Tuesday, February 1, 2011

Piramid runtuh.

Salam semua.


Terbentuknya sebuah kerajaan adalah sama pembentukannya seperti terbentuknya sebuah piramid, puncaknya tidak akan wujud kalau asasnya tiada, puncaknya ibarat pemimpin, asasnya ibarat rakyat yang menyokongnya. Pemimpin kecil, sederhana dan tertinggi asas kewujudannya adalah sama, jika prosesnya berdasarkan amalan demokrasi.
Jika asas atau tapaknya rosak dan reput dari tingkat bawah dan merebak dari setingkat ke tingkat, akhirnya keseluruhan piramid itu jatuh menyembah bumi.

Kini Tunisia ( Zein Al-Abidin Bin Ali - tempoh pemerintahan 23 thn ) telah jatuh dan Mesir ( Hosni Mubarak - tempoh pemerintahan 30 tahun ) pula diambang kejatuhan. Di dalam negara yang mengamalkan demokrasi pemimpin negara naik ke kemuncak adalah melalui sokongan dan undian rakyat yang menyokongnya kerana ramai yang menyokongnya maka berjayalah mereka naik ke atas. Rakyat menyokong kerana mempercayai janji yang dibuatnya sebelum pilihan raya, tidak semua percaya dan menyokong akan janji tersebut, tetapi setelah dibuat pilihan raya pemimpin yang terpilih mendapat undian yang terbanyak ( atau parti pimpinannya mendapat undi yang terbanyak ) , maka dialah akan menjadi teraju negara, walaupun terdapat juga pilihan raya berjalan secara tidak jujur. Pihak yang menang biasanya tidak akan mengakui penipuan yang mereka telah lakukan, sememangnya pengakuan tersebut tidak akan berlaku.


Setelah memegang teraju pemerintahan dalam jangka masa yang terlalu lama terdapat juga pemimpin yang menipu rakyat atau pengundinya sendiri, di antara penipuan yang dibuat biasanya tidak melaksanakan janji dan mengamalkan rasuah bersama-sama mereka yang rapat dengannya, mereka mengamalkan budaya tolong menolong dalam perkara kejahatan. Mereka tidak memerintah dengan jujur.

Apabila penipuan dan kezaliman terserlah, maka berlakulah penentangan terhadap pemimpin yang sedang memerintah, untuk menghadapi penentangnya pemimpin atau kerajaan semasa akan melaksanakan undang-undang yang keras dan lama kelamaan undang-undang itu akan lebih keras, manakala penyokongnya tetap menyokong walaupun sebahagiannya tidak boleh lagi dicucuk hidung mereka. Akhirnya rakyat yang menentang semakin ramai dan ketika ini sukar hendak dibendung dan dihalang. Maka jatuh meredumlah pemimpin tersebut umpama jatuhnya piramid yang reput asasnya.

Selain dari pemimpin berkenaan, siapakah lagi yang harus dipersalahkan, tanpa penyokong pimimpin tidak akan berjaya naik ke atas, semua penyokongnya tentulah terlibat dengan kejahatan tersebut walaupun mereka tidak menerima habuan apa-apa ekoran sokongan mereka itu. Pokok persoalannya mereka menyokong dan mempertahankan pemimpin yang jahat.

Pemimpin begini akan bertindak seumpama " menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" Sekarang selukan pekasam yang dilakukan oleh Ben Ali dan Mubarak telah sampai ke pangkal lengan mereka.

Untuk menilai peristiwa seperti ini ayat al.Quran yang dipaparkan di bawah ini sesuai dibuat rujukan.


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

(Surah Az.Zalzalah: 7 - 8)

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ustaz,

Sebab itu jangan tersalah pilih pemimpin. Lihat Hosni Mubarak nak tunggu hingga september. Apa akan jadi kalau nak tunggu begitu lama. Sekarang dah 300 terkorban. ATM pun dah tak berfungsi, petrol kiosk dah tak ada petrol, pelajar kita berlindung di rumah Abasiah. Sedih....

Tangan yg mengundi pun harus dipertanggung-jawabkan. Walau sebesar zarah akan dihisab. Kita di sini pun kena ingat juga. Takutnya....

Leenoh said...

Wsalam.

Takdir Allah berlaku mengikut sunnah-Nya sendiri, kalau tanam lalang, lalanglah hasilnya, kalau tanam padi, padilah hasilnya, sebelum menanam fikirlah terlebih dahulu kerana kekadang hasil ada yang cepat ada yang lambat.