Saturday, June 30, 2012

Politik - Pengalamanku di Johor

Salam semua.
PAS di Johor 


Dalam tahun 70an saya berada di Johor dan sempat menambah ilmu dan pengalaman di sana dengan melihat, memerhati dan bergaul dengan mereka. Kebetulan saya tinggal lebih kurang 100 meter sahaja dengan rumah Abd.Razak Ahmad, pada ketika itu beliau sangat aktif dalam PSRM, saya tidak pasti apa jawatannya di dalam parti, apa pun yang saya pasti beliau bukanlah orang UMNO dan Istana Bukit Siren lokasinya berhampiran dengan tempat kediaman saya dalam jarak yang sama juga, di tepi rumah Abd.Razak terdapat lorong lalu lalang ke jalan raya atau ke Pantai Lido ( kini Danga Bay ) .

Sering  juga  saya melihat Almarhum Sultan Ismail melintasi laluan di antara rumah Abd.Razak dengan tempat kediaman saya,  pemandu baginda selalu mengangkat tangan menyapa saya, saya membalasnya dengan rasa suka dan gembira. Pada suatu ketika Abd.Razak bertanding atau menjadi calon dalam suatu pilihan raya melawan BN, panas juga suasana kempen pada tahun tersebut, saya tidak ingat tarikh pilihan raya umum berkenaan tetapi tidaklah sepanas dan sehebat di Kedah,Perlis,Kelantan, Trengganu, Perak dan Pulau Pinang. PAS dengan BN memang merentap sejak saya masih bersekolah lagi di negeri-negeri utara dan pantai timur yang disebutkan itu.

Pada tahun 70an saya tidak pernah melihat bendera Parti PAS di Johor, saya tidak pasti sama ada ianya wujud atau tidak, tetapi yang saya dapat kesan ialah wujud orang PAS di dalam UMNO, maksudnya di dalam lubuk hati mereka tersirat perjuangan dan semangat PAS tetapi mereka berada di dalam UMNO sebagai ahli UMNO kerana UMNO terlalu menguasai masyarakat Melayu di Johor pada ketika itu sehingga mereka yang tidak bersetuju dengan UMNO pun terpaksa masuk UMNO supaya  kehidupan mereka lebih selamat dan tidak mejadi kera sumbang, tegasnya mereka terpaksa mengikut masyarakat sekeliling, mungkin mereka ini berfikir bahawa pada ketika itu belum sampai masanya lagi untuk menunjukkan sikap mereka  yang sebenar.


Saya terpanggil untuk menulis artikel ini setelah terbaca dan terlihat gambar yang tertera di atas di dalam Harakahdaily -Edisi Bahasa Melayu. Kalaulah benar seramai itu kehadiran orang Johor ke Himpunan Hijau Johor bermakna apa yang saya ceritakan di atas telah berlaku perubahan dan anjakan yang sangat luar biasa seperti pergerakan dan anjakan air ketika banjir. Aliran dan arus air pada ketika banjir tiada siapa yang mampu menghalangnya. 

Empat atau lima tahun yang telah lalu saya pernah melihat orang PAS sedang berceramah apabila kebetulan saya melalui jalan yang berhampiran dengan tempat mereka mengadakan ceramah tersebut, bilangan yang hadir hanya di antara 100 - 150 orang sahaja.Agaknya perubahan mereka yang menghadiri Himpunan Hijau itu  berlaku selepas tahun 2008 dan kesan daripada terdedahnya maklumat di alam maya yang sukar hendak disekat dan dihalang, kini maklumat hanya berada di hujung jari, malah mereka boleh berintraksi dengan lebih ramai kenalan yang berada di negeri lain dengan secepat kilat berbanding pada masa sebelumnya.

Tidak kenal tidak cinta.


Saya menjangka dan mengandaikan berubahan ini akan bergerak laju dan pantas kerana mereka menggunakan tenaga sedia ada yang tersimpan dan terpendam begitu lama dan tersorok di dalam UMNO, bukan sahaja PAS yang berani panggung kepala, PKR juga turut mengambil bahagian seiring dan tidak ketinggalan DAP yang telah lama menempah beberapa tempat di sana, kesannya Pakatan Rakyat menjadi lebih  berupaya dan kuat. 

Apa yang telah, sedang dan akan berlaku semuanya kehendak Allah. Manusia hanya merancang Allah jua yang menentukan.


Sekian...wallahu aklam.














Agama dan politik tidak pernah berpisah, umpama poket dengan baju.


Salam semua.

 Agama (Islam) dan politik tidak pernah berpisah ianya seumpama poket dengan baju, keadaannya  sentiasa melekat di antara satu sama  lain, ibarat agama itu saiznya sangat besar dan politik  itu sangat kecil hanya sekadar menumpang di dalam Islam, seumpama poket yang tertampal di baju, poket akan bergerak mengikut pergerakan baju. Islam ajarannya mencakup keseluruhan hidup makhluknya di dunia dan di akhirat, adalah tidak lojik sama sekali jika dikatakan politik tidak bercampur dan menyentuh ajaran agama (Islam), adakah Allah tidak menilai manusia ketika mereka berpolitik sehingga manusia yang dikenali sebagai politikus itu boleh membuat apa sahaja tanpa dinilai Allah termasuk rasuah, membunuh dan lain-lain aktiviti pilitik yang merosakkan hidup manusia lain. Lojiknya tentulah tidak demikian kerana Allah telah berfirman mengenai perkara tersebut dalam surah Al.Zalzalah. 
   
