Monday, May 7, 2012

Bila usia semakin pendek.

Salam semua.

Usia manusia tercatat di antara rahsia Allah.
Setiap saat usia semakin pendek.
Hari musibah semakin hampir.
Peluang semakin kecil dan tirus.
Cinta dunia masih bertakhta di hati.
Kubur semakin mengekori.

Usia manusia semakin pendek.
Usia yang telah dilalui semakin panjang dan panjang.
Usia yang belum dilalui semakin  pendek dan pendek.

Ibarat perjalanan dari destinasi ke destinasi. 
Semakin berjalan, semakin jauh meninggalkan tempat permualaan.
Dan semakin dekat pula dengan tempat dituju.


Iblis dan syaitan sentiasa berada di samping.
Mereka berada di mana-mana hatta di dalam minda.
Jin,iblis dan syaitan perlu dinyahkan. 

Bila usia semakin pendek.
Muhasabah perlu dihidupkan.
Amal kebajikan perlu ditingkatkan.
Ampun diminta dalam tangisan.
Agar tercapai husnul khatimah. 

Muhasabah biar bertahkta di minda.

Sekian...wallahu aklam.


Sunday, May 6, 2012

Video ceramah Jerry D.Gray bekas anggota tentera udara Amerika Syarikat.

Salam semua.
                                                        
Artikel ini sekadar memaparkan video ceramah yang disampaikan oleh Jerry D.Gray seorang Islam bekas anggota tentera udara Amerika Syarikat, di mana beliau menerangkan kejahatan Amerika Syarikat untuk menakluki dunia yang kini Amerika sendiri sedang mengalami ekonomi yang merudum teruk, harta kekayaan mereka diangkut oleh Yahudi laknatullah. Jerry bukan sekadar menyampaikan ceramah tetapi beliau juga menulis buku untuk menyebarluaskan lagi dakwahnya. Buku hasil tulisannya ialah ART OF DECEPTION ( Amerika, Freemason,Zionis - Amerika Menipu Dunia ), buku yang tertera di atas tajuknya di dalam bahasa Inggeris  tetapi kandungannya di dalam bahasa Melayu, ceramah beliau juga disampaikan di dalam bahasa Melayu, buku ini dibeli selepas ceramah yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam. Selangor dengan harga RM20.00 pada Sabtu malam 05.05.2012.

Sepintas lalu mengenai Jerry D.Gray.
Beliau adalah bekas perajurit tentera udara Amerika Syarikat(USAF), kini telah pun memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah. beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di sebuah stesen TV Indonesia selama dua tahun.
Beliau kini bergerak ke seluruh Indonesia dan semalam berada di Shah Alam menyampaikan ceramah demi mengajak seluruh umat Islam supaya menyedari bahawa  mereka telah tertipu dengan agenda Yahudi dan Amerika. Jerry telah menulis banyak buku yang membongkar kejahatan Amerika, seperti Dosa-Dosa Media Amerika, Mengungkap Pergerakan Freemason dan Organisasi Anti Islam Dunia, Bayang Gurita,Rasulullah is MY DOCTOR, THE REAL TRUTH, Pemerintah Bayangan Amerika dan banyak lagi.( Video sambungan dimuatkan di dalam artikel label Konspirasi ...1295 )

                                      Video 1.
                                       Video 2.
Catatan.
Klik youtube di bawah - Lebih terang dan jelas.

 

 

 

Sekian...Wallahu aklam.

Saturday, May 5, 2012

Slogan Kehidupan Bersih - Islam itu adalah Addin.



Salam semua             

Kalau anda melihat di dalam logo atau slogan laman  Kehidupan Bersih terdapat tiga perkara penting yang ditayangkan di dalam kerdipan secara bertukar ganti di bahagian atas penjuru kiri artikel ini. iaitu (1) Kehidupan Bersih. 
(2) Islam itu adalah Addin ( Islam is the way of life ) dan 

(3) WWW.LEEWANTAM.COM.

Melalui artikel ini akan dipenjelasankan secara ringkas  sebab-sebab elemen itu dipilih dan dimuatkan di dalam logo atau slogan tersebut.

(1) Kehidupan Bersih.
Setiap insan yang sempurna akal dan berpegang pula kepada ajaran Islam yang lurus dan benar, mereka tentunya berkehendakkan kehidupan yang bersih. Kehidupan Bersih bermaksud suatu kehidupan yang aman dan berkat tanpa gangguan penyakit dan kekotoran fizikal dan rohani, masyarakatnya tidak mengamalkan rasuah,fitnah dan  tiada gejala masyarakat  berpecah belah yang disebabkan rasuah,fitnah atau pecah amanah dan seumpamanya. 

