Thursday, December 25, 2008

Berlaku kerosakan di darat dan di laut adalah akibat kelemahan manusia



________________________________



BERLAKU KEROSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT ADALAH AKIBAT KESILAPAN DAN KELEMAHAN MENUSIA.
Peristiwa berlakunya kerosakan dan bencana alam telah dicatatkan oleh manusia setiap zaman dan tersebut di dalam al.Quran beberapa kesah berkenaan untuk menjadi pengajaran kepada umat-umat berikutnya. Namun tidak semua manusia mengambil iktibar darinya.

Di negara kita sendiri beberapa peristiwa bencana yang dahsyat dan mecelarukan mereka yang terlibat telah berlaku beberapa kali, peristiwa ini juga berjaya mencuit hati seluruh warga Malaysia dengan berkesan sekali. Semua media seluruh negara melaporkan setiap tindakan menyelamat oleh pihak yang berkuasa. Peristiwa seperti runtuhnya Highland Towers, Berlakunya Tsunami (26.12.2004), Banjir Besar di Johor, Ranapnya Kawasan Perumahan Mewah Bukit Antarabangsa dan banyak lagi bencana yang lain yang lebih kecil tetapi berlaku setiap tahun, bencana lebih kecil berbanding dengan yang disebutkan di atas dianggap bencana biasa oleh masyarakat kerana melibatkan penderitaan kelumpok kecil atau mungkin kerana ianya sering berlaku dan telah menjadi kebiasaan atau peristiwanya tidak kelihatan dahsyat . Namun begitu setiap kali berlaku akan melibatkan kerugian yang amat besar dan juga kehilangan ahli kelurga .Permusuhan dan perbalahan yang berakhir dengan peperangan telah menyebabkan kerosakan dan bencana di atas muka bumi.

Pencerobohan Yahudi ke atas negara Palestin awal Januari 2009.

Peperangan juga telah melibatkan ramai manusia terkorban, kemusnahan kawasan perkampungan, kawasan perumahan tersusun dan kerosakan muka bumi seluruh kawasan yang terlibat. untuk memulihkannya akan memakan masa bertahun-tahun lamanya dan melibatkan belanja yang juga besar.

Dalam hal seperti ini Allah telah lama mengingatkan manusia supaya menguruskan alam dengan adil dan saksama.Iaitu tanpa penyelewengan dan kerakusan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah sentiasa patuh kepada peringatan Allah yang termaktub di dalam al.Quran dan al.Hadis.


Segala-galanya dari Allah dan kembali juga kepada Allah.


Firman Allah bermaksud;
" Telah zahir bencana di darat dan di laut, kerana usaha tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan) perbuatan yang mereka lakukan, mudah-mudahan mereka kembali (bertaubat).


( Ayat 41 surah Ar-Ruum )


Peristiwa bencana yang menimpa seseorang amat sukar untuk dilupakan. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala bencana di laut dan di darat. amin


Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

2 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.leenoh,

Manusia tak kenal tentera Allah.Manusia jadi buta akal.TenteraNya tak hebat macam kita tengok tentera amerika.Tapi tindakannya lebih hebat,tepat dan ikut segala janji2Nya.

Allah gunakan nyamuk,lalat,semut,angin dan sebagainya untuk beri peringatan pada manusia.La ni pun tentera2 itulah yang dok attack manusia.Dan tanah pun turut menghukum manusia.Ingatlah jangan berlagak sombong atas muka bumi.Cukup haprak manusia kini.

Leenoh said...

Bila Allah sayang (rahim) kepada manusia Allah akan beri mereka hidayah walaupun berada di puncak kejahatan, jika Allah benci, sogokkan berapa banyak keterangan atau ajakan pun mereka tidak akan terima.
Tetapi kita kenalah bersangka baik bahawa suatu hari nanti Allah akan memberi hidayah kepada mereka dan mengekalkan hidayah kepada kita sehingga akhir hayat, dengan mendapat husnul khatimah.

Wassalam.