     
 Bermaksud,
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 
Dan terdapat banyak lagi ayat-ayat al.Quran dan al.Hadis yang berkaitan dengan pentadbiran,pemerintahan, pengurusan, kepimpinan atau kemasyarakatan.
Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajarannya bahawa setiap saat dan detik, aktiviti manusia akan dinilai oleh Allah dan dibawa di dalam perbicaraan di akhirat nanti.

Di sepanjang kehidupan manusia di dunia ini, mereka  diwajibkan merealisasikan kehidupan itu berdasarkan ajaran dan panduan yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis (sunnah) dengan menghayati, mematuhi dan mentaatinya. Tiada bidang yang terkecuali daripada perintah yang Maha Agung itu, semua bidang terikat dengan perintah Allah tersebut, sama ada perniagaan, politik dan bidang kehidupan yang lain.

Sekian...wallahu aklam.




Friday, June 29, 2012

Adakah orang Melayu sifatnya takut nak berubah ?




Mesin tuai padi
 Artikel ini merujuk kepada pengalaman yang telah lalu di mana suatu perubahan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan pada suatu ketika dahulu, iaitu pelaksanaan Projek Rancangan Pengairan Muda dan penubuhan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada tahun 1970,( mungkin akhir tahun 60an - tidak pasti ). Projek ini menumpukan kepada tanaman padi dua kali setahun di Kedah.

DAHULU.
Pada peringkat awal terdapat ramai di kalangan petani  yang merasai gelisah dengan pelaksanaan projek yang akan menghasilkan  pendapatan berganda kepada mereka. Mereka takut dan susah hati menghadapi perubahan ini kerana banyak amalan tradisi yang terpaksa mereka tinggalkan, mereka juga takut kudrat tidak mencukupi untuk menguruskan petak sawah mereka dengan menggunakan tenaga zahir dan bantuan kerbau peliharaan mereka. Situasi setelah berlaku tanaman dua kali setahun tidak dapat mereka bayangkan, mungkin penerangan dan penjelasan dari pihak kerajaan tidak mencukupi pada ketika itu  menjadikan ilmu mereka dalam hal tersebut tidak mencakup di luar kebiasaan dan tradisi mereka, dengan itu mereka takut untuk berubah atau menerima projek baru tersebut.Sesungguhnya dalam apa hal sekali pun manusia memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup untuk meyakinkan kehidupan atau tindakan mereka.

Orang Melayu pada ketika itu juga tidak ramai yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan kerana mereka rata-rata mencari rezeki melalui bertani atau menangkap ikan sebagai nelayan pesisir pantai.  Baik petani atau nelayan pendapatan mereka sekadar cukup makan sahaja, ketika itu juga tidak wujud mana-mana orang Melayu bertani atau menangkap ikan kemudian didagangkan hasil pendapatan mereka, semua hasil yang mereka perolehi akan dijual kepada orang tengah yang bukan bangsa Melayu, kebiasaan ini menjadi tradisi di dalam kehidupan orang Melayu dan sukar hendak berubah, agaknya pada ketika itu mereka tidak banyak peluang menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Terbukti ilmu pengetahuan menjadi punca perubahan bagi sesuatu bangsa tanpa ilmu pengetahuan mereka akan menjadi makanan  kepada orang bijak pandai dan tidak terkecuali bijak pandai  bangsa sendiri dan juga bangsa lain.

KINI



Kini mereka telah berubah dan pendapatan mereka pun telah bertambah tetapi perubahan itu berlaku secara terpaksa , namun demikian perubahan tanpa rela sepenuh hati itu telah memberi kebaikan kepada mereka, tetapi perubahan seterusnya mereka masih ragu-ragu.

Sebenarnya tanpa ilmu pengetahuan semua orang takut untuk berubah dan berhijrah.Orang bukan Melayu pun tanpa pengetahuan dan ilmu yang cukup mereka juga takut untuk berubah dan berhijrah. 

Orang Melayu takut berubah dan berhijrah bukan takut membuta tuli tetapi mereka memerlukan penjelasan dan penerangan yang secukupnya sebelum mereka membuat keputusan untuk berubah dan  berhijrah atau sebaliknya.Pihak yang ingin mengekalkan kehidupan yang sedia ada atau tidak mahu masyarakat berubah atau berhijrah meninggalkan mereka, mereka akan menyorokkan maklumat atau menghalang maklumat baru dengan berbagai cara dan kaedah supaya tidak sampai kepada masyarakat umum.