Diharapkan keburukan dan kelemahan di dalam Kehidupan Bersih wujud pada kadar yang minimum dan hampir sifar, itulah doa dan harapan.

(2) Islam itu adalah Addin ( Islam is the way of life ).
Islam itu adalah suatu cara hidup ( Islam is the way of life ). Al.Quran  yang diturunkan  Allah kepada Nabi Muhammad.s.a.w. adalah merupakan sebuah kitab panduan hidup seluruh umat manusia kecuali mereka yang tidak sempurna akal, ianya adalah satu-satunya kitab yang lengkap, di dalamnya terkandung hal-hal berkenaan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. Di dalam Surah Ali Imran ayat 19 Allah menyatakan bahawa "sesungguhnya Addin di sisi Allah adalah Islam...............". Panggilan atau nama yang tepat bagi Islam ialah "Addin" bukannya "agama"(religion) seperti yang difahami oleh agama lain, menggunakan sebutan atau perkataan agama akan wujud keconderungan mengakibatkan  orang Melayu tidak kira di negara mana mereka bermustautin akan memahami pengertian Islam itu tidak  tepat seperti yang dikehendaki  oleh Addin yang disebutkan  di dalam al.Quran, sama  seperti "sembahyang" di mana pengenalannya juga tidak tepat oleh itu pada masa ini "sembahyang" telah diubah sebutannya kepada "solat", solat atau solah adalah panggilan atau nama yang tepat kerana perkataan ini disebut oleh Allah sendiri di dalam al.Quran.
Sekiranya orang Melayu atau penggunaan istilah ini dalam bahasa Melayu terus menerus  mengekalkan sebutan itu, kefahaman terhadap Islam juga akan turut tidak sempurna dan tidak lengkap melainkan mereka yang berilmu akan menyebutnya agama disebabkan biah atau manusia  sekitarnya tetapi menafsirkan agama itu sabagai Addin di dalam hati mereka dan mereka juga  menyedari bahawa Islam jauh berbeza dengan agama Nasrani, Hindu dan lain-lain.

Untuk mengelakkan masyarakat kita berterusan menggunakan istilah yang kurang tepat ianya memerlukan suatu anjakan, istilah yang tidak tepat akan membawa pengertian yang tidak tepat kepada masyarakat awam, kebiasaan yang kurang baik ini hendaklah dimurnikan.

Takrif Islam sebagai Addin.
Penyerahan diri yang tidak hanya terbatas kepada gerak laku anggota zahir sahaja tetapi juga merangkumi amalan batin, merangkumi jasmani dan rohani,akal dan perasaan, jiwa dan hati kepada Allah. Penyerahan ini tidak terbatas kepada sudut-sudut tertentu sahaja tetapi merangkumi segala ruang lingkup kehidupan manusia.

Islam  sebagai cara hidup yang sempurna (Addin) menetapkan semua kegiatan atau aktiviti adalah ibadat, kecuali aktiviti yang melanggar perintah Allah dianggap pula sebagai maksiat (dosa).Ibadat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ibadat Khusus dan Ibadat Umum.

Ibadat Khusus;
Ibadat Khusus terbahagi kepada dua bahagian iaitu ibadat wajib  dan ibadat suna
t.Ibadat wajib ialah ibadat yang wajib ditunaikan atau wajib dilaksanakan kerana ianya merupakan rukun Islam, jika ditinggalkan hukumnya berdosa, contohnya seperti Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, Solat Fardu, Puasa Ramadan, Mengeluarkan Zakat dan Menunaikan Fardu Haji serta meninggalkan segala larangan Allah.
Manakala ibadat Sunat ialah ibadat yang digalakkan atau jika dilaksanakan mendapat pahala berkali ganda tetapi tidak berdosa jika ditinggalkannya. seperti solat sunat, puasa sunat, beriktikaf di dalam masjid, bersedekah, membaca al.Quran dan seumpamanya. 


Ibadat Umum;
Ibadat Umum ialah segala aktiviti atau amalan selain daripada ibadat khusus, di mana aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan perintah Allah, ibadat ini mempunyai banyak pilihan seperti bekerja makan gaji, berniaga, bertani, menjadi nelayan dan seumpamanya.

Sejak  baligh atau cukup umur lagi, manusia yang  sempurna akal tidak akan terlepas sesaat pun daripada penilaian Allah, sama ada orang itu melibatkan diri dalam bidang  pertanian, nelayan, ahli perniagaan, politik atau apa sahaja aktiviti. Inilah hakikat yang dikatakan Islam itu Addin atau cara hidup yang sempurna yang mencakup semua aspek hidup manusia di dunia dan akhirat.


