Sunday, February 6, 2011

Benar atau salah di sisi Islam.

Salam semua.

Benar atau salah di sisi Islam.

Menilai sesuatu itu benar atau salah atas nama Islam wajib merujuk kepada al.Quran (wahyu) dan al.Hadis. Segala hujah memerlukan rujukan kepada kedua-dua sumber tersebut.

Penjelasan mengenai iman dan Islam semuanya termaktub di dalam al.Quran, Penjelasnya ialah al.Hadis sahih ( Rasul ), oleh itu untuk memahami iman dan Islam memerlukan wahyu (al.Quran), Rasul (Hadis) dan akal yang waras.

Dengan itu sebagai penganut Islam, maka wajiblah kita merujuk kepada al.Quran, terutamanya apabila bertembung dengan perbezaan pendapat tentang nilai sesuatu isu yang melibatkan hukum yang ingin kita mengesahkan sama ada betul atau salahnya kerana Iman dan Islam itu sendiri adalah aplikasi dan implementasi daripada apa yang disuruh, dilarang dan dibolehkan yang termaktub di dalamnya.


Dalam Islam tiada istilah pandai-pandai sendiri dalam hukum yang sedia ada melainkan yang telah dirujuk kepada nas keterangan yang telah disebutkan tadi.

Muamalat, ibadat, nikah kahwin dan lain-lain urusan dunia dan akhirat memerlukan dalil naqli dan aqli untuk menentukan kesahihannya bahawa ianya menepati kehendak Islam, jika membelakangkannya berarti urusan itu lambat laun akan tersasar dari jalan kebenaran.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: