, di kampung, di bandar dan di bandar raya semuanya tidak selamat lagi, semua tempat-tempat itu berlaku jenayah dan jenayah yang sama pula, aspek jenayah nampaknya sama sahaja di mana-mana pun di negara kita buat masa ini.Artikel ini bukanlah merujuk kepada kes yang diceritakan di atas semata-mata, itu hanya salah satu kes daripada begitu banyak kes yang telah berlaku di Malaysia khasnya.
Maka amat benarlah apa yang telah disebutkan Allah di dalam al.Quran sebagai peringatan kepada manusia tetapi manusia degil juga, manusia terus bertindak pandai-pandai sendiri tanpa merujuk kepada al.Quran, walau pun tidak semua bertindak demikian tetapi ramai mengabaikan panduan tersebut. Dari aspek pakaian di kampung - kampung tidak kurang lagaknya anak muda memakai pakaian yang menjolok mata , kini tiada beza antara di bandar dan kampung, malah dewasanya pun turut serta menjadi contoh buruk kepada remaja. Orang lelaki yag lebih gagah daripada wanita dan lebih kuasa diberi Allah kepada mereka tidak pula melarang anak bini memakai pakaian yang menjolok mata atau mengghairahkan kebanyakan si lelaki .
Nampaknya lelaki awal remaja khasnya dan lelaki dewasa amnya seolah-olah sepanjang masa tersedia hidangan yang lazat-lazat di hadapan mereka tetapi, malangnya mereka dilarang menjamahnya, mereka yang tiada kekuatan dan kesabaran akan menerjahnya juga, paling malang apabila orang yang baik atau kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsanya, itulah akibat nafsu syahwat yang dibangun , diacah dan dipanaskan setiap hari melalui gambar dan dibantu pula oleh alam realiti di persekitaran berdekatan mereka. Ini bukanlah satu-satunya sebab berlakunya jenayah rogol, malah banyak lagi puncanya, di mana punca masalahnya berkait di antara satu sama lain. Apa pun perintah Allah supaya manusia menutup aurat itu tentulah untuk kebaikan manusia itu sendiri.
Itulah kedegilan manusia, cuba renungkan ayat 179 dari surah al.'Akraf di bawah ini.
Bermaksud,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai".
Kerajaan yang berkuasa dan bertanggungjawab atas rakyatnya setakat hari ini belum tergerak hati untuk menetapkan etika pakaian yang sesuai dengan kehidupan masyarakat beragama, kita patut mengambil kesederhanaan yang betul dan benar. Rasanya telah sampai masanya semua agama duduk semeja merangka etika pakaian ini supaya apabila dilaksanakan nanti tidak dipolitikkan oleh pihak tertentu.Orang Islam telah pun ditetapkan oleh Allah mengenai pakaian yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai, semuanya jelas dan terang, cuma masih wujud kedegilan untuk merealisasikan dan melaksanakannya.Sebagai orang Islam yang beriman, mereka wajib mematuhi pakaian yang telah ditetapkan di dalam al.Quran . manakala mereka yang bukan Islam perlulah mengikut etika tertentu supaya tidak berlaku pakaian yang sesuai dipakai di atas katil bersama suami atau di rumah bersama ahli keluarga dipakai untuk ke pasar atau ke tempat awam. Masyarakat majmuk perlu mempunyai kesedaran menghormati di antara satu sama lain, amalan ini akan membawa kebaikan dan berkat kepada semua.
Sekian...wallahu aklam.والله أعلم

Sesat - 1492
Subscribe to:
Posts (Atom)