POLITIK.
 Pilihan Raya Umum ke 13 akan menyusul tidak berapa lama lagi
walau pun tarikh sebenarnya masih menjadi rahsia, namun demikian kita masih dapat meneka bahawa ianya tidak lama lagi kerana tarikh luputnya sudah hampir ...wallahu aklam. Rakyat yang berfikiran kritis dan kreatif akan mencari maklumat sendiri sebelum membuat keputusan memilih parti pilihan mereka, mereka tidak mengharapkan media pro parti pemerintah untuk mengetahuai kebaikan parti lawannya kerana para pemimpin di pihak parti lawan tidak pernah diberi peluang oleh media pro kerajaan untuk mereka memberi penjelasan kepada rakyat mengenai wawasan parti mereka.Saban hari dan malam media ini hanya menceritakan kebaikan di satu pihak sahaja, maka amat sukar bagi rakyat biasa membuat penilaian secara adil dan  memilih yang terbaik.

Adalah adil kalau media perdana itu wujud dalam arti kata yang sebenarnya iaitu memberi peluang yang sama kepada semua parti yang berdaftar secara sah mengikut perlembagaan negara. Media bertanggungjawab memberi maklumat yang betul dan benar kepada khalayak pembaca dan pendengar supaya rakyat dapat memilih atau memberi mandat kepada parti yang terbaik (yang sesuai dengan apa  yang tercatat di dalam perlembagaan) untuk memerintah negara tercinta ini.

Bagi rakyat yang kurang terdedah dengan maklumat maka  para pemimpin yang tidak berpeluang menggunakan media yang dikatakan media arus perdana itu terpaksalah mereka ini turun padang mendekati rakyat tersebut, walaupun mereka boleh berbuat demikian tetapi usaha mereka tidak mencakup keseluruhannya berbanding dengan parti yang berpeluang menggunakan media perdana, inilah rupa paras yang dianggap tidak adil atau bertanding di atas padang yang tidak sama rata.

Sekian...wallahu aklam.

Tuesday, June 26, 2012

Apakah pendapat anda.Jika Pilihan Raya di Musim Haji ?

Salam semua.


Tarikh Pilihan Raya
Maklumat yang ditumpangkan di FB Lee Noh...

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji.


Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID).


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-


Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.


Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2

Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.


Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.


Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.


Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :


وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.


Sekian dari kami,

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman



   #################################### 

Artikel yang ditulis sebelum ini.

Kapal Laut.
Rumah Api

.Di antara Rumah Api dan Kapal laut yang tertera di atas pihak manakah yang mempunyai kewajaran untuk mengelak dari bertembung dan berlaku kebinasaan.Rasanya tidak siapa pun boleh memaksa Rumah Api yang sifatnya statik supaya mengelakkan diri dari dilanggar oleh kapal. Sejak berabad-abad kapallah yang wajib dan perlu mengelakkan diri daripada Rumah Api yang dibina berhampiran pesisir pantai itu.Semua pihak sedia maklum bahawa Rumah Api tidak boleh bergerak dan berganjak.

Kalau Rumah Api dilanggari tentulah Kapal yang akan dipersalahkan, kalau dilanggar dengan sengaja menggambarkan nakhodanya tidak mempunyai etika dan akhlak yang mulia. Maka berdosalah di atas kejahatannya itu.

Di antara tarikh Pilihan Raya dan tarikh menunaikan Fardu Haji yang mana satukah tarikh yang boleh diubah dan dibuat penyesuaian. 

Diharap rakyat Malaysia dapat berfikir dengan betul dan rasional dalam hal ini.


Sekian...wallahu aklam.

Sunday, June 24, 2012

Suasana Karnival Ceria MPP Zon 3. Shah Alam.



 Gambar-gambar yang sempat dirakamkan  di Karnival Ceria MPP. ZON 3. Tasik Seksyen 7. Shah Alam, pada Ahad.23 Jun 2012.


Mungkin gambar-gambar yang dimuatkan di dalam artikel ini boleh menjadi kenangan kepada AJK. MPP. ZON 3 dan para pengunjungnya.



Dua pengayuh Basikal Baring (roda tiga) yang tertera itu  bukanlah peserta  perlumbaan basikal tersebut , mereka hanya mencuba kebolehan masing-masing.

 
 AJK MPP ZON 3 bergambar bersama doktor dan bakal doktor dari Management and Science University (MSU)

Seorang AJK bergambar bersama doktor-doktor yang sedang membantu pengunjung karnival ini.

               YB.Dr.Yaakub dan Pn.Sarimah Ahli MBSA sedang memotong buah  tembikai untuk diberikan kepada pengunjung Karnival Ceria.
 

YB.Dr.Yaakub Sapari (Kota Anggerik) sedang melayan penggemar durian......................youtube-leewantam
 
.
Buah-buahan untuk nikmati
 
Menyaksikan pertandingan main dam.
Pertandingan Dam Haji Gergasi. 


 Terima hadiah.
DJ sedang sebok.
DJ Mohd.Rafie.


Sekian...Wallahu aklam.
..