Tuesday, November 19, 2013

Kini What's up pula.






 


Photo: ‎What's up.

Zaman semakin berubah dan terus berubah, masa berjalan tanpa berhenti, dulu telefon statik di rumah atau di pejabat, kemudian kita menerima kehadiran telefon bimbit (hp), hp pula berkembang semakin canggih, tidak perlu cerita apa benda kecanggihannya, kalau diceritan juga akan tertinggal sebahagiannya kerana kejahilan tukang cerita.

What's up adalah salah satu daripada kecanggihan penggunaan hp. Berbagai kisah dan cerita disebarkan di dalamnya, baik, buruk semuanya ada. Tujuan asal tentunya untuk kebaikan dan kemudahan, Whatsapp juga meringan dan menjimatkan perbelanjaan bil telefon, perkhidmatannya ada yang percuma.

Perkara penting.
Perkara yang penting yang ingin disampaikan melalui tulisan ini mengenai dakwah dan dakyah yang disebarkan di dalamnya, kalau kita ingin berdakwah dan mencatakan terjemahan dari al.Quran hendaklah kita mencatatkan nombor ayat dan  surah yang kita petik, ( contohnya Surah........., ayat........ ) supaya amalan ini menjadi amalan yang sentiasa disedari oleh umat Islam, dengan itu susah bagi pendakyah menyusup masuk dengan menokok tambah ayat al.Quran atau terjemahannya, begitu juga kalau kita menggunakan Hadis atau terjemahannya hendaklah dicatatkan rawinya ( pengriwayatnya ). Langkah ini sebagai tanggungjawab kita (mukmin) menjaga kesucian al.Quran dan al.Hadis.

Jika ditakdirkan kita bertemu dengan terjemahan dari al.Quran atau dari al.Hadis yang tidak mencatatkan apa yang disebut di atas, sedangkan kita kurang pasti kandungannya benar atau palsu kerana kedaifan ilmu dan pengajian, maka hendaklah kita abaikan.

Takut dan bimbang.
Apa yang ditakuti dan dibimbangkan perkara yang didedahkan itu dipetik dari ayat atau juz tertentu dari bible.Situasinya menjadi buruk dan bahaya, jika disangka dari al.Quran atau al.Hadis.

Menuntut Ilmu Wajib.
Disebabkan zaman semakin canggih, umat Islam juga semestinya sentiasa menambahkan ilmunya supaya dapat menepis dan menolak pencerobahan terhadap dirinya, terutamanya percerobohan bertujuan merosak dan meruntuhkan aqidah, ilmu Islam yang dimasukkan di dalam dada ketika zaman persekolahan, mungkin belum mencukupi untuk menolak cabaran yang mendatang oleh itu perlu ditambah dengan merealisasikan menuntut ilmu sepanjang hayat.

والله أعلم‎


 Perubahan zaman.
Zaman semakin berubah dan terus berubah, masa berjalan tanpa berhenti, dulu telefon statik di rumah atau di pejabat, kemudian kita menerima kehadiran telefon bimbit (hp), hp pula berkembang semakin canggih, tidak perlu cerita apa benda kecanggihannya, kalau diceritan juga akan tertinggal sebahagiannya kerana kejahilan tukang cerita.

"What's up" adalah salah satu daripada kecanggihan penggunaan hp. Berbagai kisah dan cerita disebarkan di dalamnya, baik, buruk semuanya ada. Tujuan asal tentunya untuk kebaikan dan kemudahan, Whatsapp juga meringan dan menjimatkan perbelanjaan bil telefon, perkhidmatannya ada yang percuma.Ianya boleh dibentuk kumpulan bagi menyampaikan mesej,mesej boleh disampaikan sekali gus untuk semua ahli kumpulan dengan hanya sekali penghantaran, oleh itu kita boleh kumpulkan rakan-rakan kita di dalam satu kumpulan, kemudian berkomunikasi secara terbuka di dalam kumpulan tersebut.Kalau hendak berintraksi secara khusus pun boleh juga, cuma kita juruskan mesej kepada kawan tersebut.

