Tuesday, October 7, 2008

Selamat Selesai Puasa Syawal


Diucapkan selamat selesai berpuasa Syawal dan berhari raya pada 8hb.Syawal bagi mereka yang memulakan berpuasa pada 2hb.Syawal dan bagi mereka yang mula lewat selamat meneruskan puasa dan bagi mereka yang belum memulakannya lagi masa untuk berpuasa sunat Syawal belum terlewat, pilihlah mana-mana 6 hari yang masih ada lagi.

Bagi mereka yang mempunyai kekuatan rohani akan meneruskan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis pada bulan-bulan seterusnya atau pada puasa sunat yang lain. Inilah amalan yang disuruh oleh Rasulullah.s.a.w. ianya sarat dengan kebaikan dan barakah dan jauh sekali daripada berlaku pembaziran yang sememangnya dicegah oleh Islam.

Di tempat tertentu Hari Raya Fitrah ( Aidilfitri) diadakan sambutan melewati sebulan. Acara selawat ke atas Nabi Muhammad.s.a.w, dan jamuan diadakan berterusan selama masa tersebut dengan bertandang ke rumah-rumah secara bergilir atau berjadual. Tempoh masa begitu lama itu adalah rekaan dan ciptaan masyarakat tersebut. Apabila ianya menjadi adat yang diikuti lama kelamaan akan hilang suruhan atau perintah asal yang disebutkan di dalam al.Quran dan al.Hadis. Sekarang ramai yang memilih mengadakan jamuan hari raya dan berselawat daripada berpuasa sunat, walau pun puasa sunat Syawal itu sunat muakkad ( dituntut).

Adakah kita lebih mematuhi adat daripada perintah Allah dan RasulNya atau syariat Islam. Sama-samalah kita fikirkan dengan fikiran yang waras tanpa diselubungi perasaan emosi dan fanatik. Bila masa lapang eloklah sekali sekala merujuk kepada kitab-kitab fikah atau kitab-kitab Hadis tentang Puasa Ramadan, Pengisian Ramadan, Cara berhari raya, Puasa Sunat Syawal dan lain-lain. Dengan itu dapatlah kita buang yang keruh ambil yang jernih, singkir yang maksiat ambil yang makruf. Tindakan yang bijak ini berupaya mewujudkan individu, keluarga dan masyarakat hidup di dalam kehidupan yang bersih dan suci.

Itulah wawasan dunia dan akhirat.

Semoga sihat dan berjaya. Insya Allah.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

jannahazwan said...

Asslamualaikum...
puasa sebulan 30hari kita dapat laksanakan dengan sempurna, inikan pula puasa 6 hari dalam bulan syawal kita tidak dapat laksanakan. renungkan..
sambutan syawal antara masyarakat utara dengan selatan memang jauh beza memang tidak dapat dinafikan.

Leenoh said...

Salam Anakku Jannah.

Lain padang lainlah belalangnya.lain lubuk lainlah juga ikannya.
Itulah kekayaan Allah.