Salam semua.

Malam tadi saya bersolat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau masjid ini dikenali juga dengan panggilan Masjid Negeri Shah Alam, Selangor, saya tidak dapat meneruskan solat sehingga 20 rakaat kerana kurang sihat, batuk mengukuk sepanjang solat, terasa mengganggu pula jaamah yang berada di kiri kanan atau saf berdekatan, mungkin juga mereka bimbang takut-takut berjangkit, semakin lama semakin jujuh batuknya oleh itu saya mengambil keputusan berhenti setakat 12 rakaat sahaja, ramai juga yang berhenti sekadar 8 atau 10 rakaat atas alasan masing-masing. Rupa-rupanya ketika ini kenderaan telah pun berpusu-pusu menuju ke arah pintu keluar, ramai, memang sangat ramai tetapi yang sedang meneruskan solat sehingga 20 rakaat lebih ramai dan selepas solat akan sekali lagi jalan di dalam kawasan masjid ini menjadi sesak dan kenderaan akan bergerak seperti kura-kura buat selama 10 atau 15 minit.
Mengikut berita yang saya baru sahaja membaca dan melihat fotonya, kini di Mesir para muslimin dan muslimat di sana begitu gembira dan bersyukur dengan suasana terkini yang dikurniakan Allah kepada mereka, mereka memenuhi ruang solat Tarawih dalam keadaan penuh sesak, amat berbeza sekali berbanding dengan zaman Hosni Mubarak, kini Mesir memiliki zaman berkat dan aman di bawah pemerintahan Dr. Muhammad Mursi (Presiden Mesir), seorang hafiz al.Quran.

Sebelum sampai ke kereta teringat pula supaya dilewatkan sedikit keluar kawasan masjid untuk mengelakkan kesesakan , lantas terfikir pula merakamkan video yang disertakan di atas.
Para imam yang berkhidmat di masjid ini memang terdiri dari mereka yang berkebolehan dan huffaz al.Quran.
Sekian...Wallahu aklam.
No comments:
Post a Comment