(3) WWW.LEEWANTAM.COM.
Perkataan www.leewantam.com semua orang sedia maklum bahawa ianya merupakan nama atau URL kepada laman ini, kerdipan itu hanyalah sebagai memperkenalkan diri untuk dilayari oleh pembaca, terima kasih kepada  anda yang telah atau akan menyalinnya (copy) untuk dipamerkan di dalam laman anda.


Rumusan.
Di sudut hati mengharapkan pada  suatu hari nanti akan wujud suatu Kehidupan yang bersih khasnya di negara Malaysia yang berpaksikan Addinul Islam. Itulah dorongan yang terciptanya laman Kehidupan Bersih. Kehidupan Bersih yang didoa dan diharapkan penampilannya aman dan berkat serta mendapat keampunan Allah.

Sekian...wallahu aklam.


Friday, May 4, 2012

Ibu bapa wajib mendidik anak-anak mereka.

Salam semua.

##########################################################

 BERI LALUAN untuk IKLAN SEBENTAR.

Tanah untuk dijual..
Lokasinya:
Kampung Seriab.Tok Terang. Perlis.
Sesiapa yang berminat sila hubungi En.Zakri..0194786047.
 ##############################################

Hari ini adalah hari Jumaat seperti biasa lelaki muslim diwajibkan menunaikan solat fardu Jumaat kecuali mereka yang sedang bermusafir, sebelum pergi menunaikan solat Jumaat aku hanya menjamah sedikit makanan supaya tidak mengantuk atau terasa lapar ketika sedang solat, ( Imej ihsan http://www.smaai.bpi.edu.my ) kalau makan banyak pula akan mengantuk ketika khutbah disampaikan oleh khatib.Alhamdulillah, hari ini aku tidak mengantuk dan tidak rasa lapar ketika mendengar khutbah dan bersolat.

Pendidikan.
Khutbah hari ini menyentuh secara panjang lebar mengenai kewajipan ibu bapa mendidik anak-anak  mereka.Kanak-kanak ibarat kain putih ibu bapalah yang akan mencorakkannya, demikianlah pesanan Nabi Muhammad.s.a.w.Itulah di antara yang disebut di dalam khutbah hari ini. Mendidik anak-anak oleh ibu bapa  bukanlah suatu kebetulan tetapi ianya suatu kewajipan yang mesti ditunaikan.
   _______________________________________

Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud : 
“Anak-anak yang baru dilahirkan seumpama kain putih, terpulang pada penjaganyalah untuk mencorakkannya (mendidik) menjadi Islam, Yahudi, Majusi atau Nasara”.
   _______________________________________

Fokus.
 Dalam soal pendidikan ini, jika  dilihat secara rambang masyarakat kita sangat prihatin dan mengambil berat untuk menjadikan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran, dalam pada itu terdapat juga mereka yang terlepas pandang atau terabai fokus penting mengenai  objektif utama pendidikan, iaitu mengajar dan mendidik kanak-kanak supaya mengenal Allah, kemudian barulah berganjak kepada perkara-perkara yang lain seperti meningkatkan taraf hidup keluarga dan seumpamanya. 

Fokus Pendidikan bagi orang Islam sepatutnya merujuk kepada perkara berikut.

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Disamping,

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang berpaksikan aqidah Islam.

Halangan 
Dalam proses melaksanakan hasrat pendidikan ini , para pendidik khasnya ibu bapa dan guru serta juga masyarakat yang prihatin terhadap tugas mulia ini akan terserempak  dan tercabar dengan alam sekeliling dan persekitaran yang tidak secucuk dengan keperluan pendidikan.
Di dalam masyarakat kita  kini terdapat banyak gejala  dan elemen yang sedang menghalang proses  pendidikan kanak-kanak dan remaja , untuk menyahkannya sangat sukar dan susah. Para pendidik memerlukan  tindakan yang  lebih kreatif dan proaktif serta kritis terhadap apa yang sedang berlaku di tengah-tengah masyarakat.Beban ibu bapa dan guru  semestinya semakin bertambah berat.Falsafah Pendiddikan juga semakin sukar hendak direalisasikan.

Banyak perkara yang dahulunya dilarang dan dipantang, kini ramai melakukannya termasuk mereka yang berkuasa dan berkemampuan.Kalau dulu surat khabar atau media lebih bersopan dan berhati-hati, sekarang telah menjadi sebaliknya, apa yang tidak boleh dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak dahulu, kanak-kanak kini berpeluang pula membaca dan menontonnya, malah seolah-olah sengaja  didedahkan.

