Salam semua.
Pada hari ini penulis masih ingin merongkai dan meleraikan ikatan pengalaman yang telah lalu, itulah sahaja modal dan bahan untuk dijaja di dalam laman blog yang tidak sepertinya ini, walaupun daya penguasaan bahasa sangat lemah dan agak berserabut, namun begitu hilang rasa malu untuk terus menulis kerana keinginan untuk menyampaikan sesuatu yang dianggap sangat baik untuk direalisasikan telah menguasai diri. sesuatu yang dipandang baik oleh seseorang tidak semestinya orang lain juga mempunyai pandangan yang sama kerana tasauwur atau gambaran terhadap perkara tersebut berbeza.tetapi, sekiranya menceritakan pengalaman sebenar oleh seseorang mungkin tahap penerimaan dan kepercayaannya akan meningkat.
Kecelaruan akhlak remaja dan masyarakat kini tidak dapat ditutup lagi dengan apa-apa alat pun melainkan ianya akan berlalu satu demi satu peristiwa yang menggusarkan. Masyarakat kita perlu memandang ke hadapan supaya kecelaruan itu dapat direda dan dikurangkan dengan menjana masyarakat baru yang lebih berakhlak mulia. Kurikulum dan ko-kurikulum yang telah disediakan telah memadai, cuma ruang legarnya sahaja yang mungkin masih kurang selesa untuk merealisasikannya.
Pada hemat penulis subjek Pendidikan Islam memerlukan ruang legarnya yang mencukupi untuk mengaplikasikan pembelajaran dan pengajarannya supaya ianya menjadi sempurna dan ideal meliputi teori dan amali yang seharusnya diambil perhatian oleh setiap rakyat muslim di Malaysia.Dengan itu anak-anak kita akan menikmati suasana pembelajaran dan pengajaran yang sepatutnya mereka lalui.
Sebuah Makmal Pendidikan Islam di setiap sekolah perlu di bina dan dilengkapkan dengan keperluan yang sewajarnya tanpa sebarang alasan yang sentiasa menghalang kemajuan subjek tersebut merujuk kepada hujah yang diberikan pada masa-masa yang telah lalu. Peruntukan wang yang tidak mencukupi sentiasa mengambil alasan yang teratas. Membangunkan akhlak bermakna membangunkan insan, insan tanpa pembangunan insaniah dalam dirinya, negara akan diurus sesuka hati dan penyudahnya tentulah akan diikuti serta menemui keruntuhan fizikal dan jasmani sama ada jasmani manusia atau negara, jika pendidikan tidak diutamakan seolah-olah kita sedang menggamit-gamit kehadiran kemusnahan umat. Pendidikan adalah nadi kehidupan manusia.
Makmal Pendidikan Islam bukanlah sebuah surau sekolah yang mana fungsinya sangat terhad. Makmal yang dimaksudkan peranan dan fungsinya mampu mencakup keseluruhan aspek pendidikan Islam yang diajar di sekolah. Ianya adalah sebuah kompleks yang mengandungi surau, beberapa bilik darjah yang selesa dan dilengkapkan dengan alat bantuan mengajar (ABM) seperti komputer, TV, Overhead Projector (OHP), berbagai jenis carta, buku rujukan pelajar, kerusi dwiguna ( atau sekurang-kurangnya dilengkapi dengan kerusi dan meja pelajar ) dan lain-lain keperluan yang dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Gambar surau sebelum diubahsuai
menjadi Makmal Pendidikan Islam.
Gambar di atas ialah gambar sebuah surau sekolah yang asalnya mengandungi satu ruang solat di tingkat atas dan sebuah bilik di tingkat bawahnya. Surau ini sekarang telahpun diubahsuai dengan memperbesarkan di bahagian kiri dan kanan bangunan tersebut sehingga berjaya menambahkan satu ruang solat lagi dan sebuah bilik. Akhirnya cara penggunaannya disusunatur semula, di mana ruang atas dijadikan ruang solat pelajar perempuan dan ruang di bawah untuk pelajar lelaki, ruang imam dibina khas di hadapan ruang solat lelaki, oleh sebab ruang solat perempuan tiada berdinding penuh dan bina sekadar lebih kurang tiga kaki sahaja dan ruang tersebut tidak berasingan iaitu tangganya turun ke ruang solat lelaki maka jamaah perempuan boleh berimamkan dengan imam yang berada di ruang bawah. ( sila lihat pagar atau dinding sebelah kanan pelajar di dalam gambar yang dipaparkan di bawah ini ).
Pelajar lelaki sedang mendengar taklimat
di ruang solat pelajar perempuan.
Ini adalah tingkat atas iaitu ruang solat pelajar perempuan. di bahagian bawah terdapat dua bilik yang dijadikan bilik pengajaran dan pembelajaran, di dalamnya dilengkapkan dengan ABM seperti yang disebutkan tadi, semua perkara yang disebut di atas memang disediakan di sini kecuali kerusi dan meja pelajar tidak menggunakan kerusi dwiguna yang dimaksud, sebalik menggunakan meja rendah yang dibuat khas untuk kegunaan dalam keadaan bersila, kelihatan sempurna tetapi sebenarnya kurang selesa kalau terpaksa menggunakannya dalam jangka masa yang lama atau melebihi 40 minit.
Disebabkan Makmal Pendidikan Islam memiliki keperluan yang lengkap maka pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sekolah ini dijalankan di makmal ini.
____________________
Untuk makluman Makmal Pendikan Islam ini telah mendapat Anugerah Cemerlang dari Jabatan Pendidikan Kedah atas nama Anugerah Surau Cemerlang.
___________________
Setelah siap diubahsuai.
Penulis amat bersyukur kepada Allah Taala kerana cita-cita mengadakan Makmal Pendidikan Islam di sekolah dahulu berjaya direalisasikan dengan memuaskan. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa prihatin pengetua yang berpandangan positif, rakan sejawat yang berpandangan jauh dan semua guru Islam, PIBG dan para penderma budiman- Bersatu teguh bercerai roboh.
Seandainya Perancang Kurikulum dan Kokurikulum Pendidikan Islam sekolah di Malaysia memasukkan Makmal Pendidikan Islam sebagai salah satu perkara wajib diwujudkan di setiap sekolah. Penulis merupakan salah seorang yang paling gembira dan sangat-sangat mengalu-alukan kewujudannya.
"Allah Maha Mengetahui"
Sekian.Wassalam.

2 comments:
salam pak Ngah...
selain institusi kekeluargaan dirumah, sekolah adalah tempat kedua bagi pelajar yang sebahagian besar masa dihabiskan...
Guru juga harus perihatin dengan masalah remaja. namun bukanlah satu tugas yang 100% harus dipikul oleh pendidik semata... ibubapa dirumah harus tidak mengabaikan jua...
Salam Naqeeb.
Sekiranya semua pihak prihatin dengan tanggungjawab masing-masing, insya Allah banyak masalah boleh diselesaikan.
Pihak sekolah memikirkan cara yang terbaik dan ibubapa serta masyarakat juga berfikir demikian dan semua itu menjurus kepada anak-anak kita tentulah akan mendapat berkat dari Allah.
Post a Comment