Perkara penting.
Perkara yang penting yang ingin disampaikan melalui tulisan ini mengenai dakwah dan dakyah yang disebarkan di dalamnya, kalau kita ingin berdakwah dan mencatakan terjemahan dari al.Quran hendaklah kita mencatatkan nombor ayat dan surah yang kita petik, ( contohnya Surah........., ayat........ ) supaya amalan ini menjadi amalan yang sentiasa disedari oleh umat Islam, dengan itu susah bagi pendakyah menyusup masuk dengan menokok tambah ayat al.Quran atau terjemahannya, begitu juga kalau kita menggunakan Hadis atau terjemahannya hendaklah dicatatkan rawinya ( pengriwayatnya ). Langkah ini sebagai tanggungjawab kita (mukmin) menjaga kesucian al.Quran dan al.Hadis.

Jika ditakdirkan kita bertemu dengan terjemahan dari al.Quran atau dari al.Hadis yang tidak mencatatkan apa yang disebut di atas, sedangkan kita kurang pasti kandungannya sama ada benar atau palsu kerana kedaifan ilmu dan pengajian, maka hendaklah kita abaikan.

Takut dan bimbang.
Apa yang ditakuti dan dibimbangkan perkara yang didedahkan itu dipetik dari ayat atau juz/juzuk tertentu dari bible.Situasinya menjadi buruk dan bahaya, jika disangka dari al.Quran atau al.Hadis.

Menuntut Ilmu Wajib.
Disebabkan zaman semakin canggih, umat Islam juga semestinya sentiasa menambahkan ilmunya supaya dapat menepis dan menolak pencerobahan terhadap dirinya, terutamanya percerobohan bertujuan merosak dan meruntuhkan aqidah, ilmu Islam yang dimasukkan di dalam dada ketika zaman persekolahan, mungkin belum mencukupi untuk menolak cabaran yang mendatang oleh itu perlu ditambah dengan merealisasikan menuntut ilmu sepanjang hayat.

والله أعلم

Sunday, November 17, 2013

Fahami apa itu ikhlas.





IKHLAS.
 

Ramai yang tidak memahami maksud ikhlas secara pasti dan yakin. Pak Ngah ingin memberi sedikit pencerahan sekadar yang mampu mengenai maksud ikhlas yang selalu kita ucapkan di dalam perbualan harian.

Ikhlas membawa maksud, " Membuat sesuatu ibadat atau kerja baik semata-mata kerana Allah". Sebagai contoh, seorang bapa kepada anak-anak dan suami kepada isteri keluar rumah setiap hari untuk bekerja mencari rezeki yang halal dengan hatinya menyedari bahawa kerja buatnya itu adalah suruhan Allah iaitu Allah memerintahkan bapa memberi nafkah kepada anak-isteri atau keluarga, maka pemergiannya utk bekerja itu adalah kerana Allah (ikhlas).

IHSAN.
Manakala ihsan pula berkait dengan minda sedar, bukan terlena atau terleka tetapi sepanjang masa menyedari bahawa Allah itu Maha Melihat dan sedang melihat kerja buatnya.

Ketika ditanya mengenai maksud ihsan Nabi Muhammad.s.a.w.menyatakan " Melakukan ibadat seolah-olah engkau melihat- Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat engkau"

Teras di dalam ihsan ialah ikhlas, di dalam hati kita perlu disepadukan tiga perkara ini iaitu Islam,Iman dan Ihsan.

Saturday, November 16, 2013

Memasang Tong Kitar Semula - video.


