Adat dan Adat.
Menuntut ilmu untuk tujuan yang baik adalah ibadat sama ada ilmu itu Ilmu Wahyu seperti Ilmu Tauhid, Fiqh, Ulum Hadis, Tafsir al.Quan dan seumpamanya atau Ilmu Aqli seperti Ilmu Matematik , Ilmu geografi, Ilmu Kimia, Ilmu Astronomi dan seumpamanya. Sebaliknya "ragging" atau dera yang dilakukan terhadap pelajar baru atas apa tujuan sekalipun adalah suatu adat yang buruk, adat ini suatu ketika dahulu diamalkan secara rasmi oleh Persatuan Pelajar dan mendapat izin daripada pihak pentadbir, akhirnya adat jahiliyah ini diharamkan, kini kalau berlakupun hanya secara tersembunyi dan tidak lagi direstui serta telah dianggap menyalahi undang-undang.
Pusat Pengajian Tinggi masakini telahpun menyediakan program yang berfaedah dan bermanfaat bagi menyambut pelajar baru, anjakan pradigma telahpun dilakukan demi kebaikan genarasi muda yang akan mewarisi kepimpinan masyarakat dan negara.
Berkahwin dan berkhenduri dan mengisytiharkan perkahwinan kepada sanak saudara, kawan rakan dan masyarakat umum adalah suatu amalan ibadat dan sunnah Nabi Muhammad.s.a.w (KLIK DI SINI)
Sebagai orang Islam tidak sepatutnya kita melakukan " ragging" terhadap tetamu kita yang sepatutnya diraikan dan dihormati. Sekalipun bertujuan untuk menimbulkan kemesraan kerana kita telahpun mempunyai kaedah atau caranya yang lebih cantik dan berkat, Orang Islam telah dididik oleh Rasulnya supaya menggunakan cara yang betul untuk mendapat sesuatu yang baik kerana Islam tidak menghalalkan cara yang haram untuk mendapat sesuatu yang halal.
Suatu penilaian semula terhadap semua amalan adat yang tidak selari dengan ajaran Islam yang masih diamalkan oleh orang Islam perlulah dilakukan dan diambil natijahnya.
________________________
Ulasan ini wajar dijadikan panduan:
"Mentaati Allah mengatasi mentaati adat"
_______________________
Salam Pak Ngah,
Dalam perbahasan mengenai Islamic Legal Maxims/usul fiqh ada membahaskan mengenai kaedah yang mengharuskan penggunaan adat sebagai mengikat dan boleh diamalkan oleh penduduk sesuatu tempat selama mana adat itu tidak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. "AL-Adah Muhakkamah" or customs is authoritative.(Adat bersifat mengikat). Selagi adat yang digunapakai tidak bertentangan, bolehlah diamalkan.
July 22, 2009 6:23 PM