Friday, July 10, 2009

Informasi ringkas mengenai Solat Jenazah

Salam semua.

Pada petang Jumaat biasanya laman ini dimuatkan dengan intisari Khutbah Jumaat tetapi pada petang ini saya gantikan dengan informasi Solat Jenazah untuk menyesuaikan dengan entri yang sebelum ini.

Panduan ringkas cara-cara Solat Jenazah untuk mereka yang memang masih kabur mengenainya. Solat Jenazah dilaksanakan agak berbeza dengan solat-solat yang lain kerana solat ini tiada rukuk dan sujud, solat di dalam keadaan berdiri betul sehingga selesai memberi
salam.

Langkah Pertama :
Berdiri betul dan takbiratul ihram, makmum akan takbir sebaik sahaja Imam bertakbir, ketika sedang takbirratul ihram diniatkan " Sahaja aku bersolat mayat ini empat takbir fardu Kifayah makmum kerana Allah Taala".
Kemudian membaca fatihah seperti biasa seperti di dalam solat yang lain.

Langkah yang kedua:
Selepas membaca fatihah hendak takbir sekali lagi dan bacalah selawat ke atas Nabi sekurang-kurangnya
"Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad".

Langkah ketiga:
Selepas solawat hendaklah takbir dan membaca doa sekurang-kurangnya " Allahummaghfir lahu warhamhu wa-'afihi wa'afu-'anhu" untuk mayat lelaki,
Jika mayat itu wanita hendaklah dibaca "Allahummaghfirlaha warhamha wa-'afiha wa'afu-'anha"

Langkah keempat:
Selepas berdoa hendaklah takbir sekali lagi dan diikuti dengan doa sekurang-sekurangnya " Allahumma la tahrimna ajrahu walataftinna baa'dahu waghfirlana walahu" untuk mayat lelaki.
Sekiaranya mayat wanita dibaca " Allahumma la tahrimna ajraha walataftinna baa'daha waghfirlana walaha".
Kemudian memberi salam.

Bagi mereka yang kurang arif tentulah akan menjadi makmum atau mengikut imam oleh itu semua berlakuan itu akan dimulakan oleh Imam, Imam takbir makmum pun ikut takbir dan bacalah mengikut langkah-langkah seperti di dalam panduan tersebut, setiap takbir yang empat itu akan didahului oleh imam. Kalau anda belum pernah melibatkan diri , setelah membaca panduan ini eloklah dimulakan apabila ada kesempatan nanti dan sebelum itu berjumlah dengan sesiapa yang berpengalaman untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas lagi terutama tentang bacaan doa yang tercatat di atas tadi supaya dapat disebutkan dengan betul seperti yang dikehendaki.

Bacaan doa yang diberikan di atas adalah yang paling ringkas sementara menghafaz yang lebih sempurna doa ini pun telah memadai (sah).

Sekian. Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

semua orng kena ambik tahu

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Ya itulah yang sepatutnya kerana kaifiat atau cara solatnya sangat senang.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Ramai betul 'honar' skrg ni.
Semoga terpelihara lah kita. Kalau dia melawat 'longtambang' barulah bahtera bertemu bahtera. Nak kena 'standby' Sri Kedah dan Sri Patani.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Mula-mula saya ingat macam ok ja, bila saya baca kali kedua rupanya kurang sesuai dipamerkan utk umum.