Salam Semua.
Orang Melayu memang kaya dengan bahasa bersastera dan perumpamaan serta perbandingan atau peribahasa di dalam perbualan harian mereka atau di dalam penulisan. Dalam topik ini saya ingin mengutarakan beberapa kisah dan peristiwa yang lalu yang mungkin sesuai dipadankan dengan Peribahasa di atas.
Peri Bahasa Alah Bisa Tegal Biasa maksud secara ringkasnya ialah sesuatu yang susah, yang bisa, yang sukar dihadapi dapat ditangani dengan kebiasaan melakukannya. Walaupun minum arak dan menghisap rokok itu memabukkan tetapi mabuk itu akan hilang, jika dilakukan berulang kali sehingga menjadi kebiasaan, malah akhirnya menjadi ketagih pula.
Bagi mereka yang ingin berhenti daripada ketagih minum arak dan merokok itu pula, sekiranya orang yang terlibat itu betul-betul hendak menghilangkan ketagih, mereka akan berusaha sedaya upaya dengan berbagai cara sehingga berjaya keluar dari perangkap ketagihan itu dan bagi mereka yang mahu terus terperangkap dalam keadaan ketagih akan memberi bermacam-macam alasan untuk meneruskannya, bak kata pepatah "Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih".
Sesuatu amalan yang telah sebati di dalam kehidupan harian masyarakat sukar untuk dibuat perubahan dan anjakan pradigma kepada sesuatu yang baru walaupun ianya lebih baik. Sikap ini melibatkan semua peringkat termasuk yang atasan. Perubahan biasanya melibatkan juga pengorbanan, pengorbanan biasanya permulaannya akan melibatkan kerugian, manakala tabiat manusia tidak suka kepada kerugian, hanya mereka yang berpandangan jauh sahaja yang akan menerima perubahan dengan semangat yang positif dan bersangka baik.
Di bawah ini dipeturunkan beberapa contoh yang mungkin berkaitan dengan peribahasa di atas;
(1) Dalam tahun 60an -70an pakaian seragam sekolah ditetapkan untuk pelajar lelaki berseluar pendik dan kemeja lengan pendik (putih). Pelajar perempuan mini skirt dan baju lengan panjang (putih) atau baju kurung putih tanpa tudung kepala. Cara berpakaian demikian bercanggah dan bertembung dengan pengajaran Pendidikan Islam dan keadaan itu juga seolah-olah telah memperlekihkan guru-guru Islam khususnya Guru Pendidikan Islam yang terlibat secara langsung dengan tugas mendidik para pelajar supaya patuh kepada ajaran Islam khasnya mematuhi perintah menutup aurat, beberapa soalan yang ditanya oleh para pelajar tidak terjawab, akhirnya guru-guru ini membawa perkara itu untuk dibincangkan di dalam kesatuan mereka dan kemudian menyampaikan perkara ini dengan baik kepada pihak Kementerian Pelajaran, sekurang-kurangnya dikeluarkan pekeliling yang membenarkan para pelajar Islam memakai pakaian yang sesuai dengan apa yang diajar oleh guru di dalam kelas mengenai pakaian Islam. Pada akhir tahun 70an atau awal 80an (tidak begitu pasti), keluarlah pekeliling yang membenarkan para pelajar Islam memakai pakaian tersebut, Apabila para pelajar mula memakai pakaian seperti itu maka riuh rendah satu Malaysia dan terpaparlah di dada akhbar suara menyokong dan menentang di kalangan orang Islam sendiri, Para pelajar yang memakai tudung dan bersopan itu dikatakan memakai " Pakaian Dakwah ", nama tersebut bukan bermotifkan positif dan mahmudah tetapi lebih kepada menyindir kerana dakwah bukan sejenis pakaian, timbul istilah itu hanyalah hasil daripada perbualan yang kabur mengenai perkara tersebut. setelah orang Melayu lebih memahami Islam barulah istilah " Pakaian Dakwah " ini hilang dan ghaib entah ke mana.
