Wednesday, November 19, 2008

Kedah mengikut pandanganku



___________________________________________


"ADAKAH ORANG KEDAH MALAS HENDAK BERCAKAP"

Dalam hal ini saya ingin memberi pendapat dan pandangan berdasarkan apa yang ada di dalam kotak kepada saya sendiri. Ini bukan satu kajian atau apa-apa kaji selidik, hanya pandangan saya semata-mata berdasarkan pengalaman.Kalau tidak percaya pun tidak menjadi masalah, lagi pun ini bukan ayat al.Quran atau al.Hadis, Tulisan ini hanya layak menjadi bahan sembang-sembang sahaj
a.

Beberapa hari lepas kita membaca tajuk " Untungnya Johor, bila Johor bercakap semua orang faham", tetapi kali ini mungkin Johor rugi sebab bila Kedah bercakap Johor tidak faham,

Orang Melayu Malaysia bercakap menggunakan berbagai loghat (slang),Seperti loghat Kedah, Kelantan, Perak, Terangganu, Perlis dan Pulau Pinang.

Negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis Secara umumnya mereka ini diletakkan di dalam satu kumpulan iaitu kumpulan yang bertutur dalam Bahasa Melayu Utara atau loghat Utara..Kedah adalah salah satu negeri yang bercakap dalam loghat tersebut.

Sebenarnya di dalam negeri Kedah itu sendiri secara halusinya masih terdapat perbezaan sebutan atau beberapa loghat lagi di antara daerah dengan daerah,Contohnya Daerah Baling, Sik, Kota Star, Padang Terap,mereka ini bercakap dalam loghat yang berbeza.

Pada pemerhatian saya yang paling istimewa ialah terdapat juga orang Melayu yang bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa Siam (Thai) walaupun bahasa yang digunakan telah bercampuraduk sebahagiannya dengan bahasa Melayu tetapi masih lancar digunakan dan tidak difahami oleh orang lain yang bukan masyarakat mereka. Mereka ini biasanya bercakap Melayu tidak fasih dalam aspek sebutannya.Namun demikian tidak menjadi masalah dari segi membaca al.Quran.
Di antara tempat atau kampung yang masyarakatnya menggunakan bahasa atau loghat tersebut ialah Tualang,Tobiar,Tajar,Kubur Panjang,Naka,Kok Pelu, Tok Kesop,Hosba, Tokai, Titi Akar, Pokok Asam, Kuala Lanjut, Nawa,Titi Kera, Keriang Menora, Lubuk Keriang, Banggul Senu, Kubang Pisang, Alor Binjal, Alor Belat dan banyak lagi. Tegasnya mereka yang bertutur dalam loghat ini mendiami di sepanjang bahagian timor negeri Kedah. Mereka ini dipercayai orang yang rapat dengan pemerintah pada suatu masa dahulu, sebab itu penempatan mereka diberi di tempat-tempat yang strategik atau berhampiran dengan jalanraya.Terutamanya bagi mereka yang tinggal di bahagian utara Kedah.

Jika diperhatikan bahasa Melayu yang ditutur di Kedah adalah perkataannya pendek atau ringkas.Sifatnya yang ringkas itu maka mesej yang hendak disampaikan dapat dilunaskan dengan cepat.Bagi saya ini adalah sua
tu kebaikan.

Agaknya apakah yang mempengaruhi orang Kedah bercakap begitu rupa.Saya rasa ini adalah pengaruh bahasa siam atau cina ataupun bahasa rumpun tersebut.Kebanyakan bahasa atau perkataan yang digunakan mereka adalah satu suku kata, akan diberi contohnya di bawah nanti.
Mereka ini mungkin mahu cepat bukan malas seperti disebutkan di atas tadi. Sama juga dengan orang Melayu di tempat lain kadang-kadang mereka mahu cepat dengan meringkaskan sebutan tertentu, terutamanya nama ora
ng, jarang disebut penuh walaupun diberi nama begitu indah tetapi mereka selain daripada orang utara tidak lumrah dengan memendekkan perkataan seperti orang di utara.

Beberapa contoh yang dimaksudkan tadi:
Melayu baku /Melayu Kedah/ Siam.

pergi /pi / pai

sukan /sukan /sokan

mari / mai /ma

sekejab /sat /diu

pergi ke mana / pi mana /pai nai

engkau /hang / khun (meng)

empat / pat /se

di mana /tang mana / tong nai

ubat hitam / ja dam / ja dam

hutan merah / kodiang / kok deng



Selain daripada kependekan dan pengaruh asing terdapat juga lain-lain unsur yang menyerab ke dalam lidah orang kedah,Walaupun huruf (R) digantikan dengan (K/Q) tetapi mereka masih fasih menyebut huruf Arab, mereka tiada masalah menyebut huruf seperti ain, ghain, syin, qaf, kaf dan lain-lain. Adakah mereka juga terpengaruh dengan bahasa Arab, sukar hendak dinafikannya kerana mereka keseluruhannya adalah Islam dan terdapat banyak pondok-pondok di Kedah dan juga madrasah-madrasah yang menjadi tempat menyebar ajaran Islam, sehingga sekarang pusat pengajian tersebut masih wujud tetapi telah dimodenkan.

Seperti saya katakan tadi, apa yang dipaparkan ini hanya susuai untuk dijadikan sembang-sembang di bawah pokok ketapang sahaja.Kalau terdapat di kalangan anda yang berminat hendak bersembang dalam hal ini, silalah buat komen atau ulasan tambahan supaya sembang kita ini menjadi lebih murni lagi.

