Salam Semua.
Kebelakangan ini babi masih lagi menjadi tajuk utama di dalam perbualan dan perbincangan kerana penyakit yang dibawanya
( JE - H1N1) , hukum najisnya yang dipercayai oleh orang Islam, kekotoran dan bau busuk bahan buangannya, kerana menyondol tanaman petani dan berbagai-bagai lagi.
Apapun anggapan kita terhadap babi, babi tetap makhluk Allah yang dijadikan untuk menjadi penghuni dunia bersama-sama manusia bukan Islam dan Islam. Barbagai tanggapan terhadap babi, orang Islam tidak makan babi kerana Allah melarang manusia makan babi, demikian kepercayaan orang Islam terhadap babi, Allah memerintahkan manusia supaya menganggapkan babi itu najis seperti mana diperintahkan , hanya manusia yang Islam sahaja yang patuh perintah itu kerana orang Islam membaca Al.Quran dan Al.Hadith dan beriman dengannya, manakala orang bukan Islam sebaliknya pula.
Orang bukan Islam tidak mempercayai seperti mana orang Islam, maka mereka menjadikan daging babi sebagai salah satu jenis makanan mereka oleh itu berlakulah pembiakan babi melalui ternakan dan semakin banyaklah babi di pasaran, tempat-tempat pengurusannya inilah kekadang menimbulkan masalah kepada masyarakat berlebih-lebih lagi masyarakat Islam.
Masyarakat Islam dan bukan Islam hendaklah mengambil pendekatan yang boleh dikongsi faedahnya bersama. Orang Islam perlu faham bahawa daging babi itu makanan orang bukan Islam manakala orang bukan Islam pula perlulah menghormati bahawa babi adalah haiwan yang dianggap najis oleh orang Islam dan mereka perlu menjauhinya. Kalau masing-masing menghormati kepentingan masing-masing masyarakat kita akan hidup aman dan damai. Janganlah hendaknya masing-masing mahu setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan berkaitan perkara ini khasnya berkaitan kendalian babi ini memuaskan hati semua pihak sepenuhnya tanpa bertolak ansur.
Kita perlu memberi peluang kepada semua oramg untuk hidup di dunia ini, kecuali mereka yang sanggup mengambil nyawa orang tanpa hak. Allah jadikan muka bumi ini semata-mata untuk tempat kediaman makhluk yang dijadikan-Nya khasnya manusia, manakala makhluk yang lain adalah untuk keperluan manusia atau kepentingan manusia oleh itu manusia hendaklah memerintah dunia ini dengan adil dan jangan sekali-kali merosakkannya. Tangagungjawab manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini akan disoal oleh Allah di akhirat nanti.
Sekarang timbul sedikit kekecohan di Kedah berkaitan rancangan kerajaan negeri memindahkan tempat kendalian sembelihan babi dan proses dagingnya ke tempat lain. Tempatnya di Kampung Berjaya sekarang sudah tidak sesuai lagi kerana berada berdekatan dengan tempat kediaman, lagi pun aktiviti tersebut dijalankan tanpa lesen dan boleh dikatakan terletak di tengah bandaraya Alor Setar. Kampung Berjaya lokasinya berada di sebelah barat Pusat Bandar, terletak berhampiran kawasan perindustrian Mergong, tidak berapa jauh dengan Masjid Zahir, cuma masjid berada di seberang sungai di bahagian timurnya. Manakala Kampung Seberang Perak dan Kota Tanah berada di seberang sungai di bahagian selatan. Kampung yang berhampiran dengan Kampung Berjaya ialah kampung Telok Yan, Kampung Seberang Terus, Gunung Sali, Ampang Jajar dan Kampung Mergong. Kampung Berjaya ini merupakan kawasan perumahan lama yang dikira sesak juga keadaannya.Pada suatu ketika dahulu sebahagian daripada orang kampung ini berasal dari Telok Wan Jah akibat daripada suatu kebakaran besar berlaku maka penempatan mereka ini dipindahkan ke sini. Pada masa ini kawasan kampung ini telah di kelilingi oleh pembangunan yang lebih terancang.
Untuk mendirikan pusat penyembelihan bagi semua jenis binatang adalah amat tidak sesuai didirikan di kawasan tersebut berlebih-lebih lagi haiwan babi, di mana diri haiwan ini merupakan haiwan yang najis pula bagi orang Islam. Rancangan kerajaan memindahkan operasi tersebut ke tempat lain yang lebih sesuai patut disokong oleh semua pihak.Keadaan sekarang nampaknya tidak sesuai bagi ramai penduduk di situ. Suatu masa dahulu saya pernah tinggal tidak jauh dari kampung ini dan sering "berjoging" melintasi kampung mereka ini dan singgah sarapan di Pasar Basah yang terletak tidak berapa jauh dari tebing sungai.
Sekian.Wassalam.
4 comments:
salam pak Ngah...
ada yang percaya bahwa wabak virus babi itu adalah angkara pihak2 tertentu terutamanya yang cenderung kearah menghasilkan senjata biologi... walaupun satu dunia sudah setuju untuk tidak menbangunkan senjata biologi serta nuklear namun masih ada pihak2 yang berkenaan meneruskan kajian demi kajian...
apapun babi tetap haram... dan spt yang dipercayai suata hari nanti babi akan juga dihapuskan dumuka bumi ini....
Salam Naqeeb,
Pak Ngah pun ada terbaca topik tersebut, ada kemungkinannya juga dengan kecanggihan ilmu orang sekarang ini.
Salam Leenoh.
Setuju dengan Naqeeb bahawa suatu hari nanti babi akan dihapuskan di mukabumi. Hadis Nabi berkenaan itu boleh membawa 2 kemungkinan:
1) Samada babi akan dimusnahkan kesemuanya, atau
2) Pada masa itu, semua manusia tidak makan babi lagi kerana semua telah kembali ke Islam.
Babi juga boleh dijadikan sebagai suatu simbol yang membezakan "orang kafir" dan "ahli kitab". Semua "ahli kitab-kitab wahyu" menerima arahan pengharaman babi. "Ahli-ahli kitab" adalah golongan yang "beriman dan beramal" dengan kalimah-kalimah Tuhan. Perlu juga kita tahu perbezaan antara "beriman" dan "beramal". Semua orang yang mengakui beragama Islam adalah orang "beriman". Bukan semua orang yang "beriman" itu "beramal" dengan al-Quran.
Salam Zaidi.
Kalau mengikut kata hati orang yang beriman kalau boleh babi tidak perlu ada di persekitarannya, kekadang kehendak kita tidak serupa dengan kehendak Allah, Bila doa kita dimakbulkan Allah barulah kehendak kita dengan kehendak Allah itu akur.
Saya juga bersetuju dengan anda berdua.juga bersetuju bukan semua yang beriman itu beramal kerana keimanannya tidak sempurna.
Orang beriman perlu ditambah dengan adanya ihsan barulah berlaku amalan dan penghayatan yang sempurna.
Post a Comment