Wednesday, September 29, 2010

Belajar baca al.Quran petikan surah-surah pendek.

Salam semua.

Belajar membaca al.Quran dari surah-surah yang pendek, memurnikan lagi bacaan bagi yang telah mahir membaca dan membantu diri sendiri bagi mereka yang belum mahir membaca.
____________________________

[4]
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5]
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6]
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

( Surah Al.Muzammil )

_____________________________________


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa al.Quran itu diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad.s.a.w. - Al.Quran juga merupakan mukjizat bagi Nabi Muhammad.s.a.w. dan ianya sebuah kitab samawi yang lengkap dan sempurna untuk panduan hidup manusia di atas muka bumi ini....





No comments: