Salam semua.
Manusia dijadikan Allah sebaik-baik kejadian padanya terdapat jasad, roh, akal dan nafsu.
Roh memberi hayat dan kekuatan kepada manusia, tanpa roh jasad akan menjadi rosak dan reput. Akal menjaga keselamatan jasad supaya tidak melakukan perkara yang merosakan jasad, penjagaan itu melalui ilmu pengetahuan yang tersimpan di dalam akal budinya, akal sentiasa berikhtiar untuk kebaikan jasad dan keselurahannya, nafsu adalah penggerak dan memberi motivasi kepada akal untuk mencapai dan memenuhi sesuatu keinginan, keinginan nafsu tanpa had, akallah yang bekerja keras mempertimbangkan dan membuat pemilihan sama ada dipenuhi atau tidak keinginan tersebut. Syaitan adalah pengaruh luaran yang sentiasa berusaha meresap masuk ke dalam diri manusia dan mempengaruhi manusia supaya berterusan memenuhi kehendak nafsu. Apabila akal hilang pertimbangan syaitan akan memperolehi kejayaan.
Akal boleh dikukuhkan dengan memantapkan keimanan dan keislaman serta ehsan. Kekuatan aqidah keimanan, keislaman dan ehsan merupakan perisai utama mempertahankan manusia daripada terjumus ke lembah kehinaan.
Adunan yang sedia ada pada manusia menjadikan keinginan dan kehendak manusia sukar dikawal oleh mereka sendiri, amaran akal kekadang tidak memeberi kesan melainkan iman , Islam dan ehsan mendarah daging di dalam diri mereka, bagi mereka yang bertaraf awam sentiasa sahaja ditarik oleh keinginan dan kehendak yang tidak terhad.Bagi mereka yang mempunyai kelebihan ilmu dan warak akan didatangi iblis syaitan yang lebih perkasa untuk menumbangkan mereka ke lembah kehinaan.Allah telapun memperingatkan manusia bahawa " Syaitan itu musuh manusia yang nyata"
___________________
Hanya tanah perkuburan sahaja
yang dapat memenuhkan mulut dan perut manusia.
_____________________
Apabila manusia memiliki harta- benda yang banyak, mereka akan berkehendak lagi banyak kerana orang lain mempunyai harta-benda melebihinya. Apabila mereka mendapat kekayaan wang ringgit, mereka mahu lebih kaya lagi kerana terdapat orang lain yang memiliki kekayaan itu melebihi kekayannya. kalau manusia berpangkat, mereka akan memikirkan pangkat yang lebih tinggi lagi, di dalam pencarian tersebut kekadang manusia jatuh dan tumbang di tengah perjalanan kerana tersalah langkah disebabkan mainan iblis syaitan.Terkadang mereka memperolehinya dan bersuka-suka dengan pangkatnya. demikianlah permintaan dan kehendak manusia tidak terhad. Hanya tanah perkuburan sahaja yang dapat memberhentikan manusia daripada berusaha berterusan.
Islam tidak sama sekali menyuruh umatnya supaya mematikan permintaan dan kehendak tetapi manusia hendaklah ingat pada perjanjiannya dengan Allah yang telah dimetrikan sejak zaman roh dahulu. Carilah kesejahteraan untuk kehidupan di akhirat dan janganlah lupa pula habuan mereka di dunia ini. Matlamat manusia menuju akhirat, sekarang kita sedang di dalam perjalanan, musafir kita belum sampai oleh itu janganlah hendaknya terpengaruh dengan godaan di perjalanan.Makanlah makanan yang halal dan baik.
" hanya untuk peringatan diri sendiri dan pada yang berminat"
______________________________
Firman Allah bermaksud:
"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)".
Surah Ar.Ra'd (26)
____________
Al.Hadith.
Dari Anas r.a. , katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andai kata manusia itu telah mempunyai harta-benda sebanyak dua lembah , mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah ( maut ). Dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya".
Dari Anas bin Malik r.a. dari Rasulullah.s.a.w. rsabdanya;
" Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut ( hawa nafsu )-Nya melainkan tanah ( maut ). Dan Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya".
Dari Abu Hurairah.r.a katanya Rasulullah.s.a.w.bersabda:
" Yang disebut " KAYA" , bukanlah kaya harta-benda duniawi, tetapi yang dikatakan "KAYA" ialah kaya jiwa".
___________________________
Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

1 comment:
Salam.
Selama mana rezeki dicari dan diperolehi secara halal dan dinafkahkannya seperti mana diperintahkan Allah serta tidak melupai kewajipan zakat dan lain-lain kewajipan, maka selama itulah atau sekadar itulah juga dikira sebagai ibadat.
Post a Comment