                Setelah melihat Tong Kitar Semula atau tong untuk mengisi barangan yang boleh dikitar semula yang begitu kuat dan kukuh terasa bahawa kempen kitar semula perlu diteruskan, kempen pusingan ini in sya Allah akan lebih berjaya kerana tong yang digunakan lebih sesuai dan munasabah.Rakyat juga semakin memahaminya. 
________________________
 
 Beri laluan iklan kerja kebajikan.
 ________________________
Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia secara berterusan mengenai perkara ini,hasilnya  akan memberi faedah kepada semua pihak, Tanpa ilmu dan kesedaran kita akan terus menghirup udara yang tidak bersih atau tercemar.               

  Bayangkan kalau sampah sarap dengan tidak dipisahkan di antara barang terbuang  yang boleh dikitar dan tidak boleh dikitar semula dilonggokkan di dalam tong sampah dan dibawa ke lokasi pelupusan dan dibakar atau terbakar tentunya asap akan memenuhi udara, kalau kejadian demikian berlaku di merata tempat, bandar dan kampung, semakin hari langit di atas kepala kita akan penuh dengan jerebu dan udara yang tercemar yang boleh menyebabkan berbagai penyakit kepada manusia terutamanya kanak-kanak dan orang yang lanjut usia.

Barangan yang boleh dikitar semula dibuang ditempat pelupusan bersama-sama dengan barang terbuang yang lain, tindakan itu tentu suatu langkah membazir dan tidak bijak. Kalau barangan tersebut tidak mahu dijual eloklah dimasukkan ke dalam tong kitar semula di mana tong ini diuruskan oleh badan amal,
 mereka mengumpulkan barangan ini melalui tong kitar semula tersebut dan dijual , hasilnya akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, OKU, rumah orang lanjut usia dan seumpamanya. Langkah ini merupakan serampang dua mata iaitu mengurangkan risiko menyebabkan udara kotor atau tercemar dan dapat membantu mereka yang memerlukannya.

Sekian...wallahu aklam.

Monday, November 11, 2013

Cikgu Khoo menyanyi lagu P.Ramlee.

Jika Bahasa Melayu didaulatkan secara istiqomah.

 Setiap kali musim Peperiksaan Akhir tahun dan Peperiksaan Awam Pak Ngah akan terbayang beberapa peristiwa yang berlaku ketika Pak Ngah berkhidmat sebagai guru beberapa tahun yang telah berlalu.
Pada suatu tahun kurang lebih 20 tahun dahulu, Pak Ngah ditugaskan menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan Sijil Rendah Pelajara (SRP) di SMK.Kota Kuala Muda, Daerah Pendidikannya Kota KUala MUda / Yan; Kedah. SRP kemudiannya dikenali pula sebagai PMR ( Penilaian Menengah Rendah ) sekarang berada di penghujung sejarah penggunaannya.Pekan Kota Kuala Muda mempunyai sejarah istimewanya yang tersendiri.

Para Pengawas di bawah jagaan Pak Ngah seramai 6 orang, salah seorang daripadanya seorang guru Tionghua (Cina), beliau dikenali sebagai Cikgu Khoo, setiap hari bertugas beliau menumpang kereta Pak Ngah ke sekolah menjadikan Pak Ngah tidak kesunyian di dalam perjalanan, beliau bermotorsikal dari rumahnya ke rumah Pak Ngah, kemudian barulah kami menyambung perjalanan ke sekolah.Ketika itu Pak Ngah tinggal di kuaters SMK.Khir Johari, Sungai Petani, beliau pula tinggal di perumahan berdekatan kurang lebih 1km dari Rumah Pak Ngah.

Cikgu Khoo berasal dari Pulau Pinang, kampung asal Cikgu Khoo sekarang dikenali sebagai Kampung P.Ramlee, beliau sangat fasih berbahasa Melayu, kefasihannya melangkau sehingga beliau senang menyebut beberapa perkataan Arab yang biasa disebut di dalam perbualan masyarakat Melayu .Katanya semasa di kampung dahulu beliau sempat bergaul dengan Allahyarham P.Ramlee, mereka sebenarnya hidup berjiran.