Nampaknya kita sering bermain kayu sorong dan tarik atau pi mai, pi mai tang tu juga, mereka yang berkuasa tidak istiqamah dalam hal yang penting seperti ini. Aktiviti masyarakat adalah pendidikan hakiki untuk kanak-kanak dan remaja, kalau masyarakat kencing berdiri, kana-kanak dan remaja akan kencing sambil berlari, itulah pendidikan melalui teladan.Pandangan ini tidak semuanya betul tetapi tidak pula semuanya salah. Mungkin di sana terdapat juga ungkapan yang boleh menjadi bahan renungan.

Sekian...wallahu aklam.



Dulu surat layang, kini alam maya.

Salam semua.

Dulu sering juga membaca surat layang dan surat berantai, surat berantai sejak tahun 70an telah diedarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, surat berantai tidak dicatatkan nama penulis, surat layang juga ibarat lempar batu sembunyi tangan.

Surat Berantai.
Surat berantai yang diedarkan kepada orang ramai pada masa itu mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam yang di dalamnya diselit atau dicampur-adukkan dengan perkara-perkara karut dan khurafat, sebagai contoh di dalam surat itu menyatakan bahawa seorang Tuan Sheikh tidur di Masjidil Haram dan bermimpi bahawa Nabi Muhammad.s.a.w berpesan supaya umatnya jangan meninggalkan  ibadat solat, kelihatan baik tetapi sebenarnya musang berbulu ayam. Kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad.s.a.w. telah pun siap menyampaikan dakwahnya dan tidak perlu lagi berpesan melalui mimpi atau surat berantai yang amat karut itu. Dipesan pula di dalam surat itu setiap orang yang menerima dan membaca surat itu hendaklah ditulis dan dibuat 7 salinan kepada orag lain, kalau dibuat mendapat untung dan jika tidak dilakukan akan diturnkan bala oleh Allah. Demikianlah karutnya surat berantai itu, namun begitu terdapat juga mereka yang terpedaya dengan tipu dan fitnah tersebut, hanya mereka yang menguasai Ilmu Tauhid dan Fiqah sahaja yang terselamat.

Jumlah salinan yang disarankan kepada penerima Surat Berantai  ini supaya menulis semula semakin meningkat kepada 20 atau lebih banyak lagi ketika zaman mesin photostat digunakan. Maka rantainya pun semakin meluas sebarannya. 

Surat Layang.
Surat layang ini juga dikategorikan sebagai surat atau agen yang menyebarkan fitnah. Kalau pun ianya dicatatkan nama sekali pun kandungannya akan  menceritakan keburukan orang yang menjadi topik perbincangan di dalam surat
 tersebut.Kalau tajuknya terkena kepada pemimpin dan beritanya tersebar ke seluruh negara malah mengalir ke luar negara, akhirnya cerita tersebut meningkat ke taraf global. Mungkin dosanya juga bertaraf atau menduduki status yang sama.
Terdapat juga Surat Layang ini ditujukan khas kepada seseorang sahaja dan tiada siapa yang mengetahui atau membaca surat tersebut melain penerimanya sahaja, surat seperti ini juga tetap akan tergolong di dalam agen fitnah juga kerana penerima itu akan mencari-cari siapakah penulisnya, maka akan berlakulah syak wasangka yang berkemungkinan tidak tepat dan tidak betul tuduhannya, situasi seperti inilah yang dikatakan fitnah, terdapat banyak contoh-contoh yang boleh  diberikan di sini, jika penulis mahu berbuat demikian tetapi rasanya tidak perlulah diutarakan kerana contoh-contoh itu terkandung  nama seseorang, kalau berlaku demikian berarti mengundang fitnah pula.

 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Firman Allah bermaksud: 
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 
(Surah al-Hujuraat, ayat 6)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pelik.
Berita karut atau dakyah yang dibawa oleh orang fasik senang pula mempengaruhi orang kita, tentulah pelik kalau ugutan yang menyatakan bahawa sesiapa yang enggan  menulis dan membuat 7 salinan untuk diedarkan kepada 7 orang lain akan ditimpa  bala, maka tergesa-gesalah mereka menulis dan menunaikan saranan surat fitnah itu. Pada hal pada  waktu yang sama mereka meninggalkan solat fardu atau menunaikan solat fardu tidak cukup 5 waktu tidak pula takut ditimpa bala.

Kini di alam maya.
Kini semua perkara itu telah beralih pula ke alam maya dan  berkicau pula di langit yang terbuka.Maka pandai-pandailah pengguna internet menyelamakan diri dari terperangkap dengan perangkap canggih syaitan maya ini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Firman Allah dari surah al.Hujurat yang bermaksud;
 [12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ 

Sekian...wallahu aklam.