Monday, July 27, 2009

Mata kananku berkejib-kejib dan bergerak-gerak..

Salam semua.

Tetiba sahaja mata kananku berkejib-kejib , pada hari pertama ianya berlaku demikian tidak kurasa apa-apapun tetapi pada hari kedua kuterasa sesuatu. Kuceritakan kepada mereka yang berada di persekitaran kehidupanku, kataku pada mereka berdasarkan pengalamanku yang lalu aku akan mendapat sesuatu maklumat yang baik. sekarang inipun aku terasa aku akan melihat sesuatu yang baik. Jiwaku kinipun memang rasa sangat gembira dan tidak sedikitpun bimbang sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Pada hari mula berlaku itu bertarikh 18.07.09, dari tarikh ini dua hari lagi cucu sulungku, menantu dan besanku dari Kluang akan datang ke rumah. ini tidak termasuk di dalam rasa hati itu kerana kehadiran mereka telahpun dimaklumkan terlebih dahulu. Akupun memang sedang menanti kehadiran mereka, dahpun siap dengan buahtangan untuk mereka.

Pada pagi 19.07.09 mata kananku bergerak-gerak dan kejib-kejib lagi. Hatiku terasa lagi, kali ini terasa semakin kuat, terasa ada orang akan datang ke rumahku tetapi bukan mereka bertiga itu, bila aku keluar rumah kurasa bimbang kalau-kalau tetamu itu sampai nanti tertunggu-tunggu pula, jadi akupun tidak lama berada di luar berjauhan dengan rumah.

Pada pagi 21.07.09 tiba-tiba aku menerima panggilan telefon dari adik iparku menceritakan dia bersama empat beranak berada di Sg.Buluh, baru balik dari UITM Pahang kerana menghantar anaknya melanjutkan pelajaran di sana. Hatiku berbisik agaknya inilah orangnya yang akan datang ke rumahku. Aku terus mempelawa mereka supaya datang ke rumahku terlebih dahulu sebelum pulang ke Alor Star. Dia kata akan usahakan tetapi tidak boleh janji. Walaupun dia tidak berjanji untuk datang ke sini tetapi hatiku yakin mereka akan datang.

Dipendekkan cerita jam 10.00 malam dua kereta sampai ke rumahku mereka bersama keluarga yang lain lagi. Inilah agaknya mesej yang diilhamkan melalui pergerakan mata kanan itu kerana akupun telah lama tidak berjumpa dengan mereka. Kata mereka, mereka sampai atas desakan kuat daripada adik perempuanku dan ketawa beramai-ramai sambil mengusik adik kesayanganku itu.
____________________________
Firman Allah bermaksud.
"Wahai orang-orang yang beriman !, Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah ( semuanya ) kotor ( keji ) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
Surah Maidah ( 90 )
___________________________
Mengenai kejipan (kerdipan) mata kanan atau kiri ini tidaklah kupetua apa-apa kepada sesiapapun kerana manusia tidak dapat mengetahui rahsia Allah melainkan setelah sesuatu perkara itu berlaku. Kiranya kita meramalkannya untuk orang lain dan meyakinkan perkara yang kabur begini tentulah dilarang oleh Islam sama seperti tenung nasib. Aku hanya menjadikannya sebagai pecaman untuk diri sendiri sahaja, sama juga seperti kuceritakan mengenai mimpi di dalam entri yang telah lalu.




"Allah Maha Mengetahui"

Sekian. Wassalam.




4 comments:

Nl said...

salam pak Ngah...
nampaknya pak Ngah yang dok teringat dan rindu ngan dorang tu semua huhuhu...

harap2 sudah terubat rindu pak Ngah hehehee



*bulu mata saya pula salu gugur, kat aorg ada yang rindu hehheeee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Memang pun. hahaha, dah dua minggu dok tangguh rancangan nak balik sebab ada orang tak sihat di rumah, sekarang dah ok, harap-harap minggu depan, boleh balik kot.

KUNTONG said...

Bagaimana En. Leenoh kalau kerdipan mata sebelah kiri ?

Boleh jadikan panduan.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Hahaha hai macam Tok Mo pula. Tak berani nak kata apa, mungkin boleh buat pecaman utk diri masing-masing bagi kerdipan yang tersentuh perasaan, kalau kerdipan tanpa apa-apa sentuhan hati boleh jadi ada kaitan dgn masalah kesihatan.