Thursday, July 9, 2009

Setiap yang bernyawa akan merasai mati.


Salam semua.


Entri kali ini saya mengajak anda semua merenung dan memikirkan semula kewajipan kita terhadap sesama saudara Islam khususnya yang melibatkan keluarga dan penduduk setempat, sakit demam dan kematian adalah perkara yang sering berlaku, kekadang melibatkan ahli keluarga , orang kampung atau penduduk setempat dengan kita.

Sebagai orang Islam kita telah pun dididik supaya prihatin dan bertanggungjawab ke arah menangani masalah tersebut. Membantu kesusahan orang lain juga suatu tuntutan di dalam ajaran Islam, orang Islam sesama Islam umpama satu badan, sekiranya salah satu anggota jatuh sakit maka semua anggota atau seluruh badan akan merasai sakit dan sama-sama tidak tidur malam, demikian ibarat hubungan erat sesama Islam.hubungan ini sangat penting kita jaga dan memeliharanya supaya amalan baik ini berlaku berterusan.

Di antara perkara yang disuruh oleh Rasulullah.s.a.w. untuk mengekalkan dan mengeratkan perhubungan persaudaraan Islam ialah menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah sehingga ke kubur, perkenankan jemputan dan berkata yarhamukallah kepada yang bersin.

Berbalik kepada " setiap yang bernyawa akan merasai mati " dalam hal ini semua manusia menyedarinya, cuma kekadang menyedarinya di dalam keadaan kelekaan atau deria separuh sedar dan tidak aktif. Orang Islam tentunya menyedari bahawa setiap kematian di kalangan saudara Islamnya akan berkewajipan ke atas saudara Islamnya yang lain untuk menguruskan jenazah tersebut.

Kewajipan orang hidup terhadap orang mati ialah memandikan, kapankan, solatkan dan mengkebumukannya. itulah kewajipan asas yang wajib diselesaikan secara fardu kifayah.

Fardu Kifayah bermaksud kewajipan ke atas semua orang pada mulanya tetapi apabila dikerjakan atau ditunaikan oleh sebahagian daripada mereka maka terlepaslah kewajipan atau dosa yang lainnya.

Kekadang dalam hal ini orang kita mengambil pendekatan yang salah kerana mereka melepaskan kewajipan itu sejak awal-awal lagi, sepatutnya diperingkat awal memasukkan diri sendiri sebagai salah seorang yang wajib menyelesaikan kewajipan yang berbentuk fardu kifayah itu. Setelah mengetahui bahawa telah ramai yang akan menyelesaikannya barulah kita memboloskan atau mengecualikan diri, itupun hendaklah dengan alasan yang sesuai dengan syarak.

Fokus entri ini pada kali ini ialah kewajipan solat mayat.
Solat mayat pada masa kini tidak dapat diuruskan mengikut yang lebih munasabah dan sesuai. Mereka yang terlibat dengan solat jenazah (mayat) ini sepatutnya mereka yang terdekat iaitu dekat dari segi kekeluargaan dan dekat dari segi tempat tinggal ( Qariah yang sama ), sebaliknya ini tidak berlaku kerana berbagai alasan, terdapat juga alasan tidak mengetahui cara bersolat jenazah yang amat senang itu, alasan ini tidak dapat diterima kerana aktiviti yang lebih canggih mereka dapat menguasainya. inikan pula solat jenazah yang amat senang untuk dikuasai. Perkara ini berlaku di mana-mana baik dibandar atau di kampung.

Di kampung kelihatan ramai yang melaksanakan kewajipan ini apabila berlaku sesuatu kematian tetapi mereka yang terlibat kebanyakannya diimpot dari qariah ( kampung ) lain. Mereka yang diimpot ini terpaksa dibayar duit minyak kenderaan mereka, Wang sedekah dan kos minyak kenderaan kekadang melebihi ribuan ringgit, terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Walaupun kehadiran mereka yang diimpot itu berbayar, sekurang-kurangnya dapat juga menyelesaikan masalah, bagaimana kalau mereka itupun tiada, siapakah yang hendak diharapkan.orang kampung sendiri yang peka dalam hal ini hanya terdapat beberapa kerat sahaja, Mereka yang menziarah memang ramai tetapi tidak bercadang untuk bersolat. Masalah solat biasanya dibiarkan orang lain yang menyelesaikannya. Entah siapa yang diharapkan mereka pun tidak mengetahuinya, pada hal merekalah orangnya kerana mereka penduduk di situ, itulah juga ketentuan hukum di mana fardu kifayah itu ditujukan kepada penduduk setempat.

Saya syorkan supaya penduduk setiap kampung dan taman perumahan diberi kursus solat mayat ini. Penekanan ini perlu dilakukan oleh pihak yang berkuasa secara bersungguh dan berobjektif bersama Persatuan Kebajikan Penduduk, sama ada dilancarkan bersama slogan yang dapat menyedarkan semua penduduk seperti menonjolkan slogan " Bulan kepekaan terhadap Fardu Kifayah - Solat Mayat " atau lain-lain yang lebih sesuai untuk mengembalikan nilai masyarakat kepada nilai dan roh fardu kifayah yang sebenarnya.

Di dalam sesuatu kampung atau taman perumahan sekarang ini penduduknya ratusan atau ribuan orang. Adakah dalam keadaan tenaga begitu ramai kita masih lagi terpaksa mengimpot orang lain datang membantu kita. Adakah kita telah hilang kepekaan terhadap masalah masyarakat kerana terlalu sebok, Adakah kesebokan kita membenarkan perkara ini diabaikan.

Marilah kita sama-sama menjawabnya.
_____________________________

Kalau salah seorang ahli keluarga anda meninggal dunia siapakah yang akan anda harapkan atau hubungi untuk menyelesaikan masalah anda sehingga seratus peratus beres.

_____________________________

Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,

dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

dan orang-orang yang menunaikan zakat,

dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,

dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat".

Surah Al.Mukminuun ( 1 - 16 )

____________________

" Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasi mati, Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu akan dikembalikan"

Surah Al.Anbiyaa' (35)
___________________

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan"

Surah Al.Ankabut (57).

__________________________

"Allah Maha Mengetahui".

Sekian .Wassalam.

4 comments:

Nl said...

mati adalah pasti...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Ya. Mati itu adalah pasti, tetapi masalahnya sekarang orang yang hendak menyelesaikan fardu kifayah khususnya solat jenazah sukar hendak dipastikan.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Rasanya solat jenazah tidaklah begitu kritikal berbanding mandi jenazah. Memang mandi jenazah tak ramai yang "mahu" dan "tahu". Eloklah semasa setiap kali ada kematian, kita tumpang belajar bagaimana memandikan jenazah. Seeloknya mandi jenazah dilakukan oleh keluarga terdekat (anak, ayah, adik atau abang)kerana terdapat perkara-perkara yang boleh mengaibkan jenazah dan tak perlu saya sebut di sini. Bukan susah nak belajar selagi ada keinginan. Alah Bisa Tegal Biasa.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Memang itulah yang paling afdal. Begitu juga dalam solat jenazah yang paling afdal mengimamkan solat tersebut ialah ahli keluarga.