Kadang-kadang saya rasa musykil dengan keadaan ini, musykil tentang diri sendiri kerana saya juga termasuk di dalam golongan tersebut, suatu ketika dahulu bercakap Siam dan bercakap Melayu sama sahaja kerana penggunaannya sama banyak, kalau sehari kita bercakap tiga ribu perkataan, bermakna seribu lima ratus perkataan adalah bertutur dalam bahasa Siam. Jadi kekadang saya terasa bahawa saya adalah Siam Islam, apabila bercakap Melayu terasa pula rupanya saya Melayu Islam, begitulah bermain-main di kepala. Ini tidak menggugat jiwa saya kerana Islam itu teras, bangsa apa pun tidak menjadi masalah bagi saya.

Apa pun yang kita buat, apa pun yang kita fikir kalau tidak kembali kepada takdir Allah tentulah derhaka namanya.Ini sebenarnya adalah Kebijaksanaan Allah, jika direnungkan tergambarlah KeagunganNya.

______________________________________________________________

Paparan di bawah ini dipetik dari blog : Sejarahnagarakedah.blogspot.com. petikan sebahagian iaitu sejarah yang berkaitan dengan kampung Tualang, kedah. di mana sejarah tersebut melibatkan juga kampung saya iaitu Kampung Alor China, Mk, Tualang. Jika diteliti di sini disebut mengenai Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai.

_____________________________________________________

SENARAI KESAN PEMBUNUHAN DAN KEMUSNAHAN HARTA WARISAN BENUA ISLAM SIAM KEDAH PADA TAHUN 1876 MASIHI.

1. Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah iaitu Raja Maha Besar Benua Islam Siam Kedah mati dibunuh di Gurun Kedah. Al-marhum dimakamkan di Makam Diraja Siam, Kampung Tualang, Mukim Tualang Kedah Darul Aman.

2. Paduka Perdana Menteri Benua Islam Siam Kedah iaitu Sultan Tunku Mohammad Chan Mad Sirat @ Keramat Tok Tekai juga dibunuh di Permatang Harimau, Mukim Lesung Kedah. Al-marhum dimakamkan di puncak bukit di Kampung Permatang Harimau. Isteri almarhum ialah puteri raja cina Manchu (dua beradik dengan permaisuri Syed Alang Alauddin). Tentera Cina Manchu serta isteri al-marhum juga dimakamkan di puncak bukit tersebut. Makam mereka berdua dan keturunan mereka masih ada hingga kini. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi adalah merujuk kepada nama baginda


Insya Allah akan berjumpa lagi

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam.

8 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Assalamualaikom leenoh,

Orang di Sik cakap loghat antara Pattani dan Kelatan.Itulah keAgungan Allah.Semua bahasa ni di ajar kepada Nabi Adam as.( Al-Baqarah,ayat 33 )

Leenoh said...

Waalaikumussalam. Pak Cha.
Rasanya orang Baling pun begitu juga. Orang kampung saya cakap Melayu Kedah dan Siam Kedah,

Pai nai mai rufang, orang tak kenai, tak boleh tumpang.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Saudara leenoh,
Orang kedah ni guna bahasa berbagai fesyen.Lagi pun bahasa kita rengkas.Dulu orang tuleh shorthand.Dan orang kedah pun cakap 'ala shorthand'.

pi-mai-pi-mai,tang-tu.

jom,pi dah

Anonymous said...

hehehe pak ngah... sib baik kite x de loghat2 ni... huhuhu... :)

Leenoh said...

Bunga sekarang ni dok meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris, mungkin bunga tidak menyedari bahawa apa yang bunga lakukan itu adalah sunat, termasuk melanjutkan pelajaran dalam bidang lain.

Nabi kata kalau kita pelajari bahasa sesuatu kaum itu maka terselamatlah daripada tipu daya kaum tersebut.
Jangan terperanjat selain bahasa Melayu, Pak Ngah boleh sikit-sikit berbahasa Arab, Inggeris, Siam dan Hokkien, tapi semuanya sikit-sikit ja.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Pak Ngah kagum dengan semangat Bunga. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.amin.

Anonymous said...

thks pak ngah, u're very supportive. I do hope to finish my studies and get the good grade for my english course. i need to work hard just for my kids n their future as Pak Ngah did earlier to raise your children.

I wish Dina (if i'm not mistaken as per our 'small talk' this morning) to further her studies soon.

GURU_CIKGU said...

Saya orang Perak dah lama duk Kedah. Masa mula sampai awal 90-an kawan habaq bahasa Kedah senang saja, kalau hujungnya huruf r hang ganti dengan q.
Lepas tu kami pi Kantin. Saya pun order nasi lauk ayam dengan ayaq sirap dan sayur "acaq".
satu kantin gelak, "Hang makan la "acaq", sat lagi tukaq jadi itik nila. Bukannya "acaq", "acad"".

Leenoh said...

Baru-baru ni En.Guru-cikgu, Saya baca dalam Sinar Harian Selangor, ada ulasan pendek dia kata, orang Kedah sebut air itu ayak, kemudian dia kata lagi ayak bagi orang Selangor ialah ayak seperti ayak padi, sebenarnya kita pun kata macam itulah juga, maksud dia ialah air itu ayaq yang kita dok sebut tu.( huruf ain bukan huruf kaf ). tulis tidak tepat kena guna audio baru betoi.

Wassalam.