Cikgu Khoo di antara orang yang mengkagumi  kebolehan dan kemerduan suara P.Ramlee, kebanyakan lagu P.Ramlee dihafaz dan dinyanyikannya setiap hari.Bukan sekadar menyanyi ketika kesunyian, malah beliau sering dijemput ke majlis-majlis jamuan. menyanyikan lagu P.Ramlee di atas pentas di hadapan khalayak ramai telah menjadi kebiasaan dan kesukaannya.

Jika Bahasa Melayu didaulatkan secara istiqomah.
Pada hari pertama ke tempat bertugas kami hanya bersembang-sembang bertanya hal di antara satu sama lain sebagai ta'aruf, Cikgu Khoo seorang yang sangat peramah, beliau tidak sia-siakan pergaulannya dengan orang Melayu/Islam, mengetahui banyak perkara mengenai Islam, solat, zakat, puasa dan seumpamanya, cuma ketika itu belum mendapat hidayah, kini wallahu aklam.Jika Bahasa Melayu didaulatkan secara istqomah sejak zaman kemerdekaan bukan Cikgu Khoo sahaja yang fasih berbahasa Melayu, malah ramai lagi orang bukan Melayu fasih berbahasa Melayu.Orang bukan Melayu fasih  berbahasa Melayu sepatutnya suatu kebiasaan bukan suatu kehairanan.

Tempoh masa peperiksaan SRP adalah seminggu, setelah kami telah kenal di antara satu sama lain, maka pada hari-hari berikutnya Cikgu Khoo menceritakan bahawa hampir semua lagu-lagu P.Ramlee disimpannya dalam bentuk piring hitam dan kaset, beliau juga menceritakan pengalaman menjayakan majlis-majlis yang beliau dijemput untuk menyampaikan lagu-lagu P.Ramlee.

Tidak cukup bercerita sahaja, sambil bercerita diselang - selikannya dengan nyanyian, suaranya memang merdu, terbukti beliau juga menghafaz banyak lagu yang didendangkan P.Ramlee, setiap hari Pak Ngah dihiburkan oleh Cikgu Khoo melalui dendangan lagu P.Ramlee yang dinyanyikannya sepanjang perjalanan pergi dan balik.


Sekian...والله أعلم

Tuesday, November 5, 2013

Menyambut 1hb.Muharram 1435 dan muhasabah diri.


1hb.Muharram 1435 pada kali ini bersamaan ( Selasa ) 5hb.Nov. 2013, untuk ingatan atau catatan sejarah pada hari terakhir tahun 1434 berlakunya Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau. Kedah, pertandingan di antara calon UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat ( PR ), keputusan pilihan raya dimenangi oleh calon PAS Mohd.Azam bin Abd.Samat .dengan majoriti 1,084, merosot sedikit berbanding dengan kemenangan yang terdahulu.
Sempena Maal Hijrah kali ini seperti biasa Pak Ngah mengucapkan "Selamat Tahun Baru 1435".
Berikutan perubahan ini marilah kita sama-sama berdua' agar perpindahan atau penghijrahan kita pada kali ini lebih baik daripada perubahan yang telah berlaku berkali-kali  pada masa yang telah lalu.
Dengan penghijrahan ini sedar atau tidak usia kita telah semakin pendek dan sememang pun semakin pendek dan pendek setiap saat, mereka yang kini berusia 50 tahun, bakinya rasanya tidak sampai 50 tahun, mereka yang berusia 35 tahun, mungkin baki usianya tidak sampai 35 tahun, ajal kita menjadi rahsia Allah sehinggalah kita menemui ajal. Perkara yang penting bagi kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa bermuhasabah diri kerana syaitan sentiasa menunggu kealpaan dan kelekaan manusia untuk mempengaruhi supaya penuhi kehidupan ini dengan kejahatan yang akan mengakibatkan kemusnahab dan kebinasaan sepertinya di akhirat kelak.Syaitan adalah musuh dan seteru manusia yang nyata.


Sekian...والله أعلم.