Thursday, October 30, 2008

MALAYSIAKU, NEGARAKU.( Puisi )



___________________________

Pengemis kaya, harta budi.
Pengemis kaya, harta hakiki.
Ini kenyataan pihak pengkaji.
Sedekah diberi tanda simpati.

Pengemis kaya harta sendiri.
Ramai mereka di setiap negeri.
Mencari rezeki tidak bersembunyi.
Menghulur tangan orang berbudi.

Cuma kelihatan comot negeri.
Suka melepak di Pasar Tani.
Sampai bawa anak bini.
Mereka susah siapa peduli.

Pengemis kaya, tidak mencuri.
Tidak seperti penjarah negeri.
Mengambil harta sesuka hati.
Wang negara tiris lagi.

Harta tersurat, kaya raya.
Harta hakikat orang punya.
Harta tersirat miskin kedana.
Harta siapa mereka menjana.

Siapa kata pengemis hina.
Apa mulianya perosak negara.
Bocorkan gudang khazanah negara.
Habuan rakyat papa kedana.

Mengapa menghina peminta sedekah.
Kutuk sahaja pemecah amanah.
Wang negara dirompak sudah.
Masih berlagak jujur amanah.

Salah benar hamba berperi.
Hamba gagal nilai sendiri.
Sering disebut warta negeri.
Itulah hakikat hamba berperi.

Leka jangan kuasa pemilih.
Sudah terang berdolak dalih.
Orang curang jadi terpilih.
Negara cemerlang jadi beralih.

Neraca akal jadi pertimbangan.
Nafsu iblis sentiasa di tangan.
Al.Quran,qias bukan aliran.
Akhirnya matlamat jadi keciciran.

Islam tidak halalkan cara.
Dosa pahala ada di mana.
Akhirat nanti diambil kira.
Penghuni syorga, penghuni neraka.

Kalau bersiasah tidak berhati-hati
Nanti sengsara sebelum mati.
Peringatan dibuat berkali-kali.
Dunia juga bertakhta di hati.

Cerita tidak kureka sendiri.
Tokoh layak telah berperi.
Sebaran dibuat seluruh negeri
Rasuah politik jangan diberi.

Sindiran diberi, membuka "tender".
Kerana nasihat tidak masuk kepala.
Pembida tertinggi jadi kepala.
Tergadai hasrat kerana haloba.

Sebok pengemis jadi kaya.
Tokoh rasuah kita lupa.
Bila pagar bersikap haloba.
Hapus rasuah tinggal agenda.

Mencuci meja airnya kotor.
Tuala comot bak lumpur.
Air selut lagi disembur.
meja dicuci tetap kotor.

Apabila ditelan mati emak,
Apabila diluah mati bapa.
Kalau difikirkan hati sebak.
Jika dibiarkan binasa negara.

Kehidupan bersih perlu dijana.
Agar rakyat mendapat berkat.
Pemimpin di atas janganlah lena.
Kami di bawah sudi mengangkat.

Lama sudah masyarakat bersatu.
Pecah perintah bukanlah cara
Bila bergaduh tentang sesuatu.
Kembalilah patuh Maha Esa.


NEGARAKU, MALAYSIAKU
SAYANGKU. CINTAKU.
MALAYSIAKU, NEGARAKU.
CINTAKU, SAYANGKU.

Sekian. Wassalam.

4 comments:

Alladdin said...

betul tu.. saya sokong bulat-bulat...

NEGARAKU, MALAYSIAKU.
MALAYSIAKU, NEGARAKU

Banyak pemimpin kita tak ikhlas, tidak tulus, tidak benar dalam berkata.. Kita mampu mengubah perkara itu.. mereka disana atas pilihan kita, Jangan lah kita menjadi pemusnah bangsa sendiri.. pembangunan tak terkawal, akhlak sosial anak melayu tergadai.. Akhlak diselamatkan, ekonomi jatuh merudum agama, bangsa tergadai pulak yang menyusul.. Keadilan pemimpin amat dituntut kita sebagai orang islam, jangan la mencari adil terlampau-lampau sesama bangsa dan agama, negara tegadai bangsa lain tunggu peluang nak ambik alih ja nanti.. tanda pun dah ada. Semoga Malaysia menjadi negara Islam yg terbaik di dunia yg boleh dicontohi kelak..

Pemimpin yg betul pandai amat diperlukan. Ada yg pandai berkata tapi dusta semata-mata, Ada yg pandai tapi tak menonjol kan diri untuk rakyat bangsa dan negara sendiri..

Pilih lah pemimpin kita dengan mengunakan fikiran.. jangan digunakan emosi kita bangsa melayu sebagai pilihan..

Bangsa cepek sudah menunjuk taring.. tuntut itu tuntut ini, yang susah melayu yg gagah nak bela.. yang pandai ckap cuma diam.. rakyat pun tak bangun tentang.. cuma berkata-kata, kita perlu berwaspada, utamakan bangsa dan agama kita serta hak raja-raja kita.. mencari pemimpin yg betul, tulus dan ikhlas itu adalah harus.. mereka pemimpin mampu manjaganya.. jangan sampai negara diambik alih oleh orang yang tak patut sudah laa.. lepas itu baru nak mengerti dan mengulas apa yang berlaku..

"semoga Malaysia negara ku tercinta menjadi negara islam yang boleh dicontohi dan yang terbaik... amin"

NEGARAKU, MALAYSIAKU.
MALAYSIAKU, NEGARAKU

Leenoh said...

Itulah luahan minda, melalui kata-kata, di atas cermin komputer riba. Insya Allah hilang gelap, cerahlah pula.

GrEeNaPPLe said...

dimana-mana pasti berlaku perkara yang sama. walaupun ditempat saya belajar sekali. percanggahan pendapat di antara parti A dan B. memang senang nk mengucapkan dengan kata-kata tapi nk melaksakan tu belum tentu lagi. dalam semua perkara pasti ada pro dan kotra. apa pun semua orang mahukan yang terbaik dalam pentadbiran negara.

Leenoh said...

Salam Greenapple.

Tiada siapa pun yang lengkap dan sempurna di dunia ini.
Kesilapan boleh dimaafkan kerana kesilapan berlaku pada semua orang.
Jujur dan amanah selayaknya akhlak pemimpin.
biarlah kita kayakan keluarga dgn yang halal.