Perubahan pakaian sekolah tersebut mengambil masa beberapa tahun barulah terkeluar daripada zon mencelarukan kepada zon yang lebih selesa seperti sekarang.
(2) Apabila salah seorang hakim mahkamah memakai songkok ketika perbicaraan dijalankan pada suatu ketika dahulu dengan meninggalkan pakaian budaya Inggeris, maka berlakulah perbincangan hangat ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya, pihak yang membangkang itu termasuk orang Melayu sendiri serta juga terdapat hakim yang mengeluarkan kenyataan yang tidak menggalakkan dan tanpa ilmiah di akhbar, Demikianlah perkara yang perlu dihadapi ketika membuat sesuatu perubahan walaupun ke arah kebaikan kerana tidak semua melihat kebaikan tersebut, termasuk mereka yang berkelulusan tingga kerana kelulusan tinggi itu tidak mencakup semua perkara dan aspek di dalam kehidupan masyarakatnya sendiri.
Natijahnya pakaian hakim berjaya dianjakkan kepada pakaian yang digunakan di Malaysia pada masakini .
Gambar hiasan
(3) Pada tahun 60an suatu perubahan yang besar dilakukan oleh kerajaan Persekutuan terhadap petani di kawasan penanaman padi terutamanya di negeri-negeri utara Malaysia. Iaitu melaksanakan projek tanaman padi dua kali setahun. Pada peringkat awal sebahagian daripada petani tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, walaupun jelas rancangan tersebut
akan memberi pulangan yang lebih baik kepada mereka, disamping dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Terdapat para petani yang tidak mahu menghadapi perubahan hidup dan ingin kekal dengan cara hidup yang lama walaupun memeritkan kehidupan mereka ketika itu. mungkin mereka takut beban kerja akan berganda dan tidak mampu untuk menguruskannya. Keadaan ini berlaku mungkin para petani tidak mendapat maklumat yang lebih jelas daripada pihak pelaksana dan para petani sendiri bersikap menunggu tanpa bertindak untuk mendapatkan maklumat yang lebih daripada pihak kerajaan.
Akhirnya apabila rancangan itu siap dan dilaksanakan barulah petani berkenaan terjaga daripada tidurnya selama ini serta berterima kasih pula kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah.
Kesimpulanya;
Setiap perubahan yang hendak dilakukan hendaklah ke arah yang lebih baik, penilaian yang menyatakan ianya lebih baik hendaklah diputuskan oleh mereka yang pakar dalam hal tersebut, penerangan dan penjelasan secukupnya perlulah disampaikan kepada mereka yang terlibat.
Sekian.Wassalam.

2 comments:
salam pak Ngah...
bertemu lagi kita dialam maya ini... huhu
penanaman padi 2 kali setahun itu adalah idea yang cukup bernas! tak perlu lagi impot beras dari siam secara besar2an...
dan para petani seharusnya sudah buleh membuat perubahan bukan sekadar menerima anjakan trasnfromasi dari kerajaan semata. petani juga harus membuka mata kepada teknologi yang kian berkembang sbg contoh Siam yang mmg lebih maju teknologi pertanian mereka berbanding malaysia...
teknologi kejuruteraan genetik misalnya sangat meguntungkan para petani kerana salah satu kebaikkan nyer adalah tanaman lebih tahan kepada ancaman jagkitan kulat atau penyakit yang biasa dihadapi dalam dunia pertanian...
Salam Naqeeb.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang bermanfaat kepada Pak Ngah dan pembaca yang lain.
Pada abad ini telah tiba masanya petani kita membuat perubahan yang berani setelah kita mengabaikan pertanian sekian lama sehingga ketinggalan jauh berbanding dengan negara jiran.
Tetapi sayangnya mereka yang terlibat dengan pertanian atau penanaman padi adalah mereka yang tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian melainkan ada pihak lain yang mempunyai kepakaran menjadi pendorong dan pembantu mereka.
Post a Comment