Thursday, February 3, 2011

Allah akan menilai setiap makhluk yang berakal.

Salam semua.

Allah akan menilai setiap manusia yang menjadi khalifah di atas muka bumi ini, setiap manusia yang berakal adalah khalifah, Setiap pekerjaan dan perbuatan adalah tertakluk di bawah hukum Allah, setiap perbuatan atau pekerjaan akan dinilai sama ada Wajib, sunat, haram, halal, makruh, harus ( mubah ). Mereka yang termasuk di kalangan orang yang betul dan benar aqidahnya , piwaian yang digunapakai untuk mereka adalah seperti yang dicatatkan di atas.

Aqidah adalah perkara yang paling utama dipelihara kerana aqidah merupakan perkara teras di dalam Islam, tanpa aqidah yang betul dan benar tiadalah Islam di dalam diri seseorang. Setelah itu mereka pula akan terikat dengan peraturan atau undang-undang atau piwaian penilaian yang disebutkan tadi, semua perkara tersebut sudah tentulah merujuk kepada Al.Quran dan al.Hadis.


Jika dinilai dan ditafsirkan ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan halusi insya Allah kita akan faham hakikat hidup yang dikehendaki oleh Islam, hanya mereka yang mempelajarinya secara tertib dan melalui saluran yang betul sahaja yang akan memahaminya secara lebih mendalam. Mempelajari Islam secara menyeluruh sangatlah penting, kerana tanpa mempelajarinya secara menyeluruh ditakuti seseorang itu akan mengenali Islam seumpama orang buta mengenal gajah .

_______________________________-


[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

( Surah Az.Zalzalah )
______________________________



Sekian...wallahu aklam.

No comments: