Wednesday, February 9, 2011

Semakin malas nak tulis.

Salam semua.

Sejak kebelakangan ini aku semakin malas nak tulis, kalau aku tulis pun aku akan ulang tulis perkara yang sama yang belum selesai dan belum ada penghujungnya, seumpama "seruan khutbah Jumaat supaya umat Islam kembali kepada Allah dan Rasul-Nya", jika berlaku sesuatu perbalahan atau perselisihan sesama umat Islam tetapi nampaknya seruan itu semacam adat dan kebiasaan sahaja, tidak memberi apa-apa kesan secara amali di luar masjid. Apakah maksud kembali kepada ajaran Allah secara menyeluruh tidak ramai yang ingin memperhalusikannya. sama ada faham atau tidak faham tidak menunjukkan tanda dan kesannya yang jelas.


Setiap minggu mendengar khutbah supaya kembali kepada Allah dan Rasul tetapi adat karut terus juga diamalkan, seolah-olah seruan itu tiada kaitan dengan amalan adat yang salah tersebut. Pada hal perbuatan inilah yang akan merosakkan ibadat orang Islam. kemiyan warisan sebelum Islam masih diwarisi dan dibakar ketika tertentu. Itulah tadi aku katakan aku akan ulang balik apa yang telah aku tulis dulu sejak mula blog ini dibuka, aku rasa sudah cukup apa yang aku tulis dulu-dulu itu kerana dah banyak tajuk yang semacam itu.

Aku malas mahu tulis bukanlah ada sebab apa-apa, bukan kerana sebab-sebab seperti di atas, sebab-sebab seperti itu memang lumrah sejak dahulu kala lagi.cuma aku rasa sudah tiada idea lagi untuk terus menulis, maka terpaksalah aku tunggu kehadiran ilham dan idea baru.

Sekian...wallahu aklam.

6 comments:

Hunny said...

Pak Ngah,

Berulangkali pun tak apa.. Manusia memang kena selalu diperingatkan..

Leenoh said...

Hani,
Sekadar menunggu dan menanti ilham dan idea baru.

Tapi Hani,
menulis menceritakan tidak menulis itu juga adalah menulis,he3.

Orang Kampung said...

Syeikh ,

Tulislah jangan putus asa, jika tidak silap saya Nabi Yunus a.s. memakan masa lebih lama lagi sehingga hampir seribu tahun memperjuangkan seruan ke jalan Allah.

Siapa lagi kalau bukan `kita'. Saya fikir dalam gerak kerja dan usaha seperti ini bahasa tak semestinya sama, pendekatan tak semestinya serupa kerana setiap orang mempunyai latar kehidupan , pengalaman serta orientasi yang berbeza, akan tetapi mesejnya, misinya saya fikir tetap sama.

Apa yang penting adalah niat dan keyakinan kepada apa yang dilakukan itu tidak tersasar daripada prinsip `amar makruf dan nahi mungkar' dan `saling bertolongan di dalam perkara kebaikan dan takwa, dan sebaliknya di dalam perkara dosa dan permusuhan'. Wallahu a'lam.

Leenoh said...

Saudara Salleh.

Terima kasih kerana anda tergolong dalam golongan orang yang memberi semangat dan motivasi untuk saya terus menulis.

Saranan yang amat tepat sekali, kerja kita hanya " menyeru ke arah kebaikan, menyuruh melakukan makruf dan mencegah mungkar".seperti yang diperintahkan Allah.

Berjaya atau gagal bukan tugas kita, itu adalah kerja Allah kerana taufik dan hidayah ada pada-Nya.

Wallahu aklam.

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz,

Sebenarnya ramai yg membaca tazkirah ustaz walau tidak menitip jejak. Walau diulang-ulang tapi masih ramai yg mahu membaca. Jangan berundur. Kakak setiap hari membuka blog ini.

Macam cerita2 rasul/nabi banyak yg kita dah tahu dan banyak buku dah terjual, tapi kita tetap mendengar dan membaca juga....

Leenoh said...

Wsalam Kakzakie.

Terima kasih kerana memberi semangat kepada saya untuk terus menulis.Mana yang baik tolong sebarkan, moga-moga bertambah kebaikannya.