Wednesday, July 25, 2012

Penghijrahan para artis dan politik.

Salam semua.
Pada hematku.
Kebelakangan ini ramai masyarakat Malaysia dari berbagai golongan, baik dewasa atau pun muda-mudi  sebok membincangkan  penghijrahan para artis dari kehidupan glamour dan keduniaan semata-mata kepada kehidupan yang mengutamakan ketauhidan kepada Allah serta mengabdikan diri kepada Allah. Serentak dengan itu para artis yang berhijrah itu bukan sahaja memakai pakaian menutup aurat, bahkan mereka juga memanjangkan  langkah dengan mengisytiharkan parti politik pilihan mereka. Kebanyakan mereka memilih Parti PAS bagi memadan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka sebagai seorang Islam yang benar-benar ingin menghayati Islam sebagai cara hidup yang diredai Allah atau Islam sebagai Addin.

Situasi mereka memilih Parti PAS dan  tidak memilih Parti UMNO itu menjadikan sikap dan pilihan para artis  itu  mengundang perbincangan yang lebih panjang dan lama tempohnya. Persoalan timbul mengapakah mereka memilih Parti PAS dan tidak Parti UMNO atau parti-parti yang lain. 

PAS berada di dalam Pakatan Rakyat dan UMNO pula berada di dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional adalah parti gabungan yang sedang memerintah, manakala Pakatan Rakyat adalah gabungan parti yang hanya memerintah di peringkat negeri sahaja, iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor , walau pun pada suatu ketika dahulu negeri Perak juga di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat tetapi akhirnya situasi itu berubah dan meninggalkan sejarah hitam bagi Pakatan Rakyat dan rakyat Perak . Sejarah hitam ini telah menceritakan banyak kisah dan ceritanya tetapi artikel ini tidak berhajat untuk menyentuhnya.   
Penghijrahan itu telah pun berlaku, seorang demi seorang berhijrah dan masuk Parti PAS, pada mulanya kita lihat para artis tersebut mesra dengan PAS dan belum masuk PAS tetapi, kini mereka telah pun masuk PAS, mungkin terdapat juga yang belum masuk PAS tetapi mereka ini tetap mesra dengan PAS.Di antara mereka itu ialah Bob Lukman, Puan Wan Aishah, Haire Othman, Abby Abadi dan lain-lain.
Mengapakah agaknya berlaku demikian rupa?.
Pada pendapat saya situasi itu sangat senang untuk ditelah dan diagak. Para pemimpin PAS dan para ahlinya serta penyokong di kalangan orang Melayu/Islam semuanya suka memberi motivasi dan menerima motivasi mengenai kehidupan secara Islam atau ingin menegakkan kehidupan secara Islam di atas muka bumi Malaysia ini. Maka tidak syak lagi bahawa PAS tentu sekali suka dan bersyukur di atas  perubahan dan penghijrahan tersebut, begitu juga pengikutnya. 

Tindakan yang dilakukan oleh para artis tersebut sesuatu yang amat diharapkan oleh PAS dan pengikutnya. Kalau tidak masuk PAS sekali pun mereka suka dengan penghijrahan artis itu kerana itulah juga salah satu perjuangan mereka ( Merujuk kepada Perlembagaan PAS, pengakuan  para pemimpin dan harapan para penyokongnya ).Dengan kemasukan mereka ke dalam PAS akan menyuburkan lagi penghijrahan dan kefahaman Islam para  artis itu sendiri.
Tegasnya para artis yang berhijrah itu memilih Parti PAS  kerana itulah medan yang paling sesuai untuk mereka aktif dalam suasana yang islamik.

Sekian...Wallahu aklam.

3 comments:

Anonymous said...

Artis yang berhijrah ke dalam Pas ini, tiada tanda pun Pas akan menang besar PRU nanti.

Yang cuma nampak ialah:
ARTIS YANG MENUJU KEPADA PAS INI IALAH MEREKA YANG BINTANGNYA SEMAKIN PUDAR YANG CUMA SEKADAR MENCARI PLATFORM POPULARITI BERSAMA PARTI PEMBANGKANG. Itu sahaja.

Kalau insaf, bukan cara duduk atas platform ceramah politik. Orang insaf tempatnya di surau masjid menuntut Ilmu. Ke pesantren atau pondok. Mengasingkan diri untuk berkhalwat kepada Allah dan banyak lagi.

Senak Otak

Leenoh said...

Salam Anonymous.

Saya memohon maaf kerana saya terpaksa perbetulkan sedikit kefahaman anda terhadap tulisan saya. Saya tidak menyatakan artis berhijrah kepada Parti PAS, perkara yang saya sebut di sini ialah mereka memilih PAS, saya tidak tahu menahu mereka itu menjadi ahli mana-mana parti sebelum ini, mungkin berparti atau mungkin juga tiada parti.

Saya tidak sebijak anda untuk menyatakan bahawa mereka itu " ARTIS YANG MENUJU KEPADA PAS INI IALAH MEREKA YANG BINTANGNYA SEMAKIN PUDAR YANG CUMA SEKADAR MENCARI PLATFORM POPULARITI BERSAMA PARTI PEMBANGKANG" kerana saya tidak mengikuti perkembangan mereka sebelum ini.

Tidak semestinya orang yang insaf itu perlu berada di masjid sepanjang masa atau perlu masuk pondok atau berkhalwat, buktinya merujuk kepada diri kebanyakan muslim dan muslimat, kita tidak setiap waktu berada di masjid atau masuk pondok atau berkhalwat untuk mendekatkan diri dengan Allah, mungkin anda berbuat demikian, saya tidak pula berbuat demikian.

Tidak semua orang yang insaf itu tidak berilmu, walaupun mereka itu artis bukan bermakna mereka itu jahil sejahilnya, mungkin mereka itu sama sahaja seperti orang awam lain iaitu telah belajar Ilmu Tauhid, al.Quran, Hadis dan seumpamanya, cuma kini mereka mengambil keputusan mengubah cara hidup.

Di kalangan orang awam pun terdapat yang buta huruf al.Quran, kurang faham aqidah dan seumpamanya.

Saya bersangka baik diatas penghijrahan mereka itu dan meyakinkan saya lagi apabila mereka memilih ustaz-ustaz atau orang arif mengenai Islam untuk dijadikan kawan dan sahabat.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...Wallahu aklam.

Leenoh said...

Cuba dengar yang ini dan fikir-fikirkan...
http://www.youtube.com/watch?v=WtJ3ylnPfis&feature=relmfu